X
Ahad, 1 November 2015 | 12:04am
Hotel Apps di Kuala Selangor.
Hotel Apps di Kuala Selangor.
KEDAI makanan laut Apps Hotel serta lawatan eco pelancongan di sekitar Sungai Selangor. - Foto Rohanis Shukri
KEDAI makanan laut Apps Hotel serta lawatan eco pelancongan di sekitar Sungai Selangor. - Foto Rohanis Shukri
SEORANG peminat makan laut menunjukkan ketam di Kedai makanan laut Apps Hotel serta lawatan eco pelancongan di sekitar Sungai Selangor. - Foto Rohanis Shukri
SEORANG peminat makan laut menunjukkan ketam di Kedai makanan laut Apps Hotel serta lawatan eco pelancongan di sekitar Sungai Selangor. - Foto Rohanis Shukri
PESERTA yang hadir seminar pelancongan Apps Hotel. - Foto Rohanis Shukri
PESERTA yang hadir seminar pelancongan Apps Hotel. - Foto Rohanis Shukri
PESERTA menyertai aktiviti riadah pada seminar pelancongan Apps Hotel. - Foto Rohanis Shukri
PESERTA menyertai aktiviti riadah pada seminar pelancongan Apps Hotel. - Foto Rohanis Shukri
PESERTA selepas menyertai aktiviti riadah pada seminar pelancongan Apps Hotel. - Foto Rohanis Shukri
PESERTA selepas menyertai aktiviti riadah pada seminar pelancongan Apps Hotel. - Foto Rohanis Shukri
MENU ikan masak nyoya, menjadi hidangan pada seminar pelancongan Apps Hotel serta lawatan eco pelancongan di sekitar Sungai Selangor. - Foto Rohanis Shukri
MENU ikan masak nyoya, menjadi hidangan pada seminar pelancongan Apps Hotel serta lawatan eco pelancongan di sekitar Sungai Selangor. - Foto Rohanis Shukri
MENU kangkung goreng tepung, menjadi hidangan pada seminar pelancongan Apps Hotel serta lawatan eco pelancongan di sekitar Sungai Selangor. - Foto Rohanis Shukri
MENU kangkung goreng tepung, menjadi hidangan pada seminar pelancongan Apps Hotel serta lawatan eco pelancongan di sekitar Sungai Selangor. - Foto Rohanis Shukri
MENU sotong goreng tepung, menjadi hidangan pada seminar pelancongan Apps Hotel serta lawatan eco pelancongan di sekitar Sungai Selangor. - Foto Rohanis Shukri
MENU sotong goreng tepung, menjadi hidangan pada seminar pelancongan Apps Hotel serta lawatan eco pelancongan di sekitar Sungai Selangor. - Foto Rohanis Shukri

Pesona helang, camar di Kuala Sungai Selangor

BURUNG yang terdapat di Sungai Kuala Selangor ketika lawatan eco pelancongan dan Apps Hotel. - Foto Rohanis Shukri
BURUNG yang terdapat di Sungai Kuala Selangor ketika lawatan eco pelancongan dan Apps Hotel. - Foto Rohanis Shukri

DERUMAN enjin bot yang membelah Kuala Sungai Selangor cukup dikenali oleh sekawan burung helang, yang berkicau riang menyambut ketibaan bot dengan lebih 20 penumpang.

Bagi puluhan burung itu, kehadiran penumpang dan bot berkenaan menandakan masa untuk mereka makan petang.

Pemandu memberhentikan bot untuk menuangkan sebaldi usus dan kulit ayam di permukaan sungai sebelum bergerak agak jauh sedikit dari kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, sang helang tidak terburu-buru menerkam hidangan, sebaliknya menunggu sehingga bot beredar beberapa meter.

Sebaik bot berlalu, puluhan burung helang segera terbang rendah menghampiri permukaan air sungai sebelum menyambar makanan yang dihidangkan dengan pantas.

Suasana agak kacau-bilau dengan kicauan burung yang terbang bersimpang-siur untuk menyambar makanan dengan tepat.

Beberapa ekor burung camar turut cuba menumpang rezeki sebelum puluhan lagi menyertai pesta menjamu selera itu selepas kehadiran mereka tidak mendapat bantahan sang helang.

