Ahad, 19 Jun 2016 | 12:02am
BUNGA anggerik antara yang mendapat sambutan dengan pokok dan bunga di nurserinya.
BUNGA anggerik antara yang mendapat sambutan dengan pokok dan bunga di nurserinya.

Tidak kisah dipanggil Mat Bunga

YOON Choon dan pembantunya sedang menyusun bunga yang ada di nurserinya.
YOON Choon dan pembantunya sedang menyusun bunga yang ada di nurserinya.

Malar tiba seawal jam 6.40 pagi dan menunggu di pagar pintu masuk ke perkarangan pusat mengundi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua, sehingga dibuka kepada orang ramai. - NSTP/Iqmal Haqim Rosman
Malar tiba seawal jam 6.40 pagi dan menunggu di pagar pintu masuk ke perkarangan pusat mengundi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua, sehingga dibuka kepada orang ramai. - NSTP/Iqmal Haqim Rosman

JEJAKA ini tidak kisah dengan gelaran Mat Bunga. Ini kerana bunga tidaklah sekadar menghiasi halaman rumah tetapi menjana pendapatan lumayan dalam kehidupannya.

Jadi, saban pagi, tatkala cuaca dingin membaluti tubuh dan embun masih menitis di hujung daun, tubuh kurus dan tinggi lampai bernama Lee Yoon Choon tekun memeriksa batas bunga yang memenuhi tiga lot tapak semaian terletak di Tropicana Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Selepas selesai mengitari seluruh kawasan dan membuang daun rosak serta membersihkan ranting bersepah, langkah pemuda berusia 32 tahun itu beralih ke halaman hadapan yang menempatkan tanaman bunga dalam pasu bersama bijih benih, kelengkapan dan kelengkapan landskap.

Mesra disapa dengan panggilan Lee saja, pemuda ini mengaku hidupnya seolah-olah tidak lengkap kalau sehari tidak memandang kuntuman bunga hasil kerahan keringatnya.

Tanpa disedari bidang yang menyeronokkan ini memberi laluan untuk beliau menjana pendapatan lumayan.

"Walaupun, masa terhad untuk jumpa kawan-kawan dan memenuhi keperluan hobi memancing serta menunggang motosikal, saya tidak kisah kerana menanam bunga juga menjadi sebahagian kesukaan saya," kata anak keempat daripada lima adik beradik ini.

Antara yang terawal beratur di pusat pengundian SJKT Rantau pada PRK DUN Rantau. - NSTP/Saifullizan Tamadi
Antara yang terawal beratur di pusat pengundian SJKT Rantau pada PRK DUN Rantau. - NSTP/Saifullizan Tamadi

NURSERI Yoon Choon indah, kemas dan teratur.
NURSERI Yoon Choon indah, kemas dan teratur.

Cabaran hidupkan lavender

Harinya lebih ceria seindah pelbagai spesies mawar, petunia, anggerik, begonia, hyndrangea, duranta malah lebih mengagumkan, dia berjaya menghidup suburkan lavender yang diakui berada dalam kategori bunga empat musim.

"Ramai memandang sinis usaha saya menanam lavender tetapi selepas terbukti hidup subur, makin ramai pelanggan berminat menyerikan kediaman dengan pokok ini.

"Walaupun dikategorikan bunga empat musim, namun mampu tumbuh sekiranya kena cara penjagaan, letak duduk pasu selain jumlah siraman air ," katanya.

Lee berkata, beliau bukan sekadar suka-suka membawa masuk lavender atau turut dikenali sebagai Lavandula, tetapi memilih menanam bunga dengan aroma menenangkan jiwa itu selepas yakin spesies berkenaan sesuai dengan cuaca panas.

"Setakat ini, ramai pelanggan berpuas hati dengan lavender jualannya dan membuat kunjungan susulan untuk mendapatkan anak pokok," katanya.

Berjiwa muda, Lee tidak dapat menahan gelora jiwa untuk mengembara dan melihat tempat orang, namun mengehadkan destinasi kepada negara yang menawarkan keindahan alam semula jadi khasnya mengemukakan himpunan spesies bunga cantik.

Justeru, wang yang diperoleh daripada jualan bunga digunakan untuk mengunjungi festival yang kerap diadakan di sebuah universiti di Bangkok, Thailand.

"Setiap kali pameran flora berlangsung, saya ke sana menimba ilmu mengenai kemahiran menanam bunga, berkongsi pendapat selain membawa pulang kelengkapan serta teknologi semaian terkini.

"Selain Bangkok, saya menjelajah dua tiga destinasi di China bagi menambah pengetahuan dalam bidang ini," katanya.

Bagi Lee, melancong ke luar negara bukan sekadar melihat keindahan negara orang tetapi menambah pengetahuan yang boleh dimanfaatkan untuk memajukan perniagaan.

YOON Choon akui tidak boleh berenggang dengan pokok dan bunga di nurserinya.
YOON Choon akui tidak boleh berenggang dengan pokok dan bunga di nurserinya.

Tengok wayang

Tiada istilah rehat dalam kamus hidup, tetapi mengaku sesekali perlu bercuti untuk mengembalikan tenaga dan idea segar dalam memajukan bisnes.

"Selalu berangan-angan bercuti di Bali. Saya berasa selamat dikelilingi alam semula jadi selain terhibur dengan deruan ombak menghempas pantai," katanya.

Dalam waktu terluang, Lee gemar menonton wayang.

"Saya menonton filem Inggeris yang sarat dengan moral dan memberi ilmu.

"Biasanya, saya pilih slot tayangan malam dan di pawagam berhampiran rumah," katanya yang akan bangun awal pada keesokannya demi menjenguk ladang bunga kesayangannya.

Berita Harian X