Ahad, 14 Jun 2015 | 12:09am
ISTERI Black, Naquia Yasirah Mohd Khairi bersama Khaleef Dayyan, pada majlis aqiqah di N'Dah Catering. Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
ISTERI Black, Naquia Yasirah Mohd Khairi bersama Khaleef Dayyan, pada majlis aqiqah di N'Dah Catering. Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
BAPA mentua Black, Mohd Khairi Abu Hassan (kiri) memotong rambut cucunya, Khaleef Dayyan, pada majlis aqiqah. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
BAPA mentua Black, Mohd Khairi Abu Hassan (kiri) memotong rambut cucunya, Khaleef Dayyan, pada majlis aqiqah. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
BLACK menuntut individu yang mencerca anaknya, memohon maaf. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
BLACK menuntut individu yang mencerca anaknya, memohon maaf. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
BLACK dan Naquia Yasirah seperti ibu bapa lain teruja untuk berkongsi gambar dan perkembangan anak di laman sosial. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
BLACK dan Naquia Yasirah seperti ibu bapa lain teruja untuk berkongsi gambar dan perkembangan anak di laman sosial. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Black tetap mahu saman individu hina anak


KUALA LUMPUR: Penyanyi Black nekad untuk meneruskan hasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang mencerca anak sulungnya, Khaleef Dayyan, di laman sosial Instagram.

Black atau nama sebenarnya, Hanifah Md Hanafiah, 28, berkata tindakan itu terpaksa diambil supaya peminat tidak sewenang-wenangnya mengutuk di laman sosial beliau.

BLACK dan isteri, Naquia Yasirah bersama anak mereka, Khaleef Dayyan. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
BLACK dan isteri, Naquia Yasirah bersama anak mereka, Khaleef Dayyan. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Pada Mac lalu, Black yang ditemuramah program Melodi meluahkan kekecewaan apabila anaknya diberi gelaran tidak baik oleh seorang pengikut laman sosialnya sebaik saja beliau menunaikan janji menunjukkan wajah anak sulung selepas tamat tempoh berpantang isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khairi, 29.

Beliau menuntut individu terbabit, dipercayai seorang pelajar lelaki, yang menggunakan akaun atas nama ihafizhamid, supaya memohon maaf dan individu terbabit mendakwa sudah berbuat demikian. Namun, jelas Black, individu terbabit menipu dan sehingga kini, beliau tidak menerima apa-apa maklum balas daripada lelaki berkenaan.

INDIVIDU yang dikatakan menghina anak Black.
INDIVIDU yang dikatakan menghina anak Black.

"Dia mendakwa sudah membuat permohonan maaf, namun saya tidak mendapat apa-apa daripada dia. Kalau dia tak ada nombor saya pun, boleh 'personal message' di Instagram atau sebagainya. Saya dikritik masyarakat kerana dikatakan tidak memberi ruang kepada individu itu untuk memohon maaf. Saya masih memberi masa kepada individu itu tetapi tidak teragak-agak untuk membawa kes ini ke mahkamah.

"Saya terpaksa membawa perkara ini ke tengah supaya rakan artis lain tidak mengalami nasib sama. Saya ambil tindakan ini untuk mengajar masyarakat supaya mereka lebih berhati-hati apabila menulis sebarang komen," katanya kepada BH PLUS.

IBU Black, Muslamah Othman (kiri) dan ibu mentuanya, Hasnah Hassan (dua dari kiri) bersama cucu mereka, Khaleef Dayyan. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
IBU Black, Muslamah Othman (kiri) dan ibu mentuanya, Hasnah Hassan (dua dari kiri) bersama cucu mereka, Khaleef Dayyan. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Tambah penyanyi yang popular dengan lagu `Teman Pengganti` itu, beliau juga sudah mendapatkan nasihat peguam berhubung perkara itu.

Mengulas mengenai tindakannya yang kini dilihat lebih terbuka berkongsi perihal anaknya, Black menegaskan, pada mulanya beliau ingin menjaga privasi anaknya supaya tidak terkena tempias dengan kerjayanya sebagai seorang penyanyi.

MAJLIS aqiqah anak penyanyi, Black di N'Dah Catering. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
MAJLIS aqiqah anak penyanyi, Black di N'Dah Catering. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

"Kami manusia biasa dan mempunyai naluri yang sama seperti ibu bapa yang lain untuk memuat naik gambar anak di laman sosial. Memang tidak dinafikan, pada mulanya saya berat hati untuk berkongsi gambar anak saya. Namun, suatu hari ketika sedang makan di kedai, ada yang ingin bergambar dengan anak saya...maka sama juga kesannya.

"Jadi, ia membuatkan saya terfikir untuk berkongsi dengan peminat yang banyak menyokong saya selama ini. Ini boleh dianggap sebagai penghargaan kepada mereka," kata Black.

BLACK berhasrat menghantar anaknya ke sekolah antarabangsa dan mahu anaknya menjadi juruterbang yang berjaya - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
BLACK berhasrat menghantar anaknya ke sekolah antarabangsa dan mahu anaknya menjadi juruterbang yang berjaya - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Tambah Black, beliau menginginkan yang terbaik buat anaknya pada masa hadapan nanti. Walaupun mungkin terlalu awal untuk merancang, Black merancang untuk menghantar anaknya ke sekolah antarabangsa yang terbaik.

"Saya ingin melihat Dayyan membesar menjadi seorang juruterbang yang berjaya walaupun dia masih kecil lagi. Lagipun, saya tak belajar tinggi, jadi saya mahu memberikan yang terbaik buat anak saya ini. Malah, jika diberikan rezeki oleh Allah, saya ingin melihat Dayyan mendapat adik tahun depan. Kami tidak merancang sebaliknya menyerahkan segala kepada yang lebih berkuasa," kata Black mengakhiri perbualan.

Berita Harian X