Selasa, 23 Februari 2016 | 12:16am
KOLEKSI Your Essentials.
KOLEKSI Your Essentials.
KOLEKSI Party Animal.
KOLEKSI Party Animal.
KOLEKSI All Zippered Up.
KOLEKSI All Zippered Up.

Himpunan aksesori gaya wanita moden

JENAMA Carlo Rino CR2, menghimpunkan koleksi baharu bagi tahun 2016, khas untuk gaya moden wanita.

CR2 menawarkan aksesori fesyen dengan ceria menerusi padanan warna terang dan muda, sesuai digayakan pada musim panas kali ini.

Bagi kebanyakan wanita, tidak cukup sekiranya mempunyai satu tas tangan saja kerana beg mempunyai pelbagai fungsi serta perlu disesuaikan mengikut keadaan dan tempat.

Untuk itu, CR2 mengilhamkan tas tangan yang mempunyai pelbagai fungsi supaya anda berasakan ia alah membeli menang memakai. Ciri-cirinya yang mempunyai banyak bahagian memudahkan anda untuk menyimpan barang. 

Selain itu, tali beg ini boleh diubah suai menjadi beg sandang. Justeru, beg ini boleh tahan lasak, malah datang dalam dua warna iaitu merah dan biru gelap.

Perlu dimiliki

KOLEKSI One Is Never Enough.
KOLEKSI One Is Never Enough.

gn4id:12134413

Koleksi beg tangan lain CR2 ialah tote beg. Beg sebegini perlu dimiliki oleh setiap wanita. Bentuknya yang cukup bergaya dan ringan sesuai digayakan ke pejabat mahupun untuk keluar bersantai bersama teman. 

Tampak lebih comel pada setiap beg terbabit apabila ia didatangkan bersama rantai kunci berbentuk itik. 

Gaya hidup wanita kosmopolitan kadang kala memerlukan fesyen yang mudah. Oleh itu diketengahkan juga tas tangan yang direka untuk pelbagai guna, mempunyai ruang yang besar dan ringan. Ia sesuai dibawa ke mana-mana dan kekal bergaya.

Selain itu CR2 juga mempunyai aksesori lain seperti beg untuk ke parti dengan menggunakan kulit burung unta, dompet dan juga kasut.

Variasi warna

Kasut direka dengan memberi jaminan keselesaan untuk anda yang kerap berjalan lebih-lebih lagi sekiranya keluar melancong.

KOLEKSI kasut Dance, Ballerina, Dance.
KOLEKSI kasut Dance, Ballerina, Dance.

KOLEKSI kasut Let It Breathe.
KOLEKSI kasut Let It Breathe.

Koleksi kasut jenama ini menawarkan variasi warna. Ada juga kasut yang mengabungkan dua warna menjadikan ia lebih ranggi, namun bagi yang gemarkan sepatu satu warna saja koleksi itu turut tersedia untuk anda.

Kini CR2 boleh dibeli menerusi dalam talian dengan melayari shop.carlorino.net .

Berita Harian X