Khamis, 24 March 2016 | 12:05am

Keperluan berhutang perlu ikut syariat

SOALAN:

Apakah hukum berhutang dalam Islam. Realiti hari ini, manusia tidak mampu membeli barangan yang bernilai tinggi kecuali menerusi hutang. Boleh ustaz jelaskan.

JAWAPAN: Islam agama yang syumul. Ia menjelaskan garis panduan hidup yang sempurna dalam semua aspek. Memang tidak dinafikan, realiti kehidupan hari ini tidak akan terlepas daripada hutang sama ada dalam jumlah sedikit atau besar. Mungkin ia antara jalan untuk memenuhi keperluan hidup.

Oleh itu, Islam membenarkan umatnya untuk berhutang berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:

"Wahai orang beriman, jika kamu ingin berhutang untuk tempoh tertentu, maka tulislah (surat perjanjian)." (Surah alBaqarah, ayat 282)

Namun, perlu diingatkan transaksi itu mestilah mengikut kehendak syariat Islam dengan mematuhi segala hukum hakam berkaitan dengan berhutang seperti harus berhutang jika ia bertujuan memenuhi keperluan hidup yang tidak dapat dielakkan.

Contohnya, berhutang bagi pembelian rumah, kenderaan, modal perniagaan dan sebagainya. Tanpa berbuat demikian, kehidupan manusia akan menjadi lebih sukar dan menyukarkan. Selain itu, menjadi satu kewajipan kepada mereka yang berhutang untuk melangsaikan pada tempoh disepakati dan ditetapkan.

Makruh berhutang jika ia dilakukan hanya untuk suka-suka dan dia berjanji akan melangsaikan hutang pada masa ditetapkan. Haram berhutang untuk bermewah-mewah sehingga menyebabkan seseorang itu tidak mampu untuk melangsaikan hutangnya.

Lebih teruk lagi, apabila seseorang yang berhutang itu nekad untuk tidak membayarnya kembali. Perbuatan sedemikian sangat hina dan zalim terhadap orang lain. Golongan seperti ini akan dilaknat oleh Allah SWT di akhirat kelak.

Sabda Nabi SAW: "Sesiapa dalam kalangan kamu yang berhutang duit orang dengan niat untuk membayarnya kembali, maka golongan ini akan dibantu oleh Allah SWT untuk memudahkan urusan beliau dalam melangsaikan hutang berkenaan. Jika sebaliknya, iaitu dia berhutang dengan niat untuk menghilangkannya, maka Allah akan hilangkan

  • Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim ialah pensyarah Fiqh Kepenggunaan Semasa Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia
Berita Harian X