Sabtu, 15 Ogos 2015 | 12:11am
KOPERAL (B) Zulkepli Ahmad melihat gambar kenangan ketika menyertai pertempuran di Pasar Bakara, Mogadishu pada Oktober 1993 di kediamannya di Kampung Kilang Ketapan, Gurun. - Foto Sharul Hafiz Zam
KOPERAL (B) Zulkepli Ahmad melihat gambar kenangan ketika menyertai pertempuran di Pasar Bakara, Mogadishu pada Oktober 1993 di kediamannya di Kampung Kilang Ketapan, Gurun. - Foto Sharul Hafiz Zam
KOPERAL (B) Zulkepli bersama kereta perisai condor ketika menyertai pertempuran di Pasar Bakara, Mogadishu. - Foto Sharul Hafiz Zam
KOPERAL (B) Zulkepli bersama kereta perisai condor ketika menyertai pertempuran di Pasar Bakara, Mogadishu. - Foto Sharul Hafiz Zam
KOPERAL (B) Zulkepli Ahmad (kanan) menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dari Sultan Kedah. - Foto Sharul Hafiz Zam
KOPERAL (B) Zulkepli Ahmad (kanan) menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dari Sultan Kedah. - Foto Sharul Hafiz Zam
KOPERAL (B) Zulkepli Ahmad (kiri) bersama isterinya, Rohida Yaacob dan anak mereka, Muhaimin Nur Haziq Zulkepli melayan pelanggan di pekarangan rumahnya di Kampung Kilang Ketapan, Gurun. - Foto Sharul Hafiz Zam

KOPERAL (B) Zulkepli (tiga dari kiri) bersama isterinya Rohida Yaacob (kiri) dan anaknya, Muhaimin Nur Haziq Zulkepli menjual roti dan makanan di hadapan rumah mereka di Kampung Kilang Ketapan, Gurun. - Foto Sharul Hafiz Zam

BLACK HAWK DOWN: Penembak belakang kereta perisai kini pengusaha bakeri

SEORANG bekas tentera yang pernah mengikuti operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Somalia (UNOSOM) pada tahun 1993, Koperal (B) Zulkepli Ahmad, 43, kini gigih menjalankan perniagaan bakeri secara sepenuh masa selepas menamatkan perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 2012.

 Perniagaan bakeri secara kecil-kecilan itu diusahakannya bersama isteri, Rohida Yaacob, 43, sejak lima tahun lalu dengan menjual roti, kek dan biskut.

Menceritakan kegiatan selepas bersara, Zulkepli berkata, perniagaan itu dimulakan oleh isteri dari rumah pada tahun 2010 untuk majlis perkahwinan sebelum beliau membantu isteri dan mula serius dengan memasarkannya menerusi laman sosial seperti Facebook.

ROTI, kek dan biskut antara menu jualan Koperal (B) Zulkepli Ahmad yang dijalankan di hadapan rumah mereka di Gurun, Kedah. - Foto Sharul Hafiz Zam
ROTI, kek dan biskut antara menu jualan Koperal (B) Zulkepli Ahmad yang dijalankan di hadapan rumah mereka di Gurun, Kedah. - Foto Sharul Hafiz Zam

"Walaupun pendapatan tidak menentu, saya bersyukur hasil perniagaan ini mampu menampung keperluan keluarga, termasuk perbelanjaan persekolahan anak," katanya ketika ditemui di bengkel pembuatan roti miliknya di Kampung Kilang Ketapan, di gurun, Kedah, di sini.

 Pasangan itu mempunyai tiga anak iaitu Nur Masturah, 19, yang kini menuntut di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Alor Setar, Muhammad Hazmi, 16 dan Muhaimin Nur Haziq, berusia sembilan tahun.

Zulkepli berkata, wang persaraan yang diterima dimanfaatkan dengan membina sebuah bengkel khas yang digunakan untuk kerja bakeri.

 "Saya menggunakan wang persaraan untuk membina bengkel ini bagi memudahkan kami membuat kek dan roti selain menjualnya secara terus di hadapan bengkel pada sebelah petang kepada penduduk setempat," katanya.

