Jumaat, 24 April 2015 | 12:03am
ANTARA aksi yang dipersembahkan dalam tarian kuda kepang dan silat daripada persatuan Warisan Seni Sri Johor. - Foto Mohd Azren Jamaludin
ANTARA aksi yang dipersembahkan dalam tarian kuda kepang dan silat daripada persatuan Warisan Seni Sri Johor. - Foto Mohd Azren Jamaludin
PENARI lelaki kuda kepang yang asyik menari dan menghayati tarian. - Foto Mohd Azren Jamaludin
PENARI lelaki kuda kepang yang asyik menari dan menghayati tarian. - Foto Mohd Azren Jamaludin
TARIAN kuda kepang dan silat daripada persatuan Warisan Seni Sri Johor. - Foto Mohd Azren Jamaludin
TARIAN kuda kepang dan silat daripada persatuan Warisan Seni Sri Johor. - Foto Mohd Azren Jamaludin
Antara aksi yang dipersembahkan dalam tarian kuda kepang dan silat daripada persatuan Warisan Seni Sri Johor. - Foto Mohd Azren Jamaludin
Antara aksi yang dipersembahkan dalam tarian kuda kepang dan silat daripada persatuan Warisan Seni Sri Johor. - Foto Mohd Azren Jamaludin
ANTARA gerak tari dalam persembahan kudang kepang. - Foto Mohd Azren Jamaludin
ANTARA gerak tari dalam persembahan kudang kepang. - Foto Mohd Azren Jamaludin
PENARI yang leka ketika membuat persembahan. - Foto Mohd Azren Jamaludin
PENARI yang leka ketika membuat persembahan. - Foto Mohd Azren Jamaludin

Rasukan Kuda Kepang


KULAI: Asap tebal kemenyan yang memenuhi ruang terbuka di koperasi Felda Penggeli, Kulai ditambah dengan tusukan bau minyak atar yang ditabur di atas bara, menjadikan suasana begitu mendebarkan. Iringan lagu gamelan meskipun mengasyikkan, tidak pula mengubah rentak debar di hati.

Kelibat dua watak bertopeng dengan imej menakutkan, menari-nari dengan liuk-lintuk mengikut rentak lagu sambil terkadang dengan sengaja mengusik penonton menambah lagi rasa seram, membayangkan entah apa akan berlaku selepas ini.

AKSI penari kuda kepang yang sedang mabuk dalam aksi di Felda Penggeli. - Foto NSTP
AKSI penari kuda kepang yang sedang mabuk dalam aksi di Felda Penggeli. - Foto NSTP

Bibir Tok Dalang terkumat-kamit membaca mantera seperti menyeru sesuatu, sambil sesekali dia merenung ke atas, jauh menembusi langit gelap pada malam itu seperti sedang berhubung dengan sesuatu.

Tidak berapa lama selepas itu, seorang penari lelaki kuda kepang yang sebelum itu asyik menari bersama beberapa penari lain termasuk empat perempuan, menjerit dan melempar patung kuda kepang yang menjadi prop persembahannya.

Lantas, dia menuju ke bekas kemenyan yang semakin banyak mengeluarkan asap tebal. Tok Dalang membacakan sesuatu dan menghembus ke mukanya. Kepulan asap kelihatan semakin memenuhi ruang dan bermulalah rasukan kuda kepang.

Itu antara detik awal bagaimana amalan pemujaan dalam persembahan kuda kepang yang menyebabkan kebanyakan ahlinya termasuk mereka yang tidak bersama dalam tarian seperti kerasukan atau digelar sebagai 'mabuk' dalam istilah pengamal persembahan itu.

MEREKA yang mabuk dalam kuda kepang boleh melakukan pelbagai aksi tanpa sedar seperti mengupas kelapa menggunakan gigi.
MEREKA yang mabuk dalam kuda kepang boleh melakukan pelbagai aksi tanpa sedar seperti mengupas kelapa menggunakan gigi.

BH berkesempatan melihat sendiri bagaimana sebuah persembahan kuda kepang yang pada awalnya penuh kesenian dengan tarian perlahan yang mengasyikkan, tiba-tiba berubah menjadi seakan-akan satu pesta kerasukan.

Seorang demi seorang 'naik semangat' seperti ada sesuatu yang merasuk mereka. Semua yang kerasukan akan mencari asap kemenyan dan mahukan minyak atar sebagai minuman. Tebu dijadikan makanan dan kelapa pula menjadi mainan.

