Khamis, 31 March 2016 | 12:07am
WAJIB mengambil vaksin pencegah penyakit apabila ia benar-benar diperlukan oleh umat Islam. - Foto hiasan
WAJIB mengambil vaksin pencegah penyakit apabila ia benar-benar diperlukan oleh umat Islam. - Foto hiasan

Tiga hukum guna vaksin sumber haram

HARUS menggunakan vaksin bagi mencegah penyakit anak pada masa akan datang dengan dua syarat iaitu disahkan benar-benar memberi manfaat kepada manusia oleh pakar perubatan yang diiktiraf negara Islam dan tiada langsung sumber haram dalam pembuatan vaksin itu. - Foto hiasan

Soalan: Apa hukum ibu bapa menolak untuk memberi vaksin yang diperbuat daripada sumber haram sedangkan ia didakwa sangat baik untuk mencegah kesihatan anak pada masa akan datang.

Jawapan: Asasnya, Islam memelihara lima penanda aras maqasid shariyyah kerana daripadanya penentuan hukum penggunaan vaksin dapat ditentukan. Penanda aras dimaksudkan itu ialah memelihara agama, nyawa, akal, nasab dan harta. Penanda aras kedua itu jelas menunjukkan umat Islam wajib memelihara kesihatan dalam apa juga keadaan selagi ia membabitkan kemudaratan terhadap nyawa.

Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan janganlah kamu melempar diri kamu dalam kemusnahan." (Surah al-Baqarah, ayat 195)

Berdasarkan penjelasan itu, dapat disimpulkan bahawa terdapat tiga jenis hukum penggunaan vaksin yang diperbuat daripada sumber haram bagi mencegah penyakit. Setiap daripada hukum itu mempunyai sebab dan faktor yang kukuh.

HARUS menggunakan vaksin bagi mencegah penyakit anak pada masa akan datang dengan dua syarat iaitu disahkan benar-benar memberi manfaat kepada manusia oleh pakar perubatan yang diiktiraf negara Islam dan tiada langsung sumber haram dalam pembuatan vaksin itu. - Foto hiasan
HARUS menggunakan vaksin bagi mencegah penyakit anak pada masa akan datang dengan dua syarat iaitu disahkan benar-benar memberi manfaat kepada manusia oleh pakar perubatan yang diiktiraf negara Islam dan tiada langsung sumber haram dalam pembuatan vaksin itu. - Foto hiasan

Harus menggunakan vaksin bagi mencegah penyakit anak pada masa akan datang dengan dua syarat iaitu disahkan benar-benar memberi manfaat kepada manusia oleh pakar perubatan yang diiktiraf negara Islam dan tiada langsung sumber haram dalam pembuatan vaksin itu.

Perkara itu menepati keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-92 yang bersidang pada 15 -17 Disember 2010 yang membenarkan pengambilan Vaksin Human Papilloma Virus (HPV).

Haram menggunakan vaksin diperbuat daripada sumber haram seperti Vaksin Biothrax dan Vaksin Rotateq yang menggunakan unsur babi dalam proses penghasilannya. Pengharaman itu jelas kerana penggunaan bahan berkenaan masih belum sampai tahap darurat.

Perkara itu diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-81 yang bersidang pada 31 Mac 2008.

Wajib mengambil vaksin pencegah penyakit apabila ia benar-benar diperlukan oleh umat Islam. Perkara tersebut mestilah disahkan oleh pakar perubatan bahawa ia telah sampai ke tahap darurat yang tidak dapat dielakkan.

Berita Harian X