Rabu, 22 Jun 2016 | 12:04am
PENGHUNI penjara menghadiri majlis tazkirah yang diadakan sempena Ramadan di surau Penjara Pusat Kota Kinabalu. - Foto Datu Ruslan Sulai
PENGHUNI penjara menghadiri majlis tazkirah yang diadakan sempena Ramadan di surau Penjara Pusat Kota Kinabalu. - Foto Datu Ruslan Sulai
SEBAHAGIAN banduan menunaikan tanggungjawab membayar zakat fitrnah sempena Ramdan di surau Penjara Pusat Kota Kinabalu. Foto Datu Ruslan Sulai
SEBAHAGIAN banduan menunaikan tanggungjawab membayar zakat fitrnah sempena Ramdan di surau Penjara Pusat Kota Kinabalu. Foto Datu Ruslan Sulai
PENGHUNI penjara menyertai program tadarus al-Quran sempena Ramadan. - Foto Datu Ruslan Sulai
PENGHUNI penjara menyertai program tadarus al-Quran sempena Ramadan. - Foto Datu Ruslan Sulai
SERAMAI 2,514 penghuni menjalani pelbagai hukuman di Penjara Pusat Kota Kinabalu. - Foto Datu Ruslan Sulai
SERAMAI 2,514 penghuni menjalani pelbagai hukuman di Penjara Pusat Kota Kinabalu. - Foto Datu Ruslan Sulai

Suara keinsafan 38 tahun di sebalik tirai besi


KOTA KINABALU: Menjalani ibadat puasa bersama keluarga adalah saat paling membahagiakan, namun pengalaman berbeza dilalui Apas Abdullah, yang sudah 38 tahun, menunaikan rukun Islam ketiga itu di dalam penjara.

Pada usianya 71 tahun, warga tua itu adalah penghuni paling lama mendiami Penjara Pusat Kota Kinabalu dan mungkin juga di negara ini iaitu sejak November 1978, selepas disabitkan kesalahan merompak menggunakan senjata api di Lahad Datu.

Walaupun sudah biasa berpuasa serta menyambut lebaran di sebalik tirai besi, dia mengakui hatinya tetap sayu setiap kali tiba Ramadan kerana merindui pengalaman manis bersama keluarga di kampung halaman.

Namun, Apas yang juga warga Filipina, mengakui di penjara itulah dia belajar ilmu agama dengan sempurna dan mengamalkannya sepanjang masa, sesuatu yang ditinggalkannya ketika hidup di luar, hampir empat dekad lalu.

Katanya, kedatangan bulan puasa amat dinantikan kerana aktiviti penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu dipenuhi program keagamaan seperti tadarus dan hafazan al-Quran serta tazkirah.

APAS dijatuhi hukuman penjara sepanjang hayat atas kesalahan mengetuai rompakan bersenjata terhadap sebuah syarikat di Lahad Datu bersama seorang rakannya pada tahun 1978. - Foto Datu Ruslan Sulai
APAS dijatuhi hukuman penjara sepanjang hayat atas kesalahan mengetuai rompakan bersenjata terhadap sebuah syarikat di Lahad Datu bersama seorang rakannya pada tahun 1978. - Foto Datu Ruslan Sulai

DI SEBALIK tirai besi, Apas bersyukur kerana mula mengenali Allah, belajar solat serta membaca al-Quran, sesuatu yang tidak dipernahkan dilakukan selama ini. Foto Datu Ruslan Sulai
DI SEBALIK tirai besi, Apas bersyukur kerana mula mengenali Allah, belajar solat serta membaca al-Quran, sesuatu yang tidak dipernahkan dilakukan selama ini. Foto Datu Ruslan Sulai

"Di sini (penjara) saya mendalami ilmu agama setiap hari dan diteruskan sepanjang Ramadan. Saya bersyukur kerana ketika di luar, saya tak tahu apa-apa namun di sinilah saya mengenali Allah, mula belajar solat dan membaca al-Quran," katanya ketika ditemui BH.

Apas adalah di antara 2,514 penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu ketika ini.

Dia dijatuhi hukuman penjara sepanjang hayat atas kesalahan melakukan rompakan bersenjata terhadap sebuah syarikat di Lahad Datu bersama seorang rakannya sekitar tahun 1978.

Rakannya dihukum penjara 10 tahun, manakala dia dijatuhi hukuman sepanjang hayat kerana mengetuai rompakan terbabit.

"Saya merompak kerana terdesak untuk mendapatkan duit ketika itu. Kini saya hanya mampu berdoa diberikan pengampunan dan hukuman diringankan," katanya yang lebih 10 kali mengemukakan permohonan pengampunan kepada Kerajaan Malaysia.

Bercerita mengenai keluarganya, banduan warga tua itu mengakui merindui ahli keluarga kerana anak sulungnya yang berusia 46 tahun kali terakhir datang melawat adalah pada tahun 2014.

MESKIPUN sedang menjalani hukuman, namun banduan turut dibenarkan zakat fitrah menerusi amil yang dilantik Penjara Pusat Kota Kinabalu sempena Ramadan. - Foto Datu Ruslan Sulai
MESKIPUN sedang menjalani hukuman, namun banduan turut dibenarkan zakat fitrah menerusi amil yang dilantik Penjara Pusat Kota Kinabalu sempena Ramadan. - Foto Datu Ruslan Sulai

"Ketika dia melawat, saya hanya mampu menangis kerana terlalu rindukan mereka. Ketika masuk penjara dulu, anak sulung baru berusia tujuh tahun, sekarang anak dan isteri masih ada di Zamboanga, Filipina," katanya yang berasal dari Zamboanga dan bekerja di Sandakan sebelum terbabit rompakan itu.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu, Superintendan Kalbin Mohd Said, berkata tadarus al-Quran dan pertandingan kesenian Islam termasuk azan, tazkirah, bilal dan hafazan adalah antara aktiviti dianjurkan sepanjang Ramadan.

Selain itu katanya, penghuni penjara beragama Islam berpeluang membayar zakat fitrah melalui kakitangan penjara yang dilantik sebagai amil.

PERTANDINGAN hafazan al-Quran turut diadakan membabitkan penyertaan dalam kalangan banduan.
PERTANDINGAN hafazan al-Quran turut diadakan membabitkan penyertaan dalam kalangan banduan.

INFO

  • 2,514 - penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu
  • 38 tahun - tempoh penghuni paling lama Penjara Pusat Kota Kinabalu
  • Aktiviti keagamaan diadakan di Surau Program Pembangunan Insan, Penjara Pusat Kota Kinabalu
  • Guru Agama dari JAKIM
  • Penghuni jalani pelbagai jenis hukuman daripada ringan hingga hukuman mati
Berita Harian X