Ini antara habitat alam semula jadi yang dapat dilihat secara lebih dekat oleh penulis di Kuala Selangor ketika mengikuti Program Bersama Media anjuran Hotel Apps pada 20 hingga 21 Oktober 2015.

Pemilik Hotel Apps, Datuk Teh Hock Seong, berkata ia adalah antara aktiviti menarik yang ditawarkan oleh hotel berkenaan kepada pengunjung.

BURUNG yang terdapat di Sungai Kuala Selangor ketika lawatan eco pelancongan dan Apps Hotel. - Foto Rohanis Shukri
BURUNG yang terdapat di Sungai Kuala Selangor ketika lawatan eco pelancongan dan Apps Hotel. - Foto Rohanis Shukri

"Ramai tidak menyedari di Kuala Selangor juga ada helang. Ada kira-kira 350 ekor burung helang di sini. Lebih menarik, Kuala Selangor juga menjadi pilihan helang yang datang berhijrah dari Australia Selatan pada musim dingin sekitar April hingga September," katanya.

Saiz burung berkenaan lebih kecil berbanding helang tempatan yang lazim dilihat di sekitar kawasan berkenaan.

Ketika menyusuri Sungai Selangor, pengunjung juga pasti terpesona apabila melihat sarang burung bangau yang tersusun bertingkat-tingkat di atas pohon di tebing sungai.

Kalau bernasib baik, pengunjung boleh melihat kehadiran kumpulan ikan lumba-lumba di kuala yang memasuki perairan Selat Melaka.

"Saya tidak pasti ikan ini datang dari mana, tetapi ia sesekali menonjolkan diri kepada pengunjung," kata Hock Seong.

Di sebelah malam, peserta juga dibawa menyusuri sungai untuk melihat kelip-kelip yang menyinari sepanjang tebing sungai berkenaan.

Hock Seong berkata, ia adalah antara pemandangan kelip-kelip yang terbaik kerana jumlahnya yang banyak berbanding di tempat lain.

Sementara itu, Hotel Apps adalah hotel butik yang terletak di dalam kawasan Peninsula Park seluas 130.7 hektar tanah di Pasir Penambang dan dikelilingi 5.5 kilometer (km) Sungai Selangor.

Selain menawarkan pengalaman menikmati keindahan ekologi sekitar Kuala Selangor, hotel berkenaan turut menyediakan latihan modal insan dengan kerjasama Creative Corporate Trainers (M) Sdn Bhd (CCT).

Dilengkapi dewan yang mampu memuatkan lebih 250 orang pada satu masa, latihan itu menawarkan siri seminar kepada orang awam, remaja dan kakitangan jabatan kerajaan dengan pelbagai kumpulan yang berbeza.

BURUNG yang terdapat di Sungai Kuala Selangor.
BURUNG yang terdapat di Sungai Kuala Selangor.

Pengarah Latihan dan Pembangunan Organisasi CCT, Syed Abd Aziz Al Qubra, berkata peserta juga akan dibawa bagi menjalankan aktiviti luar seperti memberi helang makan, kelip-kelip dan menangkap ketam, yang akan mengaitkan peserta dengan pembangunan diri.

Melihat secara dekat, helang sebenarnya memberikan signifikasi yang besar pada kehidupan manusia.

Helang dikatakan diberi peluang memilih untuk terus hidup atau mati sebaik usianya mencecah 40 tahun.

Sekiranya memilih untuk hidup, helang akan mencabut kuku, buluh dan menghentak paruhnya supaya tanggal.

Dalam tempoh berkenaan, helang akan menyendiri sambil menunggu kuku, bulu dan paruhnya tumbuh semula sebelum menyertai kawanan helang lain.

Syed Abd Aziz berkata, helang memiliki jangka hayat yang sama dengan manusia iaitu sekitar 80 tahun dan pada usia 40 tahun, ia menjalani transformasi untuk menjalani hidup baru.

"Kisah helang itu boleh menjadi pengajaran, yang mana kita juga mempunyai pilihan sama ada untuk terus menjalani hidup baharu dengan melakukan perubahan atau sebaliknya," katanya.

Berita Harian X