Selasa, 26 Mei 2015 | 12:04am
GAYA unik pakaian tidur.
GAYA unik pakaian tidur.
PADANAN jaket memberikan imej kasual.
PADANAN jaket memberikan imej kasual.
FESYEN pyjamas turut menurut perhatian lelaki.
FESYEN pyjamas turut menurut perhatian lelaki.
BERGAYA kasual.
BERGAYA kasual.
MODEL memperagakan rekaan Karen Walker pada pertunjukan minggu fesyen Mercedes-Benz di New York.
MODEL memperagakan rekaan Karen Walker pada pertunjukan minggu fesyen Mercedes-Benz di New York.
WARNA kontra menyerlahkan imej.
WARNA kontra menyerlahkan imej.
RONA terang mempunyai tarikan tersendiri.
RONA terang mempunyai tarikan tersendiri.
PADANAN aksesori menambah keunikan fesyen baju tidur.
PADANAN aksesori menambah keunikan fesyen baju tidur.
MOTIF kimono tampak menarik.
MOTIF kimono tampak menarik.
KOT labuh menambah keanggunan.
KOT labuh menambah keanggunan.

Fesyen baju tidur

FABRIK pakaian tidur dijadikan sebagai trend fesyen terbaharu.
FABRIK pakaian tidur dijadikan sebagai trend fesyen terbaharu.

LEDAKAN fesyen terkini sememangnya mampu memberikan kejutan kepada sesiapa terutama pengikut tegar yang sentiasa mencari kelainan dalam soal bergaya.

Tidak hairan sekiranya tirai fesyen sentiasa dihiasi dengan kepelbagaian konsep rekaan daripada pereka fesyen baik dalam dan luar negara.

KELEMBUTAN fabrik sutera menjadi pilihan.
KELEMBUTAN fabrik sutera menjadi pilihan.

Keinginan mencetuskan fenomena aliran terbaharu menjadikan pereka fesyen menjadi cukup berpengaruh dalam menentukan rekaan fesyen mengikut musim.

Jika sebelum ini, kasut sukan dan baju sejuk menjadi tarikan utama dalam industri fesyen kini, baju tidur pula mula mengambil tempatnya.

PILIHAN warna pastel menyerlahkan gaya pemakai.
PILIHAN warna pastel menyerlahkan gaya pemakai.

Baju tidur atau dikenali sebagai 'pyjamas', kini diangkat sebagai pakaian harian. Dengan gaya tersendiri, rekaan baju dan seluar baju tidur mula menghiasi pasaran fesyen dalam dan luar negara.

Mengikut laporan dari peruncit multinasional Britain, Debenhams, jualan koleksi baju persalinan kian mendapat perhatian dan meningkat sebanyak 34 peratus sejak 2013.

Wakilnya memberitahu, peningkatan permintaan itu secara tidak langsung mengubah kedudukan persalinan baju tidur kepada koleksi 'loungewear' dipakai untuk acara harian.

"Penampilan aliran terbaharu ini sesuatu mengejutkan. Fenomena luar biasa dalam peredaran fesyen ini semakin unik dan menyeronokkan.

"Mungkin kesan kedatangan fesyen baharu ini, ia akan dikenang sebagai tahun 'Sleepwear and the City'.

"Oleh itu, fesyen koleksi baju tidur dipelbagaikan dengan menekankan kepada kelainan corak, fabrik lembut dan ringan untuk menambahkan keselesaan," katanya.

Antara selebriti yang mula mengetengahkan gaya fesyen pyjamas untuk acara majlis tersohor adalah Rihanna, Rita Ora, Fearne Cotton dan ramai lagi.

Sementara itu, Ketua Gaya Debenhems London, Alain Mehada, berpendapat pengaruh fesyen baju tidur ini mendapat perhatian kerana ia selesa dan menarik untuk dipadankan dalam pelbagai gaya.

Mengikut cita rasa sendiri, katanya, pengaruh pyjamas sudah mula diperkenalkan di England sebagai pakaian berehat pada abad ke-1, bagaimanapun aliran itu terhenti seketika.

"Bagaimanapun, pada tahun 1870 baju tidur muncul semula di Barat sebagai pakaian tidur untuk lelaki.

"Selepas penjajah British, mereka membawa kembali aliran baju tidur tetapi diberikan kelainan menerusi tambahan poket dan rekaannya," katanya

Akui Mehada, biarpun janggal tetapi persalinan itu mampu memberikan keberanian kepada penggemar fesyen.

"Cara terbaik untuk memberikan kelainan pakaian tidur dalam gaya harian adalah padankan dengan jaket kasual atau kasut bertumit yang seksi.

"Koleksi pyjamas yang berkualiti ialah ia perlu diperbuat daripada fabrik mewah seperti sutera atau kapas dan elakkan menggunakan material seperti flannel," katanya. - Agensi

Berita Harian X