Khamis, 28 Mei 2015 | 12:01am
AZMI Naj menaikkan ikan jenahak dan ikan merah.
AZMI Naj menaikkan ikan jenahak dan ikan merah.
AZIZUL Aziz berpuas hati apabila menaikkan ikan jenahak dan ikan merah.
AZIZUL Aziz berpuas hati apabila menaikkan ikan jenahak dan ikan merah.
PEMANCING bergambar dengan hasil tangkapan mereka.
PEMANCING bergambar dengan hasil tangkapan mereka.

Rezeki umpan kurita RM270

PEMANCING berjaya menaikkan 20 jenahak, seekor aruan tasik dan ikan merah.
PEMANCING berjaya menaikkan 20 jenahak, seekor aruan tasik dan ikan merah.

PELABUHAN KLANG: Diberitahu umpan sotong kurita seekor RM10, menyebabkan masing-masing menggaru kerana terpaksa melabur tinggi sedangkan hasilnya masih belum pasti.

Ditambah pula untuk trip sehari itu dikhabarkan akan membawa 27 sotong kurita menjadikan kos untuk umpan sahaja sudah RM270.

Ini tidak termasuk kos sewa bot, batu ladung, tali perambut, mata kail, makanan serta minuman.

Sebagai penyelaras, Mohd Azman Hamid, meyakinkan dua rakannya iaitu Azmi Naj dan Azizul Aziz, bahawa berdasarkan pengalamannya yang lalu, pemancing tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana ada saja jenahak emas, ikan merah dan kerapu dibawa pulang.

"Rezeki Allah berikan. Kau orang jangan risau, ada saja ikan nanti. Yang penting umpan kurita ini memang efektif.

"Kau orang sendiri dapat seekor dua yang aku beri. Percayalah cakap aku," katanya ketika meyakinkan dua rakannya itu bahawa keputusan membeli umpan kurita tidak sia-sia.

MOHD Azman bersama ikan jenahak dan ikan merah.
MOHD Azman bersama ikan jenahak dan ikan merah.

Mohd Azman berkata, ketika sampai di lubuk pertama, jam sudah menunjukkan 9 pagi dan tanpa berlengah ketiga-tiga sahabat ini terus melabuhkan umpan sotong kurita seekor dan tidak menunggu lama, beliau menerima strike pertama, maka bermulalah adegan tarik menarik.

"Lenguh juga dibuatnya. Selepas bertarung hampir lima minit, seekor ikan merah seberat tiga kilogram dapat ditewaskan.

"Melihat ikan berkenaan, bertambah terbakar hati Azman dan Azizul. Selepas itu, giliran mereka dan kami berselang seli menaikkan jenahak emas, rupa-rupanya itulah ikan emas tunggal yang dijinakkan.

"Melihat banyak ikan makan umpan, tekong Abu meminta kami menukar kekili elektrik bagi mengelakkan kami keletihan melayan ikan," katanya.

HASIL tangkapan menggunakan sotong kurita sebagai umpan.
HASIL tangkapan menggunakan sotong kurita sebagai umpan.

Mendengar nasihat tekong Abu, masing masing menukarkan perkakasan yang dicadangkan itu. Mohd Azman dengan Miya Epoch Command C4HP, Azmi menggunakan Daiwa Tanacom BUll 1000 dan Panasonic Panarel M5, manakala Azizul pula setia dengan Banax Kaigen.

Ternyata, ia tidak sia-sia apabila dengan mudah mereka menewaskan jenahak emas. Sehingga jam 3 petang, mereka berjaya menaikkan 20 jenahak, seekor aruan tasik dan ikan merah di lubuk pertama.

Melihat baki umpan ada enam kurita, mereka meminta tekong Abu berpindah ke lubuk kedua, iaitu kira-kira setengah jam perjalanan.

"Di lubuk kedua, kami sekali lagi diserang jenahak emas. Ada yang berjaya didaratkan manakala ada yang terlepas. Semua gara-gara tidak sabar apabila melihat perubahan cuaca yang mendadak.

"Tapi itu cuma sekejap saja. Di lubuk ini, kami menaikkan enam jenahak dan seekor barakuda serta tiga mandi Abu (kaci)," kata Mohd Azman.

Melihat jam sudah 6 petang, kami bertolak balik ke jeti. Masing-masing membawa pulang seekor mandi dan jenahak emas, manakala yang lainnya dijual kepada peraih yang sudah menanti di jeti.

Berita Harian X