Khamis, 30 April 2015 | 12:02am
GENG Luntan bersama 160 kertang Andaman yang ditewaskan mereka.
GENG Luntan bersama 160 kertang Andaman yang ditewaskan mereka.
KYRUL Mohd bersama kertang terbesar dalam trip ini.
KYRUL Mohd bersama kertang terbesar dalam trip ini.
ANTARA ikan yang berjaya ditewaskan di Laut Andaman.
ANTARA ikan yang berjaya ditewaskan di Laut Andaman.
ANTARA hasil laut yang berjaya dibawa naik.
ANTARA hasil laut yang berjaya dibawa naik.

Rezeki terpijak Geng Luntan

SABAR menanti umpan disambar ikan.
SABAR menanti umpan disambar ikan.

SATUN: Kalau seekor dua ikan bersaiz besar diperoleh setiap kali memancing, itu sudah dianggap biasa oleh kaki pancing.

Kalau melebihi 50 ekor ikan bersaiz mega bagi spesies yang sama diperoleh, ia memang sukar dipercayai.

Bagi Geng Luntan, kunjungan ke perairan Laut Andaman ketika musim cuti Tahun Baharu Cina pada Februari lalu, umpama rezeki terpijak.

Bagai dibawa ke `kampung kerapu' atau kertang, geng ini yang dianggotai Fansuri Latapi, Mohd Azne, Kyrul Mohd, Helmi Reza, Abot, Azman Shah, Azman Ibani, Anas Ishak, Zabidi, Rashid, Idris Jeram dan beberapa nama lagi, berpesta tangkapan apabila berjaya menewaskan 160 kertang.

IKAN kertang menjadi sasaran Geng Luntan.
IKAN kertang menjadi sasaran Geng Luntan.

Joran nyaris patah

Paling meriah pada hari kedua, apabila sebanyak 108 kertang didaratkan dalam tempoh dua jam.

"Bukan sahaja terjelepak keletihan melayang sang kertang, malahan ada yang tak mampu bergerak lagi gara-gara kehilangan banyak tenaga.

Aboy, Kyrul, Helmi dan Azman Shah tersandar pada dinding bot apabila sudah terlalu penat kerana tidak bersarapan.

"Sebaik saja umpan sotong kurita dan ketam hidup dilepaskan, ada saja sentapan ditarik rakus sehingga nyaris patah," kata Fansuri.

Katanya, umpan daripada hirisan tongkol dan sotong yang dibeli di pasar turut dibaham kertang, hinggakan kekili elektrik Shimano Beastmaster 6000, Daiwa Mt 750, Miya CX4 dan Shimano Forcemaster 9000 tidak henti-henti berbunyi. Begitu juga joran terhenjut-henjut ditarik rakus, nyaris patah.

MOHD Azne tidak ketinggalan mengabadikan foto dengan kertang.
MOHD Azne tidak ketinggalan mengabadikan foto dengan kertang.

FANSURI dengan kertang yang ditewaskannya.
FANSURI dengan kertang yang ditewaskannya.

Peralatan tak sesuai

"Memang ikan kertang sasaran Geng Luntan kerana beberapa trip sebelum ini tidak berhasil kerana peralatan yang dibawa tidak sesuai. Daripada pengalaman lepas itu, kali ini kami lebih bersedia, malah ada yang membawa dua tiga set pancing takut kalau berlaku sesuatu pada kekili," jelasnya.

Tekong Pak Dee dari Ranong adalah tekong terbaik kerana beliau boleh mengesan lubuk dengan cekap, malahan dalam perjalanan lagi beliau sudah menegur kami apabila melihat ada rakan mengeluarkan set memancing kategori ringan, kononnya untuk apollo umpan hidup.

Pak Dee menasihatkan Geng Luntan mengeluarkan kekili aksi keras kerana ikan di Laut Andaman ganas dan licik. Di lubuk pertama yang mengambil masa 16 hingga 18 jam perjalanan, Geng Luntan sudah dikejutkan dengan kumpulan kertang.

"Selepas memancing kira-kira dua jam, tidak banyak aksi yang berlaku dan ini memaksa Pak Dee berpindah ke lubuk lain yang jaraknya tiga jam perjalanan.

LAMBAKAN kertang yang ditewaskan pemancing.
LAMBAKAN kertang yang ditewaskan pemancing.

Tong penuh kertang

"Kami sampai di lubuk kedua pada jam 8 malam. Tidak menunggu lama, saya, Azman dan Anas dikejutkan dengan sentapan serentak. Apa lagi, mengalir peluh jantan untuk menewaskannya. Di lubuk ini, kami berjaya menambah 50 ekor kertang dan disusul beberapa ikan lain.

"Melihat hampir semua tong dipenuhi kertang, kami bercadang mencari jenahak dan kerisi bali ketika perjalanan pulang," katanya.

Fansuri berkata, pencapaian kali ini adalah paling berjaya kerana mengatasi rekod tangkapan lalu dengan 20 kertang.

Berita Harian X