Rabu, 23 September 2015 | 12:16am

Rita Rudaini cekal berjuang berseorangan


MENYANDANG gelaran ibu tunggal kepada dua orang cahaya mata lelaki ternyata bukan mudah. Namun, beliau tetap cekal menghadapi pelbagai cabaran demi dua orang anaknya.

Jika dirangkum kehidupannya secara ringkas, fokus utama diberikan kepada dua cinta hatinya iaitu Airit Rayyan Rizqin, enam tahun dan Airit Qaqa Arjuna, empat tahun.

Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 39, berkata walaupun beliau dilihat tegas dan lantang menyuarakan kehendak hati, pendekatan itu diambil demi anak-anaknya.

RITA Rudaini bersama Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna. - Foto Surianie Mohd Hanif
RITA Rudaini bersama Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna. - Foto Surianie Mohd Hanif

"Saya akui bukan mudah bergelar seorang ibu tunggal apatah lagi perlu membesarkan dua anak lelaki. Peminat masa kini pula lebih lantang menyuarakan pendapat di laman sosial.

"Boleh dikatakan setiap gerak geri menjadi perhatian dan saya sendiri perlu menjaga tindak-tanduk agar tidak menjadi perbualan ramai.

"Namun, ada segelintir pihak seperti sengaja mencari kesalahan saya dan memberi komen yang boleh mencetuskan amarah terutama apabila membabitkan anak-anak.

RITA Rudaini bersama anak, Aidit Rayyan Rizqin,6 (kanan) dan Airit Rafqa Arjuna,3 (kiri) di Sunway Damansara, Petaling Jaya. - Foto Shiraz Ali
RITA Rudaini bersama anak, Aidit Rayyan Rizqin,6 (kanan) dan Airit Rafqa Arjuna,3 (kiri) di Sunway Damansara, Petaling Jaya. - Foto Shiraz Ali

"Mungkin ada pihak melihat tindakan saya seperti lantang kerana saya akan memberi penjelasan tegas kepada pihak yang mengkritik tanpa sebab munasabah. Kemudian, saya terus sekat individu itu kerana tiada gunanya mempunyai pengikut yang berfikiran dan bersikap negatif," katanya kepada BH PLUS.

Sebagai wanita yang berjuang berseorangan, Rita terus cekal kerana tidak mahu dianggap lemah.

Krisis rumah tangga Rita dengan pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan bermula apabila lelaki berusia 28 tahun itu bertindak keluar dari rumah mereka di Damansara, Kuala Lumpur ketika aktres itu pulang ke kampung halamannya di Arau, Perlis bersama anak-anak.

RITA Rudaini bersama Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna. - Foto Surianie Mohd Hanif
RITA Rudaini bersama Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna. - Foto Surianie Mohd Hanif

Rita dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki.

Bercerita mengenai kerjaya seninya, Rita turut mengulas dakwaan mengatakan beliau tidak boleh menerima kritikan kerana sudah mempunyai pengalaman dalam bidang lakonan.

"Saya terbuka untuk menerima sebarang teguran bagi memastikan saya dapat memperbaiki lagi mutu lakonan.

RITA Rudaini bersama anak, Aidit Rayyan Rizqin,6 (kanan) dan Airit Rafqa Arjuna,3 (kiri). - Foto Maya Sarina Mahat
RITA Rudaini bersama anak, Aidit Rayyan Rizqin,6 (kanan) dan Airit Rafqa Arjuna,3 (kiri). - Foto Maya Sarina Mahat

"Namun, biarlah kritikan itu datang daripada pihak yang mempunyai asas dalam bidang lakonan. Saya sentiasa menerima teguran selagi ia mendatangkan kebaikan buat diri saya.

"Malah, saya sendiri tidak ralat untuk menerima tawaran menjayakan watak pembantu seperti dalam filem Love, Supermoon kerana karya ini menarik perhatian saya.

"Bagi saya, teraju utama dan watak sampingan mempunyai kekuatan tersendiri serta mampu diangkat dengan jalan cerita yang baik. Jadi, tidak timbul isu saya takut kredibiliti jatuh kerana menerima watak pembantu," tegas Rita.

RITA Rudaini. - Foto Maya Sarina Mahat
RITA Rudaini. - Foto Maya Sarina Mahat

Berita Harian X