X
Selasa, 23 Jun 2015 | 12:03am
KETUA keluarga, Eric Bowen lakonan Sam Rockwell bersama isteri dan anak-anak berpindah selepas dia diberhentikan kerja.
KETUA keluarga, Eric Bowen lakonan Sam Rockwell bersama isteri dan anak-anak berpindah selepas dia diberhentikan kerja.
RUMAH yang didiami keluarga Eric Bowen dibina di atas tanah perkuburan lama.
RUMAH yang didiami keluarga Eric Bowen dibina di atas tanah perkuburan lama.

Poltergeist versi baharu tetap menakutkan


KETIKA ditayangkan sekitar tahun 1982, filem Poltergeist menjadi antara judul seram terbaik pernah dihasilkan di Hollywood.

Siapa yang boleh lupa watak Carol Anne, kanak-kanak berambut perang yang terperangkap di alam roh ekoran rumah yang didiami keluarganya dibina di atas tanah perkuburan lama.

Kini, nostalgia menyeramkan itu kembali menghantui penonton apabila filem tulisan pengarah dan penerbit tersohor, Steven Spielberg, itu dibikin semula dengan menggunakan judul sama.

Masih mengekalkan jalan cerita serupa, Poltergeist versi 2015 ini berkisar mengenai mengenai sebuah keluarga yang berpindah ke kawasan kejiranan baharu untuk memulakan semula kehidupan mereka selepas si bapa, Eric Bowen (Sam Rockwell), diberhentikan kerja.

ANTARA adegan filem Poltergeist.
ANTARA adegan filem Poltergeist.

FILEM Poltergeist hasil karya pengarah dan penerbit tersohor, Steven Spielberg.
FILEM Poltergeist hasil karya pengarah dan penerbit tersohor, Steven Spielberg.

Sejak mendiami rumah banglo berkenaan, pelbagai perkara pelik berlaku, termasuk kejadian membabitkan anak bongsu mereka, Madison, yang sering dilihat bercakap dengan 'kawan khayalannya' sehingga menimbulkan ketakutan terutama abangnya, Griffin, yang selalu menyaksikan kejadian itu.

Ternyata apa yang sering dirisaukan oleh Griffin menjadi nyata apabila Madison hilang di alam roh jahat yang mahu menjadikan adiknya itu sebagai korban.

Bagi menyelamatkan anak perempuannya, Bowen bertemu dengan pakar alam ghaib, Carrigan Burke.

Dapatkah Madison diselamatkan daripada genggaman roh berkenaan dan bagaimana pula nasib keluarganya?

Walaupun ia judul kitar semula yang diberikan nafas baharu, Poltergeist masih mempunyai elemen seram tersendiri. Ia juga bukanlah diceduk bulat-bulat daripada filem asal.

SEBAHAGIAN babak mendebarkan dalam Poltergeist.
SEBAHAGIAN babak mendebarkan dalam Poltergeist.

Penonton yang pernah menyaksikan versi asal, tentu akan teringat kembali dialog ikonik "mereka ada di sini" yang dituturkan Carol Anne ketika mengadap televisyen yang terpasang. Dalam versi baharu ini, Madison turut melafazkan ayat sama.

Pengarahnya, Gil Kenan, bijak menimbulkan unsur kejutan kepada penonton menerusi gerak kerja kamera yang dihasilkan sehingga ada yang menonton sesetengah babak menerusi celahan jari.

Kesan khas dan imej janaan komputer (CGI) yang ditampilkan turut membantu menambahkan elemen seram dalam filem ini. Ia digambarkan secara jelas ketika pengarah memaparkan babak Griffin mencari Madison di alam ghaib, dengan bantuan kamera dron. Menerusi adegan itu, roh yang tidak tenang jelas kelihatan cuba menghalang Griffin daripada menyelamatkan adiknya keluar dari situ.

Meskipun ia naskhah seram, filem ini masih menyelitkan mesej berguna kepada penonton. Walaupun pada awalnya keluarga Bowen seperti tidak bersatu dan sering bertegang urat, demi menyelamatkan kanak-kanak terbabit, ikatan kekeluargaan akhirnya bertaut erat.

PELBAGAI perkara pelik berlaku apabila sebuah keluarga berpindah ke kawasan kejiranan baharu.
PELBAGAI perkara pelik berlaku apabila sebuah keluarga berpindah ke kawasan kejiranan baharu.

WALAUPUN judul Poltergeist dikitar semula, ia masih mempunyai elemen seram.
WALAUPUN judul Poltergeist dikitar semula, ia masih mempunyai elemen seram.

INFO

Judul:Poltergeist
Pelakon: Sam Rockwell, Rosemarie DeWitt, Kennedi Clements, Jared Harris, Kyle Catlett dan Saxon Sharbino
Pengarah: Gil Kenan
Penulis: David Lindsay-Abaire, Steven Spielberg
Genre: Seram
Durasi: 93 minit
Tarikh: Mulai 18 Jun 2015

Berita Harian X