Selasa, 22 September 2015 | 12:06am
NELAYAN Pantai Balok balik dari menangkap ikan. - Foto Khairulmizan Yahya
NELAYAN Pantai Balok balik dari menangkap ikan. - Foto Khairulmizan Yahya
NELAYAN Tanjung Lumpor membaiki bubu mereka sebelum turun ke laut. - Foto Farizul Hafiz Awang
NELAYAN Tanjung Lumpor membaiki bubu mereka sebelum turun ke laut. - Foto Farizul Hafiz Awang
KETUA Pengarah Jabatan Perikanan, Datuk Ismail Abu Hassan (kanan) melihat sotong kering yang ditangkap nelayan Vietnam menggunakan bot pukat tunda di Jeti Jabatan Perikanan. - Foto Mohd Rafi Mamat
KETUA Pengarah Jabatan Perikanan, Datuk Ismail Abu Hassan (kanan) melihat sotong kering yang ditangkap nelayan Vietnam menggunakan bot pukat tunda di Jeti Jabatan Perikanan. - Foto Mohd Rafi Mamat

Nelayan Tanjung Lumpur, Pantai Balok, terkapai-kapai


PENCEMARAN, gangguan daripada bot lebih besar serta ancaman daripada nelayan asing adalah antara faktor yang menjejaskan pendapatan nelayan tradisional di sekitar Tanjung Lumpur dan Pantai Balok, di Kuantan, Pahang.

 

Perkara itu diakui sendiri nelayan yang ditemui dan mereka berharap pihak berkenaan lebih serius dalam menangani masalah terbabit.

 

Bagi Mohd Affendi Mohammad, 43, jumlah tangkapan ikan diperoleh nelayan tradisional sangat terjejas sejak dua hingga tiga tahun kebelakangan ini.

 

"Masalah pencemaran sungai bukan benda baharu...sudah bertahun kami hadapi dan bila kami menyuarakan masalah ini, tindakan tidak juga diambil.

 

"Hasil tangkapan terjejas, pendapatan juga makin berkurangan, kos sara hidup meningkat. Begitu juga dengan kos operasi kami, dengan harga minyak (diesel) yang tidak menentu dan peralatan lain untuk menangkap ikan yang turut naik harga, ini semua beri kesan kepada kami.

 

"Sudahlah kami ini nelayan kecil-kecilan, sering pula menjadi mangsa bot (nelayan) besar. Ada kalanya, habis licin unjam yang kami tanam di dasar sungai disapu nelayan bot lebih besar," katanya.

 

 NELAYAN Tanjung Lumpor, Mohd Affendi Mohammad. - Foto Farizul Hafiz Awang
NELAYAN Tanjung Lumpor, Mohd Affendi Mohammad. - Foto Farizul Hafiz Awang

Mohd Affendi yang menjadi nelayan sejak kira-kira 20 tahun lalu berkata, masalah itu pernah disuarakan nelayan tradisional kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tahun lalu, namun hingga kini belum nampak sebarang jalan penyelesaian.

 

Katanya, perkara itu dijangka menemui jalan buntu selepas Ismail Sabri sudah bertukar ke kementerian lain, namun berharap menteri baharu, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, dapat turun padang sekali lagi menemui nelayan di negeri ini dalam masa terdekat.

 

"Susahlah macam ini, dulu Ismail Sabri...sekarang (Ahmad) Shabery Cheek...kami tidak tahu apa kesudahan aduan dibuat tahun lalu.

 

"Kami harap, beliau boleh turun ke Pahang, jumpa dengan kami, nelayan tradisional terutamanya yang sentiasa berdepan masalah. Tidak kiralah masalah hasil tangkapan ke, masalah pencemaran sungai ke, masalah dengan bot nelayan asing ke...turun padang dan dengar suara kami," katanya.

 

Sementara itu, seorang lagi nelayan, Zakaria Ahmad, 49, berpendapat agensi penguat kuasa perlu ambil tindakan lebih tegas jika mahu mengatasi pelbagai masalah dihadapi nelayan tradisional.

SEBUAH bot dipercayai milik nelayan asing dikesan memasuki perairan negara oleh Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM). - Foto Syazwan Msar
SEBUAH bot dipercayai milik nelayan asing dikesan memasuki perairan negara oleh Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM). - Foto Syazwan Msar

"Kita bukan bercakap mengenai kompaun atau sita bot saja. Kalau boleh semua agensi bertanggungjawab turut sama mencari jalan untuk menyelesaikan masalah dihadapi nelayan kecil.

 

"Hasil tangkapan kami juga semakin berkurangan, kalau dapat ikan pun, cuma ikan kecil, lebih-lebih lagi dalam bulan September hingga November.

 

"Bulan November dan Disember pula, kami sudah tidak dapat turun ke laut kerana musim tengkujuh. Jadi, dalam tempoh di antara bulan Januari hingga September saja kami betul-betul boleh turun menangkap ikan.

"Itu belum kira ancaman bot nelayan asing yang sering memasuki kawasan perairan kita. Mereka tidak takut, bahkan mengugut pula nelayan tempatan," katanya.

Berita Harian X