Ahad, 8 Mei 2016 | 12:11am
 DEANNA akan berusaha memastikan dirinya gembira kerana ia antara formula yang membantu menyerlahkan lagi pesona dimilikinya
DEANNA akan berusaha memastikan dirinya gembira kerana ia antara formula yang membantu menyerlahkan lagi pesona dimilikinya
MEMPUNYAI formula tersendiri dalam meneruskan kelangsungan kerjaya seninya.
MEMPUNYAI formula tersendiri dalam meneruskan kelangsungan kerjaya seninya.

Deanna cerewet pilih kosmetik untuk kekal cantik

BAKAL menjengah usia 50 tahun pada 3 Januari depan, pelakon wanita yang mencipta nama menerusi filem, Selubung, Deanna Yusof tetap kekal jelita dan menawan. Aura dan personalitinya masih belum sirna, malah penampilan fizikal Deanna bagaikan tidak dimamah usia.

Seperti kebanyakan wanita lain, Deanna sentiasa menitikberatkan soal kecantikan. Paling utama, Deanna akan berusaha memastikan dirinya gembira kerana ia antara formula yang membantu menyerlahkan lagi pesona dimilikinya.

"Banyak yang saya amalkan, malah menjadi rutin harian supaya sentiasa sihat dan bertenaga. Saya akan cuba mendapatkan tidur yang cukup, selain menitikberatkan pemilihan makanan segar dan berkhasiat. Saya juga banyak minum air., selain cerewet dalam pemilihan kosmetik.

"Saya menggunakan alat solek yang diperbuat daripada bahan berasaskan semula jadi. Saya sentiasa berfikiran positif dan tersenyum. Seberat manapun masalah yang dihadapi, saya akan selesaikan dengan tenang. Saya tidak membiarkan masalah menguasai diri kerana ia akan memberi kesan kepada penampilan luaran diri.

"Saya juga sentiasa mendekatkan diri dengan alam sekitar. Saya akan menjauhi mereka yang berfikiran negatif kerana sikap itu secara tidak langsung menarik aura positif dalam diri," kata pelakon kelahiran London, England itu.

GEMAR berjalan, berjoging, mengangkat berat dan yoga.
GEMAR berjalan, berjoging, mengangkat berat dan yoga.

DEANNA Yusof .
DEANNA Yusof .

Pelakon yang pernah beraksi dalam filem Hollywood, Anna and the King pada tahun 1999 selain dua produksi Perancis, Un homme en colere (1999) dan Passeurs d'enfants (2001) juga akan mencuri masa untuk melakukan aktiviti kecergasan.

"Saya gemar berjalan, berjoging, mengangkat berat dan yoga," kata pelakon filem Abang 92, Ringgit Kasorrga dan Chermin itu.

Meskipun namanya kini tidak lagi sehangat dulu, Deanna tidak pernah meletakkan noktah terhadap kerjaya lakonannya. Dilihat sedikit eksklusif apabila hanya sesekali muncul di kaca televisyen dan di layar lebar, Deanna tidak pernah terfikir untuk bersara.

Mempunyai formula tersendiri dalam meneruskan kelangsungan kerjaya seninya, Deanna yang bakal meraikan ulang tahun ke-25 pembabitannya dalam dunia hiburan turut melakukan pelbagai aktiviti lain untuk kelangsungan hidup.

"Saya sibuk dengan perniagaan dan pelbagai aktiviti lain. Dunia seni masih menjadi minat saya dan ia tidak pernah terhakis. Saya bertuah kerana dapat memilih watak atau projek untuk dijayakan. Disebabkan itu, saya jarang berlakon atau muncul di khalayak.

"Saya juga terbabit dengan sebuah kelab kembara antarabangsa. Saya menjadi wakil untuk kelab itu dan berpeluang mengembara pada masa yang sama. Siapa yang tidak suka mengembara ke sana ke sini," katanya.

DEANNA sentiasa menitikberatkan soal kecantikan.
DEANNA sentiasa menitikberatkan soal kecantikan.

FILEM Selubung melonjak namanya.
FILEM Selubung melonjak namanya.

Mengenai ulang tahun ke-25 pembabitannya dalam bidang seni, Deanna mengakui sedang menyusun pelbagai agenda untuk meraikan detik bermakna dalam kehidupannya itu.

"Semuanya masih menjadi kejutan dan hanya akan dikongsi apabila tiba masanya. Apa yang saya mampu kongsi, saya akan menjayakan projek filem cereka dan pendek, persembahan serta muzikal untuk meraikan sambutan itu," katanya.

Deanna yang pernah merakamkan dua album iaitu Divide and Continue (1995) dan Fix (1999) berkata, dalam setiap apa yang dilakukan perancangan untuk jangka masa panjang penting supaya langkahnya tidak tersasar.

"Untuk kekal dalam kerjaya seni, kita perlu mempelbagaikan kemampuan supaya tidak dilihat statik. Seperti berlakon, sekiranya saya hanya memilih watak yang sama, lama-kelamaan penonton akan bosan. Saya perlu mencari kelainan supaya penonton dapat melihat sesuatu yang berbeza dalam diri.

"Jangan sesekali bersikap asal boleh kerana semua itu menjadi penentu kepada hayat seseorang dalam kerjaya yang diceburinya," kata Deanna yang bakal muncul dalam filem, Aku Haus Darahmu yang turut dibintangi Nad Zainal dan Zoey Rahman.

Berita Harian X