Sabtu, 16 Januari 2016 | 12:14am
PENGUNJUNG diberi peluang merasai sendiri pengalaman memberi ikan koi makan menggunakan botol susu. - Foto Hamzah Osman
PENGUNJUNG diberi peluang merasai sendiri pengalaman memberi ikan koi makan menggunakan botol susu. - Foto Hamzah Osman
PENGURUS Taman dan Perhubungan Awam THLL, Nur Hamzani Hamzah. - Foto Hamzah Osman
PENGURUS Taman dan Perhubungan Awam THLL, Nur Hamzani Hamzah. - Foto Hamzah Osman
AKSI ikan koi menyusu botol. - Foto Hamzah Osman
AKSI ikan koi menyusu botol. - Foto Hamzah Osman
IKAN koi di Taman Hidupan Liar Langkawi berebut menikmati 'dedak ikan' yang diberikan menerusi botol susu bayi. - Foto Hamzah Osman

AKTIVITI memberi ikan koi menyusu menarik pengunjung untuk melihatnya sendiri. - Foto Hamzah Osman
AKTIVITI memberi ikan koi menyusu menarik pengunjung untuk melihatnya sendiri. - Foto Hamzah Osman

Menyusukan ikan koi

LANGKAWI: Gelagat lebih 300 ikan koi berebut puting botol susu setiap kali tiba waktu makan kini menjadi tarikan pengunjung ke Taman Hidupan Liar Langkawi (THLL) di sini.

Ini kerana ikan koi terbabit atau nama saintifiknya 'Cyprinus carpio haematopterus' diberi makanan dedak yang diisi dalam botol susu berkenaan.

Gelagat ikan terbabit berebut puting yang mengeluarkan dedak itu, menjadi tarikan utama pengunjung yang teruja melihatnya sebaik botol susu dihulurkan petugas.

Pengunjung khususnya kanak-kanak turut diberi peluang merasai pengalaman memberi ikan terbabit makan menggunakan botol susu membuatkan ada yang enggan berganjak kerana asyik melihat keletah ikan yang kelihatan seperti sedang menyusu itu.

Sebanyak lima botol susu bayi diikat rapi pada sebatang buluh sepanjang 1.5 meter yang digunakan petugas THLL setiap kali acara menyusu ikan koi itu diadakan.

Berdasarkan pengamatan, dalam tempoh beberapa minit sahaja, botol susu yang sebelumnya penuh dengan dedak, perlu diisi semula bagi memastikan lebih 300 ikan koi dalam kolam terbabit mendapat makanan secukupnya.

Pengurus Taman dan Perhubungan Awam THLL, Nur Hamzani Hamzah, mengakui aktiviti memberi ikan koi makan menggunakan botol susu bayi itu sememangnya antara tarikan istimewa taman itu sejak lebih dua tahun lalu.

"Kami ada tiga kakitangan terlatih untuk aktiviti ini dan ia menjadi acara tetap sekitar jam 10 hingga 11 pagi dan 1.30 tengah hari hingga 2 petang setiap hari. Pengunjung yang berada berhampiran kolam ini turut berpeluang mencuba pengalaman unik ini tanpa dikenakan bayaran tambahan," katanya.

Beliau berkata, idea memberi makan ikan koi menggunakan botol susu bayi itu muncul selepas pihaknya mengadakan sesi percambahan minda untuk mencari jalan bagaimana menyelesaikan isu air kolam mudah tercemar.

 PENGUNJUNG khususnya kanak-kanak turut diberi peluang merasai pengalaman memberi ikan koi terbabit makan menggunakan botol susu. - Foto Hamzah Osman
PENGUNJUNG khususnya kanak-kanak turut diberi peluang merasai pengalaman memberi ikan koi terbabit makan menggunakan botol susu. - Foto Hamzah Osman

"Hasil perbincangan itu, kami menemui jalan mudah mengurangkan pencemaran air kolam dengan cara memberi ikan koi makan menggunakan botol susu yang mudah dikawal.

"Pada masa sama kami dapati cara memberi makanan ikan itu menjadi tarikan kepada semua lapisan pengunjung sebelum diputuskan sebagai acara tetap setiap hari," katanya.

Beliau berkata, ikan koi yang berasal dari Jepun adalah hidupan omnivora yang gemar memakan apa sahaja termasuk lumut dan larva nyamuk yang diperoleh secara semula jadi.

"THLL kini menjadi antara 'destinasi mesti lawat' kepada pengunjung Langkawi dengan catatan purata 12,000 pelawat setiap bulan sejak beroperasi mulai 2002," katanya.

Pengunjung, Salihah Mohd Ali, 42, dari Pasir Mas, Kelantan, berkata ahli keluarganya teruja ketika mencuba aktiviti memberi ikan koi makan menggunakan botol susu bayi.

NUR Hamzani Hamzah menunjukkan cara penyediaan botol susu kepada pengunjung. - Foto Hamzah Osman
NUR Hamzani Hamzah menunjukkan cara penyediaan botol susu kepada pengunjung. - Foto Hamzah Osman

"Ia sangat menyeronokkan dan menjadi pengalaman baharu kepada saya kerana sebelum ini selalu lihat orang akan tabur sahaja makanan itu dalam kolam untuk ikan makan. Ini satu inovasi yang turut menjadi kenangan manis kepada pengunjung," katanya yang melancong bersama suaminya, Abdul Rahim Muadzar, 48, dan dua anaknya berusia 10 dan 13 tahun.

Neila Zisser, 38, dari New Zealand, berkata aktiviti memberi ikan makan menggunakan botol susu sesuatu yang unik dan pertama kali dilihatnya sepanjang melancong ke beberapa negara.

"Saya mengambil banyak gambar dan akan membawa pulang kenangan ini untuk dikongsi bersama saudara mara dan rakan di New Zealand apabila pulang nanti," katanya yang bercuti di sini selama lima hari.

Berita Harian X