Isnin, 7 March 2016 | 12:02am

Galaxy A7 terbaik untuk selfie

 GALAXY A7 2016 amat sesuai untuk golongan muda yang mahu sebuah telefon pintar bergaya.
GALAXY A7 2016 amat sesuai untuk golongan muda yang mahu sebuah telefon pintar bergaya.

 GALAXY A7 2016 dilengkapi sistem kamera yang dipertingkatkan untuk gambar dan video yang lebih cerah dengan hadapan telefon itu mempunyai 5 megapiksel (F1.9) dan belakang 13 MP OIS (F1.9).
GALAXY A7 2016 dilengkapi sistem kamera yang dipertingkatkan untuk gambar dan video yang lebih cerah dengan hadapan telefon itu mempunyai 5 megapiksel (F1.9) dan belakang 13 MP OIS (F1.9).

TELEFON pintar baharu Galaxy A7 2016 yang diperkenalkan Samsung Malaysia Electronics baru-baru ini dijangka mampu memenuhi gaya hidup golongan Gen Y kerana ia menumpukan fungsi kamera dan ciri penyimpanan.

Dari segi spesifikasinya, telefon pintar ini menggunakan pemproses 1.6 GHz Octa Core dan sistem operasi Android 5.1 (lollipop) yang dilihat menggunakan teknologi terkini.

Dengan 3GB RAM, ditambah dengan penyimpanan 16 GB dan slot kad mikroSD yang boleh memuatkan sehingga 128 GB, ia berupaya menyimpan banyak gambar dan video.

Telefon ini juga amat sesuai untuk golongan muda yang mahu sebuah telefon pintar bergaya memandangkan ia menggunakan rangkaian LTE Cat 6 dan paparan 5.5 inci FHD (1920 x 1080) Super AMOLED.

Bagi pengguna yang gemar telefon berskrin besar, Galaxy A7 adalah pilihan tepat kerana ia berukuran 151.5 x 74.1 x 7.3 milimeter dengan berat 172 gram, selain mempunyai bateri pengecasan cepat dengan kapasiti 3,300 mAh.

Sejajar sasarannya untuk golongan Gen Y, telefon ini ditawarkan dalam warna hitam, emas, putih dan emas merah jambu juga sesuai untuk mereka yang mahu menjadikan ia sebagai telefon kedua.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Datuk Radzaif Mohamed berucap pada Majlis Perjanjian Kolaborasi Proton Bersama Pembekal Dalam Dan Luar Negara di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE hari ini. - Foto BERNAMA

MEMPUNYAI sensor yang cepat, mudah, geomagnetik, lampu RGB dan pengimbas jari.
MEMPUNYAI sensor yang cepat, mudah, geomagnetik, lampu RGB dan pengimbas jari.

Bagi fungsi kameranya, ia dilengkapi sistem kamera yang dipertingkatkan untuk gambar dan video yang lebih cerah dengan hadapan telefon itu mempunyai 5 megapiksel (MP) (F1.9) dan belakang 13 MP OIS (F1.9).

Sistem canggih itu termasuk Penstabilan Imej Optik (OIS) pada kamera hadapan untuk mengelakkan imej kabur, manakala lensa hadapan dan belakang F1.9 membolehkan pengguna mengambil gambar dalam keadaan cahaya yang rendah.

Ciri lain yang terdapat pada telefon pintar ini ialah Quick Launch yang boleh melancarkan kamera dalam tempoh kurang daripada satu saat dengan menekan dua kali butang 'Home'.

Bagi penggemar selfie, mereka boleh mengambil selfie terbaik dengan ciri selfie luas, palm selfie dan melakukan perubahan untuk mencantikkannya.

Antara kelebihan lain yang telefon ini ialah mempunyai sensor yang cepat, mudah, geomagnetik, lampu RGB dan pengimbas jari.

Bagaimanapun, ada sedikit kekurangan pada telefon ini apabila operasinya sedikit 'tersangkut' ketika mengendalikan peranti terbabit.

TELEFON pintar ini menggunakan pemproses 1.6 GHz Octa Core dan sistem operasi Android 5.1 (lollipop).
TELEFON pintar ini menggunakan pemproses 1.6 GHz Octa Core dan sistem operasi Android 5.1 (lollipop).

SPESIFIKASI

Harga: RM1,899 termasuk GST

Prosessor: 1.6GHz 8 teras Exynos SoC

Skrin: 5.5 inci FHD (1920 x 1080) Super AMOLED

Kamera: 13 MP OIS, 5MP (F.19) depan

Kapasiti memori: 3GB RAM + 16 GB ROM

Bateri: 3,300 mAh

OS: Android 5.1 (Lollipop)

Tebal: 7.3mm

Berat: 172g

Berita Harian X