Ahad, 17 Januari 2016 | 12:14am
RAFAEH menunjukkan lokasi barangan yang terbakar secara tiba-tiba di rumahnya di Kampung Losong Atap Zink. - Foto Rozainah Zakaria
RAFAEH menunjukkan lokasi barangan yang terbakar secara tiba-tiba di rumahnya di Kampung Losong Atap Zink. - Foto Rozainah Zakaria
MOTOSIKAL milik keluarga Rafeah yang hangus terbakar secara tiba-tiba di rumahnya di Kampung Losong Atap Zink. - Foto Rozainah Zakaria
MOTOSIKAL milik keluarga Rafeah yang hangus terbakar secara tiba-tiba di rumahnya di Kampung Losong Atap Zink. - Foto Rozainah Zakaria

Serangan api misteri ancam dua keluarga


KUALA TERENGGANU: Dua keluarga yang mendiami sebuah rumah berkembar di pinggir bandar ini, buntu memikirkan punca 20 serangan 'api misteri' terhadap kediaman sewa itu sejak tiga bulan lalu.

Sejak kejadian pertama pada November tahun lalu, dua keluarga terbabit bukan saja hidup dalam ketakutan, malah menanggung kerugian ribuan ringgit kerana kemusnahan harta benda akibat dijilat api misteri itu.

Dalam kejadian terbaharu pada Rabu lalu, sebuah skuter di halaman rumah dekat Kampung Losong Atap Zink itu, terbakar secara tiba-tiba dalam kejadian jam 6.30 pagi.

Menceritakan gangguan yang dialami itu, Rafeah Sudin, 43, berkata dia menyedari kejadian pertama berlaku apabila dinding rumahnya terbakar secara tiba-tiba.

Beliau berkata, pada mulanya mereka menyangkakan kebakaran berpunca daripada pendawaian elektrik rumah, namun selepas api dipadamkan, pemeriksaan mendapati ia tiada kaitan dengan perkakas elektrik atau pendawaian.

AZLAN menunjukkan langsir rumahnya yang terbakar secara tiba-tiba di Kampung Losong Atap Zink. - Foto Rozainah Zakaria
AZLAN menunjukkan langsir rumahnya yang terbakar secara tiba-tiba di Kampung Losong Atap Zink. - Foto Rozainah Zakaria

"Ketika kali pertama berlaku, saya tidak mengesyaki perkara pelik kerana sepanjang lapan tahun menyewa rumah ini, keluarga saya tidak pernah 'diganggu' seperti ini.

"Sebaliknya, sejak tiga bulan lalu, boleh dikatakan lebih 20 kali kejadian aneh berlaku termasuk tiga motosikal musnah dijilat api secara tiba-tiba.

"Kebakaran secara tiba-tiba membuatkan kami bingung dan mula berasakan rumah ini seolah-olah 'dikawal' sesuatu. Ayat suci al-Quran dan surah Yassin yang diletakkan dalam rumah turut hangus dijilat api yang terbakar secara tiba-tiba itu.

"Selepas satu demi satu barang dalam serta luar rumah terbakar secara tiba-tiba, kami berasa tidak selesa untuk tinggal lagi di sini dan membuat keputusan berpindah daripada kediaman ini," katanya.

Ibu kepada lapan orang anak itu, mendakwa sepanjang gangguan yang dialami, dia turut mengalami gatal-gatal dan lenguh pada tubuh badan, sekaligus mengesyaki keluarganya diganggu makhluk halus. 

KESAN kebakaran akibat serangan api misteri masih kelihatan pada rumah yang disewa keluarga Nor Aini di Kampung Losong Atap Zink. - Foto Rozainah Zakaria
KESAN kebakaran akibat serangan api misteri masih kelihatan pada rumah yang disewa keluarga Nor Aini di Kampung Losong Atap Zink. - Foto Rozainah Zakaria

MOURIZIO Sarri. - Foto Reuters
MOURIZIO Sarri. - Foto Reuters

Katanya, lebih 10 pengamal perubatan alternatif dan Islam yang dipanggil membantu memulihkan keadaan di rumah itu mendakwa kediaman terbabit kini sudah dikawal makhluk halus.

"Tidak tahan diganggu dan hidup dalam ketakutan, kami membuat keputusan keluar dari rumah itu, sejak Rabu lalu," katanya.

 

Jirannya, Nor Aini Kamaruddin, 35, berkata gangguan yang dialami sejak tiga bulan lalu, membuatkan keluarga juga tidak lena tidur dan bimbang untuk meninggalkan rumah.

 

Katanya, mereka sudah lali dengan kejadian api misteri yang muncul secara tiba-tiba.

"Oleh kerana sudah biasa berdepan kebakaran itu, kami tidak lagi mendapatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat, sebaliknya hanya menggunakan dua baldi air untuk memadamkan api.

"Biasanya, sebelum sesuatu kebakaran terjadi, kami terhidu bau asap atau hangit dalam rumah, kemudian barulah nampak api.

MOTOSIKAL milik keluarga Rafeah yang hangus terbakar secara tiba-tiba di rumahnya di Kampung Losong Atap Zink. - foto Rozainah Zakaria
MOTOSIKAL milik keluarga Rafeah yang hangus terbakar secara tiba-tiba di rumahnya di Kampung Losong Atap Zink. - foto Rozainah Zakaria

RAFAEH meneliti barangannya yang terbakar di dalam rak kasut di rumahnya di Kampung Losong Atap Zink. - Foto Rozainah Zakaria
RAFAEH meneliti barangannya yang terbakar di dalam rak kasut di rumahnya di Kampung Losong Atap Zink. - Foto Rozainah Zakaria

"Kejadian pelik ini biasanya berlaku pada jam 6.30 pagi dan 11 malam. Malah, yang anehnya kebakaran secara tiba-tiba itu tetap terjadi walaupun ketika hujan," katanya.

Nor Aini berkata, dia dan suami, Azlan Abu Bakar, 59, sudah kehabisan ikhtiar kerana semua usaha yang dilakukan gagal menghalang berlaku kebakaran.

Langkah terakhir, katanya ialah dengan berpindah keluar seperti dilakukan jirannya kerana tidak tahan dengan kejadian aneh dialami itu.

Beliau berkata, keluarganya juga berhasrat berpindah dan sedang mencari rumah yang sesuai dengan kadar sewa yang berpatutan.

Berita Harian X