Sabtu, 13 Jun 2015 | 12:02am
CEF Usri Kamarudin bersama Kari Kerang Kapitan di Eastin Hotel. - Foto Adi Safri
CEF Usri Kamarudin bersama Kari Kerang Kapitan di Eastin Hotel. - Foto Adi Safri

Kerang masak kapitan

KARI kapitan amat popular dalam kalangan golongan Tionghua di Pulau Pinang walaupun resipi asalnya, dikatakan milik keturunan Baba Nyonya, yang menggabungkan dua tradisi masakan iaitu Melayu dan Cina.

Masakan Baba Nyonya juga banyak menggunakan bahan campuran yang sering digunakan dalam masakan Melayu dan Cina untuk menghasilkan hidangan dengan cita rasa Melayu Nusantara.

Walaupun hidangan kapitan ini dinamakan kari, ia sebenarnya langsung tidak menggunakan serbuk kari sebagai bahan masakan sebaliknya hanya menggunakan bumbu asli seperti bawang, cili, halia, serai dan lengkuas.

Kapitan adalah gelaran yang diberikan penjajah Portugis kepada ketua suku kaum Cina seperti Hokkien, Hakka, dan Teochew di negeri termasuk Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.

 KARI Kerang Kapitan sedia dihidang. - Foto Adi Safri
KARI Kerang Kapitan sedia dihidang. - Foto Adi Safri

Tidak perlu lama

Masakan kapitan terkenal adalah kari ayam kapitan, namun Pembantu Cef Masakan Melayu, Hotel Eastin Petaling Jaya, Usri Kamaruddin, menampilkan kelainan apabila menggantikan kerang sebagai bahan utama.

"Berbeza dengan ayam yang perlu digoreng terlebih dulu, kerang masak kapitan ini tidak memerlukan masa yang lama untuk dimasak dan sekali imbas orang akan menyangka ia adalah sejenis masakan rendang.

"Seperti juga masakan kapitan yang lain, kerang kapitan ini sesuai untuk dimakan dengan nasi putih atau dicicah bersama roti atau ketupat dan lemang," katanya.

Berikut adalah bahan untuk kerang masak kapitan serta langkah untuk memasaknya. Selamat mencuba.

NORMAZIAH Mahadi. - Foto L.Manimaran
NORMAZIAH Mahadi. - Foto L.Manimaran

Bahan:

2 kilogram kerang bersaiz besar (diperap dengan serbuk kunyit dan garam selama semalaman)

2 inci kunyit hidup

300 gram (g) bawang merah

75g halia

75g lengkuas

50g belacan bakar

50g bawang putih (dikisar)

50g cili merah (dikisar)

50g cili hijau (dikisar)

30g buah keras (dikisar)

2 batang serai

Gula Melaka

Air limau

Daun limau purut

Santan (daripada sebiji kelapa)

Garam

NORASYIKIN Hussin (kanan), bersama rakannya Normala Mohd Nor, (kiri) mengopek kerang rebus di Kampung Tersusun Kuala Gula. - Foto L.Manimaran
NORASYIKIN Hussin (kanan), bersama rakannya Normala Mohd Nor, (kiri) mengopek kerang rebus di Kampung Tersusun Kuala Gula. - Foto L.Manimaran

KERANG rebus di Kampung Tersusun Kuala Gula. - Foto L.Manimaran
KERANG rebus di Kampung Tersusun Kuala Gula. - Foto L.Manimaran

MASUKKAN daun limau. - Foto Adi Safri
MASUKKAN daun limau. - Foto Adi Safri

PENDUDUK Kuala Gula mengopek kerang rebus di Kampung Tersusun Kuala Gula. - Foto L.Manimaran
PENDUDUK Kuala Gula mengopek kerang rebus di Kampung Tersusun Kuala Gula. - Foto L.Manimaran

MASUKKAN santan, gula melaka, air limau dan garam. Biarkan seketika. - Foto Adi Safri
MASUKKAN santan, gula melaka, air limau dan garam. Biarkan seketika. - Foto Adi Safri

Cara Memasak:

1. Tumiskan kunyit hidup, bawang merah, halia, lengkuas, belacan bakar, bawang putih, cili merah, cili hijau dan buah keras sehingga naik bau.

2. Masukkan daun limau.

3. Tambahkan sedikit air dan masukkan kerang yang diperap.

4. Akhir sekali masukkan santan, gula melaka, air limau dan garam. Biarkan seketika.

5. Sedia untuk dihidang.

Berita Harian X