Sabtu, 23 Januari 2016 | 12:05am

TIP KERJAYA: Formula kerjaya impian

gn4id:11632881

PERSAINGAN sengit graduan untuk mendapatkan pekerjaan menyebabkan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) `membuka mata' serta mengatur strategi mendapatkan pekerjaan impian sebaik tamat belajar.

Ramai terpaksa memilih kerja yang bukan dikategorikan sebagai kerjaya dan bukan bidang kepakaran mereka. Peluang untuk mendapat kerjaya impian amat sukar kerana anda terpaksa `bertanding' dengan ramai orang.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu difokuskan sebagai persediaan yang dipanggil 'Formula Kerjaya Impian' atau FKI.

1. Latihan kemahiran insan (human skills) dan perkembangan proses komunikasi (communicability).

Segelintir graduan gagal dalam aspek Kemahiran Insan mereka. Mereka ini lazimnya tidak yakin berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa lain.

Akibatnya, mereka langsung tidak dapat meyakinkan penemuduga ketika menghadiri temu duga.

2. Graduan perlu aktif dalam aktiviti di peringkat kampus, daerah, negeri, negara dan antarabangsa bersama sijil pembabitan.

Rata-rata graduan hanya mengejar diploma dan ijazah saja dan kurang aktif apabila menuntut di universiti berbanding ketika di sekolah menengah dulu sedangkan aktiviti luar kurikulum ketika di universiti bermanfaat dalam merealisasikan kerjaya impian.

3. Graduan digalak menyertai aktiviti komuniti dan kemasyarakatan secara sukarela (dan bukti bertulis).

Ada di antara graduan langsung tidak mahu terbabit dalam aktiviti komuniti serta sukarela kerana mereka tidak sedar, untuk syarikat gergasi antarabangsa, aktiviti seperti ini diberi markah tambahan ketika temu duga.

Berita Harian X