X
Sabtu, 3 Oktober 2015 | 12:04am

Mi rebus Killiney

MI Rebus Killiney. - Foto Adi Safri
MI Rebus Killiney. - Foto Adi Safri

DULU, mi rebus menjadi tarikan dalam kalangan penjaja bergerak yang menggunakan kandar sebagai cara jualan. Dengan menggunakan kenderaan klasik itu, peniaga hanya perlu membawa satu bakul mengandungi dapur, periuk air masak dan yang lain ramuan untuk hidangan.

Sebut saja mi rebus, pastinya membuatkan penggemarnya kecur air liur membayangkan keenakan hidangan istimewa itu.

Dikenali sebagai hidangan tradisional terutamanya, Johor ia juga amat dikenali dan masyhur di Indonesia, Malaysia dan Singapura.

Apa tidaknya, menu masakan mewah dengan aroma dan perasa limau kasturi dalam kuahnya yang pekat mampu menggamit hati, tak kiralah warga tempatan atau pengunjung dari seberang tambak.

Selain penggunaan mi kuning, resipi kuah pekat berperisa berperanan utama dalam memikat selera penggemarnya.

Selalunya, kuah menu ini diperbuat menggunakan bahan campuran seperti keledek, serbuk kari, air, kacang soya masin, udang kering dan kacang tanah serta dimasak dalam tempoh masa lebih kurang 30 minit.

Guna pes segera

Ada juga yang menambahkan rasa mi rebus dengan menambah sup rebusan tulang lembu, udang dan macam-macam memberikan kelainan cita rasa kontemporari.

Malah, hari ini dengan adanya kecanggihan teknologi, anda juga boleh menjimatkan masa dan kos dengan menggunakan pes segera seperti ditawarkan rangkaian restoran Killiney terjamin keaslian rasanya.

Ketika dihidang, mi rebus ini dihias dengan hirisan tauhu goreng, cucur udang, timun, limau kasturi dan lada merah atau hijau.

Apa kata, sempena hujung minggu ini, pembaca menyediakan menu istimewa ini. Resipi ini bukan saja mudah disediakan, tetapi enak rasanya.

Lebih menarik lagi, jika anda sekeluarga dapat menyediakan bersama-sama. Selamat mencuba!

Cara menyediakannya:

BAHAN-bahan untuk membuat Mi Rebus Killiney. - Foto Adi Safri
BAHAN-bahan untuk membuat Mi Rebus Killiney. - Foto Adi Safri

Bahan-bahan

  • Pes mi rebus Killiney
  • Mi kuning (dicelur air panas)
  • Tauhu (dipotong dadu)
  • Telur rebus (dipotong empat)
  • Lada (dipotong halus)
  • Daun sup (dihiris halus)
  • Bawang goreng
  • Sambal Killiney

Langkah-langkah:

1. Tambahkan pes mi rebus Killiney dengan air dan masak selama 20 minit.

2. Ambil mi kuning yang sudah dicelur air panas dan susun dalam pinggan.

3. Tambahkan bahan-bahan dan hias mengikut kesukaan anda sendiri.

4. Tuangkan pes yang sudah menjadi kuah.

5. Ambil sesudu kecil sambal Killiney sebagai penambah rasa dan siap untuk dihidang.

Berita Harian X