Jumaat, 15 Julai 2016 | 12:11am
LONGGOKAN sampah yang dihanyutkan ombak ke pesisir pantai Taman Negara Tanjung Piai. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
LONGGOKAN sampah yang dihanyutkan ombak ke pesisir pantai Taman Negara Tanjung Piai. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
PROJEK pembinaan tebing pemecah ombak berhadapan pesisir pantai di Taman Negara Tanjung Piai. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
PROJEK pembinaan tebing pemecah ombak berhadapan pesisir pantai di Taman Negara Tanjung Piai. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
MEDAN pemandangan di Taman Negara Tanjung Piai yang menjadi tumpuan pelancong ditutup kepada pengunjung akibat hakisan. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
MEDAN pemandangan di Taman Negara Tanjung Piai yang menjadi tumpuan pelancong ditutup kepada pengunjung akibat hakisan. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
PESISIRAN pantai Tanjung Piai yang menjadi titik penghujung benua Asia dan menjadi tarikan pelancong seluruh dunia terdedah kepada ancaman hakisan. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
PESISIRAN pantai Tanjung Piai yang menjadi titik penghujung benua Asia dan menjadi tarikan pelancong seluruh dunia terdedah kepada ancaman hakisan. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
PANTAI di Taman Negara Tanjung Piai yang menjadi tarikan pelancong dari seluruh dunia terdedah kepada ancaman hakisan. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
PANTAI di Taman Negara Tanjung Piai yang menjadi tarikan pelancong dari seluruh dunia terdedah kepada ancaman hakisan. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
PENGARAH Pusat Kejuruteraan Pantai dan Lautan (COEI) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Ahmad Khairi Abd Wahab. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
PENGARAH Pusat Kejuruteraan Pantai dan Lautan (COEI) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Ahmad Khairi Abd Wahab. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
KEADAAN pesisir pantai Taman Negara Tanjung Piai yang diancam hakisan. - Foto ihsan IRDA
KEADAAN pesisir pantai Taman Negara Tanjung Piai yang diancam hakisan. - Foto ihsan IRDA
GRAFIK menunjukkan pesisir pantai Tanjung Piai yang diancam hakisan. - Grafik IRDA
GRAFIK menunjukkan pesisir pantai Tanjung Piai yang diancam hakisan. - Grafik IRDA
TAMBAKAN batu yang dibuat di pesisir pantai Tanjung Piai membolehkan pokok bakau tumbuh semula. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
TAMBAKAN batu yang dibuat di pesisir pantai Tanjung Piai membolehkan pokok bakau tumbuh semula. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

Pantai Tanjung Piai terhakis lapan meter setahun

PONTIAN: Pesisiran pantai daerah ini khususnya Tanjung Piai yang menjadi tarikan pelancong seluruh dunia kerana menempatkan tanah penghujung benua Asia, berdepan ancaman hakisan hingga mencapai jarak lapan meter setiap tahun.

Hakisan pantai itu yang bermula 1970-an itu, dikatakan semakin serius sejak 15 tahun lalu apabila jarak hakisan kian ketara disebabkan pelbagai faktor, termasuk lalu lintas kapal dagang yang semakin bertambah di Selat Melaka.

Hakisan berlaku sepanjang 10 kilometer bermula dari pantai yang menempatkan glob mercu tanda Tanjung Piai sebagai penghujung tanah besar Asia hingga ke kawasan Kukup, dengan keadaan lebih serius di kawasan timur (Kukup) berbanding barat (Selat Melaka).

Jurutera Projek Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor, Arshad Sardi, berkata Tanjung Piai adalah pertemuan tiga arus iaitu Selat Johor, Selat Melaka dan Selat Singapura, selain diiktiraf tanah lembap berkepentingan antarabangsa serta Tapak Ramsar pada 31 Januari 2003.

"Menerusi pembinaan tebing pemecah ombak, kami berharap ia mengurangkan tekanan ombak memukul pesisir pantai dengan sasaran hakisan yang berlaku boleh dikurangkan kepada sekurang-kurangnya empat meter setahun.

"Hakisan semakin kritikal kerana banyak pokok paya bakau yang musnah di kawasan itu, selain laluan dan kegiatan perkapalan, mempercepatkan hakisan.