DALANG kuda kepang, Mohd Yazid Sabtu. - Foto NSTP
DALANG kuda kepang, Mohd Yazid Sabtu. - Foto NSTP

Dua dalang, Mohd Yazid Sabtu dan adiknya, Noraida Sabtu memantau gerak-geri mereka yang dirasuk supaya tidak hilang kawalan kerana di sekeliling medan persembahan, ada tidak kurang 100 orang sedang menonton aksi mereka.

Sesekali, datang seorang dua penari yang dirasuki meminta Noraida memberikan mereka minyak atar. Bukan sekadar menitik ke bibir tetapi ada yang menelan sebotol minyak atar.

"Itu makanan mereka. Tebu juga makanan mereka. Tengok di sana, sekejap lagi ada yang akan makan kaca," tenang saja jawab Noraida apabila melihat wartawan seperti kebingungan.

ANTARA aksi yang dipersembahkan. - Foto Mohd Azren Jamaludin
ANTARA aksi yang dipersembahkan. - Foto Mohd Azren Jamaludin

Betul seperti apa yang dikatakannya kerana tidak lama selepas itu, di sudut kanan medan persembahan, seorang lelaki sedang berlutut sambil menghayun sebatang lampu kalimantang sebelum menghentak kuat di kepalanya sehingga pecah. Lebihan kaca di tangan dikunyah bak makanan yang enak.

Dua tiga orang lagi kelihatan sedang mengupas kelapa menggunakan gigi. Nampak mudah seperti memang kerja mereka. Terkejut melihat ada dua penonton turut kerasukan dan masuk mencari kelapa untuk dikupas sama.

Lepas dikupas, menunggu di hujung medan persembahan seorang lelaki berpakaian biasa yang sedia menyambut, menanduk dengan kepala sehingga pecah kelapa yang dibaling tinggi ke udara. Tidak ada langsung riak kesakitan, malah mereka terus menanduk kelapa yang mendarat.

TOK Dalang membacakan sesuatu dan menghembus ke mukanya. Kepulan asap kelihatan semakin memenuhi ruang dan bermulalah rasukan kuda kepang. - Foto Mohd Azren Jamaludin
TOK Dalang membacakan sesuatu dan menghembus ke mukanya. Kepulan asap kelihatan semakin memenuhi ruang dan bermulalah rasukan kuda kepang. - Foto Mohd Azren Jamaludin

Tambah mengerikan, apabila cemeti yang sebelum ini digunakan untuk dilibas ke tanah dengan bunyi menakutkan kali ini digunakan untuk melibas belakang rakan yang kerasukan. Bukan sekali tapi berkali-kali tanpa langsung ada tanda mereka sakit.

Lantas, terdetik di fikiran wartawan, kuasa apakah yang merasuk mereka. Di mana datangnya kekuatan yang menggila. Apa yang berlaku sebenarnya?

"Mereka dirasuk jin kuda. Memang untuk menjadikan mereka mabuk, kami (dalang) perlu seru jin untuk datang bersama. Memang ada unsur pemujaan.

"Tadi, ketika saya membaca sesuatu, itu bukan semuanya ayat al-Quran. Ada mantera yang menyeru. Bukan menyebut nama Allah tetapi antaranya dinding dangyang...itu menyeru orang kayangan atau penjaga tempat.

ANTARA permainan tradisional dipersembahkan dalam tarian kuda kepang dan silat daripada persatuan Warisan Seni Sri Johor. - Foto Mohd Azren Jamaludin
ANTARA permainan tradisional dipersembahkan dalam tarian kuda kepang dan silat daripada persatuan Warisan Seni Sri Johor. - Foto Mohd Azren Jamaludin

"Insun amati ajiku, sibojo poro...itu nama jin. Sebab itu awak tengok saya pandang ke atas sebelum ada yang mula mabuk. Membakar kemenyan ketika buka gelanggang. Bukankah asap itu makanan jin. Kebanyakannya adalah menyeru semangat kuda," kata Mohd Yazid yang mengetuai kumpulan Warisan Seni Sri Johor.

Noraida pula mengakui apa yang diamalkannya selama ini memang syirik kerana ada beberapa amalan yang bercanggah dengan syariat Islam seperti pemujaan makhluk lain.

"Ia syirik. Sebab itu kami sudah tidak lagi amalkan. Kami sudah ubah persembahan tradisi ini kepada bentuk yang moden supaya ia lebih kepada persembahan hiburan sahaja. Tidak ada unsur pemujaan," katanya.

Tarian kuda kepang tradisional yang mempunyai unsur pemujaan dan kerasukan sudah difatwakan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Johor yang bersidang pada 18 Februari 2009.

Berita Harian X