 Ketika diminta berkongsi pengalaman bertempur dalam peristiwa berdarah Black Hawk Down pada 3 dan 4 Oktober, beliau sempat tersenyum sebelum menunjukkan beberapa keping gambar kenangan di negara bergolak itu.

 Katanya, ketika itu, beliau hanya seorang prebet menyertai Kompeni A dan ditugaskan sebagai penembak belakang di dalam kereta perisai yang dinaikinya bersama dua lagi anggota iaitu Lans Koperal Sulaiman Aziz dan Lans Koperal Jembri Mat Isa.

KOPERAL (B) Zulkepli (dua dari kiri) bergambar bersama tentera Amerika Syarikat ketika menyertai pertempuran di Pasar Bakara, Mogadishu. - Foto Sharul Hafiz Zam
KOPERAL (B) Zulkepli (dua dari kiri) bergambar bersama tentera Amerika Syarikat ketika menyertai pertempuran di Pasar Bakara, Mogadishu. - Foto Sharul Hafiz Zam

 "Ketika diarahkan mengikuti misi menyelamat renjer Amerika Syarikat yang terperangkap di Pasar Bakara, Mogadishu, Somalia, tanpa rasa gentar, saya sahut arahan dengan penuh rasa tanggungjawab.

  "Sepanjang perjalanan menuju ke Pasar Bakara, kami berbalas tembak dengan pihak musuh tanpa henti sehinggakan satu pelancar roket menembusi kenderaan yang saya naiki," katanya.

 Beliau berkata, tembakan itu pada awalnya tidak disedari oleh mereka bertiga menyebabkan Sulaiman tercedera akibat terkena letupan daripada pelancar roket itu.

 "Kami hanya sedar kereta kami berasap dan dalam keadaan sistem kereta yang sudah rosak, saya mencapai lampu suluh sebelum melihat lengan Sulaiman tercedera.

 "Saya dengan pantas membalut lukanya dan turun daripada kenderaan biarpun saya sedar dalam keadaan terancam untuk memaklumkan kepada rakan di hadapan yang kereta kami ditembak dan seorang anggota tercedera," katanya.

Zulkepli berkata, mereka bertiga menerima arahan supaya turun daripada kenderaan dan menyertai tentera Amerika Syarikat yang sedang berbalas tembakan dengan pengikut setia puak penentang Jeneral Farrah Aidid.

 "Selepas beberapa jam berbalas tembakan, kami diarahkan menaiki kenderaan di hadapan. Ketika sampai ke kenderaan itu, kami dapati kereta itu dipenuhi kesan darah dan terdapat serpihan kulit manusia.

KOPERAL (B) Zulkepli Ahmad bergambar bersama meriam ketika menyertai pertempuran di Pasar Bakara, Mogadishu pada Oktober 1993. - Foto Sharul Hafiz Zam
KOPERAL (B) Zulkepli Ahmad bergambar bersama meriam ketika menyertai pertempuran di Pasar Bakara, Mogadishu pada Oktober 1993. - Foto Sharul Hafiz Zam

 "Bagaimanapun, selepas memeriksa keadaan kenderaan itu, kami dapati kenderaan itu juga tidak dapat digunakan menyebabkan kami terpaksa turun kembali bagi mendapatkan bantuan," katanya.

 Zulkepli berkata, mereka menerima bantuan kira-kira jam 5 pagi dengan menaiki kenderaan yang dinaiki ketua kompeni, Mejar Aziz Abdul Latif sebelum bergerak ke Stadium Mogadishu.

 "Setiba di sana, saya dapat tahu Koperal Mat Aznan Awang terkorban dan apa yang pasti kenderaan yang dipenuhi darah itu adalah kenderaan yang dinaiki oleh arwah," katanya sambil menambah pengalaman mengikuti misi itu dianggap sesuatu yang amat berharga bagi dirinya biarpun ia sudah lama berlalu.

Berita Harian X