PROJEK pembinaan tebing pemecah ombak berhadapan pesisir pantai di Taman Negara Tanjung Piai bagi mengelakkan ancaman hakisan. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
PROJEK pembinaan tebing pemecah ombak berhadapan pesisir pantai di Taman Negara Tanjung Piai bagi mengelakkan ancaman hakisan. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

PESURUHJAYA Persekutuan Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA), Mohamad Sa'elal menunjukkan tambakan batu di pesisir pantai Taman Negara Tanjung Piai. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
PESURUHJAYA Persekutuan Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA), Mohamad Sa'elal menunjukkan tambakan batu di pesisir pantai Taman Negara Tanjung Piai. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

"Walaupun banyak usaha dilaksanakan termasuk program kesedaran pembersihan dan memungut sampah, namun tidak berjaya untuk membolehkan pokok paya bakau tumbuh secara semula jadi," katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Persekutuan Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA), Mohamad Sa'elal, berkata projek pemecah ombak bagi mengurangkan hakisan persisiran pantai Tanjung Piai itu membabitkan kos keseluruhan kira-kira RM100 juta.

Beliau berkata, projek terbahagi kepada dua pakej dengan Pakej 1 membabitkan pembinaan Lapis-Lindung sepanjang 575 meter dan pemecah ombak D sepanjang 970 meter.

"Pakej 2 pula adalah Pemecah Ombak A (800m), Pemecah Ombak B (800m) dan Pemecah Ombak C (800m). Pakej 1 bermula pada Julai 2014 dan siap pada awal Januari lalu. Pakej 2 bermula pada Januari tahun ini dan dijangkakan siap Disember ini," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pusat Kejuruteraan Pantai dan Lautan (COEI) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Ahmad Khairi Abd Wahab, menyifatkan penggunaan kaedah pemecah ombak luar pantai dilihat langkah paling sesuai mengurangkan kadar hakisan kerana mampu mengekalkan keadaan semula jadi pantai walaupun kosnya agak tinggi.

JURUTERA Projek JPS Johor, Arshad Sardi. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
JURUTERA Projek JPS Johor, Arshad Sardi. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

PESURUHJAYA Persekutuan Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA), Mohamad Sa'elal menunjukkan projek pembinaan tebing pemecah ombak berhadapan pesisir pantai di Taman Negara Tanjung Piai bagi mengelakkan ancaman hakisan. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

Katanya, berdasarkan kajian, hakisan Tanjung Piai berlaku sejak 1966 yang menyebabkan perubahan pada garis pantai dengan anggaran purata lebih lapan meter setahun.

"Hakisan ini berlaku apabila bahan sedimen pantai iaitu pasir atau lumpur dihanyutkan ke bahagian lain garisan pantai oleh tenaga ombak dan arus. Ia adalah suatu proses semula jadi yang berlaku selagi ada pergerakan dan interaksi angin, ombak dan arus dengan garis pantai.

"Teknik ini sesuai sekiranya ingin memelihara keadaan semula jadi pantai dengan mengekalkan permukaan berpasir dan ia digunakan secara meluas kebanyakan negara seperti Singapura," katanya.

Ahmad Khairi berkata, kaedah pembinaan benteng ombak di sepanjang pantai menggunakan batu dan konkrit juga berkesan namun boleh menyebabkan kehilangan nilai atau keadaan semula jadi pantai.

HAKISAN dikatakan berlaku sepanjang 10 kilometer bermula dari pantai yang menempatkan glob Tanjung Piai sebagai mercu tanda penghujung tanah besar Asia hingga ke kawasan Kukup dengan keadaan dikatakan lebih serius di kawasan timur (Kukup) berbanding barat (Selat Melaka).
HAKISAN dikatakan berlaku sepanjang 10 kilometer bermula dari pantai yang menempatkan glob Tanjung Piai sebagai mercu tanda penghujung tanah besar Asia hingga ke kawasan Kukup dengan keadaan dikatakan lebih serius di kawasan timur (Kukup) berbanding barat (Selat Melaka).

KEADAAN pesisir pantai Taman Negara Tanjung Piai yang diancam hakisan. - Foto ihsan IRDA
KEADAAN pesisir pantai Taman Negara Tanjung Piai yang diancam hakisan. - Foto ihsan IRDA

Fakta

  • Persisiran Tanjung Piai berdepan hakisan sejak 1970an.
  • Hakisan pantai Tanjung Piai capai jarak 8 meter setahun
  • Kaedah kawalan hakisan - pembinaan benteng ombak, geotiub, Goyne (benteng dibina bertentangan garis pantai, mengunjur ke arah laut), pemecah ombak luar pantai
  • Kawasan paling serius - sepanjang tanah 10 kilometer di lokasi tanah paling selatan benua Asia di Tanjung Piai

Berita Harian X