Rabu, 6 Januari 2016 | 12:09am
Zara ketika menghadiri permaidani merah di malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 2014 di Arena Of Stars, Genting Highlands. - Foto Munira Abdul Ghani
Zara ketika menghadiri permaidani merah di malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 2014 di Arena Of Stars, Genting Highlands. - Foto Munira Abdul Ghani
PENGARAH Filem Rembat, Shamyl Othman (dua kanan) bersama para pelakon (dari kiri) Aniu, Zara Zya dan Shaheizy Sam. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
PENGARAH Filem Rembat, Shamyl Othman (dua kanan) bersama para pelakon (dari kiri) Aniu, Zara Zya dan Shaheizy Sam. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
PELAKON Filem Rembat, Shaheizy Sam (kanan) bersama Zara Zya. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
PELAKON Filem Rembat, Shaheizy Sam (kanan) bersama Zara Zya. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

Zara Zya takut jarum bedah kosmetik


MENGINJAK usia 31 pada tahun ini, bintang drama rantaian, Love You Mr Arrogant, Zara Zya, tidak malu mengaku dirinya mula fobia dihambat usia.

Mencari rezeki dalam dunia hiburan yang glamor dan rata-ratanya mempertaruhkan paras rupa dan penampilan diri, Zara tidak terlepas daripada desakan mahu kekal cantik.

Bersaing dengan artis muda jelita, Zara mahu dirinya terus menjadi pilihan penerbit dan pengarah yang mencari-cari pelakon dalam projek drama atau filem.

Memberitahu BH Plus, Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, meletakkan azam hendak jadi cantik sebagai sasaran yang mahu dicapai tahun ini.

PELAKON Zara Zya. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
PELAKON Zara Zya. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

Namun, dalam mengejar impian itu, Zara tidaklah taksub hingga sanggup 'mengubah' wajah dengan melakukan prosedur kosmetik yang bertentangan dengan ajaran Islam.

"Menginjak usia 30-an, amat penting untuk wanita menjaga kesihatan dan kecantikan. Jika dulu saya hanya mengambil satu produk makanan tambahan, namun sekarang saya mengamalkan tiga produk yang dikatakan bagus.

"Pengambilan air kosong juga penting bagi mencuci buah pinggang dan baik untuk proses penghadaman.

"Pada masa sama, saya memastikan kulit disapu pelembap supaya tidak terlalu kering atau menyebabkan garis halus menjadi lebih ketara. Perkara-perkara remeh begini memainkan peranan penting dalam rutin harian," katanya.

Zara mengaku mahu cantik untuk dirinya sendiri berikutan usia yang makin bertambah.

"Namun tidaklah sampai mahu mengubah kejadian Tuhan. Azam saya pada tahun ini adalah menjadi lebih rajin dalam mematuhi rutin kecantikan," katanya.

Penampilan Zara di majlis rumah terbuka Aidilfitri Media Prima di Hotel Hilton. - Foto Faris Saad
Penampilan Zara di majlis rumah terbuka Aidilfitri Media Prima di Hotel Hilton. - Foto Faris Saad

AARON Aziz dan Zara Zya pada borak lokasi Drama Tuan Anas Mikail di Kota Damansara. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
AARON Aziz dan Zara Zya pada borak lokasi Drama Tuan Anas Mikail di Kota Damansara. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Belajar loghat utara

Bermula di pentas teater, bakat Zara dalam bidang lakonan tidak dipertikaikan lagi.

Terbaharu, lakonannya dalam drama rantaian, Tuan Anas Mikael melonjakkan nama Zara. Dia melakonkan watak Iman Zara iaitu gadis kampung dengan loghat utara dan mimik muka bersahaja.

Ketika drama itu diperkatakan, timbul kata-kata kurang enak mendakwa lakonan Zara 'menenggelamkan' hero gandingannya iaitu Aaron Aziz.

Malah, aksi Aaron dalam drama itu dikritik kerana tidak setara Zara.

"Ini kali pertama saya ditanya isu ini. Rata-rata komen yang diberi bertanyakan lokasi banglo yang digunakan ketika penggambaran. Ini kerana ramai tertarik dengan seni bina rumah itu.

"Ada yang memuji dan tidak kurang yang mengkritik. Namun, saya jadikan rujukan untuk memperbaiki mutu lakonan saya. Tidak pernah pula saya dengar komen mengenai karakter yang dilakonkan Aaron," katanya.

Mengulas lanjut, Zara mengaku tidak mudah melakonkan watak Iman Zara kerana dia perlu bertutur loghat utara dengan fasih.

"Ada peminat yang memperbetulkan cara saya bercakap. Namun, kesalahan itu berjaya ditutup dengan plot drama yang mantap," kata Zara merendah diri.

Sementara itu, Zara sedang menjayakan penggambaran telefilem berjudul Muazzin arahan Zul Huzaimy. Telefilem komedi ringan yang menerapkan elemen islamik dan mesej positif turut menggandingkan pelakon, Amar Asyraf sebagai teraju utama.

Zara juga baharu selesai penggambaran drama bersiri 16 episod berjudul Cinta Hati Abah untuk TV3.

Berita Harian X