Khamis, 16 April 2015 | 12:04am
DATUK Siti Nurhaliza bersama trofi Artis Stylo untuk kategori Online dalam Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2014. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
DATUK Siti Nurhaliza bersama trofi Artis Stylo untuk kategori Online dalam Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2014. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Air tangan Datuk Siti tambat Datuk K


KUALA LUMPUR: Bak kata orang, kalau nak tambat hati suami adalah dengan masakan. Begitu juga yang dilakukan penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Siti Nurhaliza jika mempunyai waktu terluang di rumah pasti menjamu suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dengan air tangannya.

Tidak hairanlah usahawan SimplySiti sentiasa saja memuat naik gambar makanan mahupun video mengenai aktiviti memasaknya di rumah di laman bergambar Instagramnya.

Sesekali rutin pembantu rumah di dapur turut digalas Siti. Daripada pelbagai menu masakan berlauk hinggalah ke pemanis mulut, Siti sebenarnya boleh disifatkan pandai 'bersilat' di dapur.

TANGGAL 1 April lalu genap 20 tahun usia pembabitan seni Datuk Siti Nurhaliza. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
TANGGAL 1 April lalu genap 20 tahun usia pembabitan seni Datuk Siti Nurhaliza. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

"Orang perempuan kena tahu memasak. Bagi Siti, soal memasak ini sudah menjadi rutin kebiasaan sejak kecil.

"Siti sedari kecil lagi selalu membantu emak di dapur menyiapkan kuih yang akan dijual. Jadi, sedikit sebanyak daripada pengalaman Siti tahulah serba sedikit bab memasak.

"Cuma apabila sudah berkahwin dan ada komitmen kerja, masa untuk memasak sangat mencemburui.

"Pantang ada masa sahaja, Siti akan masak makanan yang ringkas seperti masakan Barat, menu dari Pahang dan apa saja yang terlintas di fikiran," katanya kepada BH Plus ketika menjayakan majlis pelancaran buku 30 Living Legends Media Hiburan di Bangsar, baru-baru ini.

DATUK Siti Nurhaliza jika ada waktu terluang di rumah pasti menjamu suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dengan air tangannya. - Foto Munira Abdul Ghani
DATUK Siti Nurhaliza jika ada waktu terluang di rumah pasti menjamu suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dengan air tangannya. - Foto Munira Abdul Ghani

Baharu sahaja mengadakan konsert unplugged di Panggung Sari, Istana Budaya pada 7 April lalu bersempena 20 tahun usia pembabitan seninya, Siti bakal muncul dengan konsert muzikal di lokasi yang sama selama lapan hari pada November depan.

Siti sekali lagi akan menunjukkan bakat lakonannya bagi muzikal berkenaan selain melantunkan vokal merdunya.

Kali pertama dan terakhir Siti berlakon ialah menerusi teater Remy... Kisah P Ramlee sekitar tahun 2007.

Malah, Siti turut akan mencari pelakon yang bakal melakonkan wataknya di usia muda.

Ditanya mengenai kesediaannya untuk berlakon kembali, Siti optimis untuk memberikan yang terbaik buat peminatnya.

DATUK Siti Nurhalliza dinobatkan Penyanyi Meletop dan Bintang Online Meletop pada Anugerah Meletop Era 2015. - Foto Munira Abdul Ghani
DATUK Siti Nurhalliza dinobatkan Penyanyi Meletop dan Bintang Online Meletop pada Anugerah Meletop Era 2015. - Foto Munira Abdul Ghani

DATUK Siti Nurhaliza menerima anugerah Album Terbaik dan Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Wanita) pada Anugerah Industri Muzik ke-21. - Foto Adi Safri
DATUK Siti Nurhaliza menerima anugerah Album Terbaik dan Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Wanita) pada Anugerah Industri Muzik ke-21. - Foto Adi Safri

"Siti akan membawakan watak diri sendiri yang terkini selepas bertudung. Siti versi muda pula masih belum terlintas. Tapi pelakon yang akan dipilih itu nanti kena ada ciri Siti dan boleh membawakan diri ini sehabis baik.

"Untuk mencari pelakon yang dikehendaki, Siti perlu melakukan perbincangan dan sesi percambahan media," katanya yang memegang watak Azizah ketika menjayakan pementasan teater Remy... Kisah P Ramlee.

Persembahan Siti yang terdekat ialah menjayakan persembahan bersempena Hari Ibu yang dipanggil Mother's Day Miracle Night di Kristal Hall TM Convention Centre, di ibu kota pada 15 Mei depan. Persembahan itu anjuran OMGFest2014. Untuk pembelian tiket boleh layari www.redtix.airasia.com.

DATUK Siti Nurhaliza bersama suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. - Foto Zunnur Al Shafiq
DATUK Siti Nurhaliza bersama suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. - Foto Zunnur Al Shafiq

Info Datuk Siti Nurhaliza

- 1 April lalu genap 20 tahun usia pembabitan seninya.

- Pernah menjayakan konsert di Royal Albert Hall London pada 1 April 2005. Siti menjadi artis Asia ketiga yang membuat persembahan di situ.

- Lagu Jawapan Di persimpangan ialah lagu pertama yang dirakamkan Siti ketika menjadi artis.

- Kerjaya seninya diuruskan oleh Rozi Abdul Razak.

- Dilahirkan di Pahang pada 11 Januari 1979.

- Antara album yang pernah dihasilkan seperti Cindai, Adiwarna, Pancawarna, Sahmura, Safa, Sanggar Mustika, E.M.A.S, Prasasti Seni, Transkripsi, Hadiah Daripada Hati, Lentera Timur, Tahajjud Cinta, All Your Love dan Fragmen.

- Turut dipilih antara 30 lagenda seni tanah air bagi menghiasi buku Living Legends Media Hiburan. Buku setebal 128 muka surat itu dijual pada harga RM120 senaskhah.

Berita Harian X