Sabtu, 23 Julai 2016 | 12:09am
MOHD Azrai membuat demonstrasi mengecas telefon bimbit. - Foto Salhani Ibrahim
MOHD Azrai membuat demonstrasi mengecas telefon bimbit. - Foto Salhani Ibrahim
TIDAK perlu wayar untuk menyalakan lampu sebaliknya hanya perlu menyentuh mentol kepada badan set solar. - Foto Salhani Ibrahim
TIDAK perlu wayar untuk menyalakan lampu sebaliknya hanya perlu menyentuh mentol kepada badan set solar. - Foto Salhani Ibrahim
MOHD Azrai menunjukkan demonstrasi menyalakan mentol. - Foto Salhani Ibrahim
MOHD Azrai menunjukkan demonstrasi menyalakan mentol. - Foto Salhani Ibrahim
PANEL solar kecil berupaya menyimpan tenaga elektrik bagi pelbagai kegunaan ketika kecemasan. - Foto Salhani Ibrahim
PANEL solar kecil berupaya menyimpan tenaga elektrik bagi pelbagai kegunaan ketika kecemasan. - Foto Salhani Ibrahim
ALAT yang dinamakan Portable Solar ini hanya seberat lima kilogram. - Foto Salhani Ibrahim
ALAT yang dinamakan Portable Solar ini hanya seberat lima kilogram. - Foto Salhani Ibrahim
MOHD Azrai mendapat ilham penciptaan apabila melihat kesukaran mangsa banjir besar pada Disember 2014 yang terputus bekalan elektrik berhari-hari. - Foto Salhani Ibrahim
MOHD Azrai mendapat ilham penciptaan apabila melihat kesukaran mangsa banjir besar pada Disember 2014 yang terputus bekalan elektrik berhari-hari. - Foto Salhani Ibrahim
ALAT ini juga menggunakan teknologi TESLA iaitu elektro mekanik atau pembekalan tenaga secara tanpa kabel. - Foto Salhani Ibrahim
ALAT ini juga menggunakan teknologi TESLA iaitu elektro mekanik atau pembekalan tenaga secara tanpa kabel. - Foto Salhani Ibrahim

Inovasi bekalan elektrik kuasa solar mudah alih untuk kecemasan


KUALA LUMPUR: Seorang perunding bekalan elektrik mencipta set bekalan elektrik menggunakan tenaga solar yang sesuai digunakan ketika kecemasan terutama bagi mangsa banjir.

Mohd Azrai Mohd Aris, 38, berkata alat itu sedia digunakan selepas melakukan penyelidikan sendiri sejak Disember 2014.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perhubungan Elektrik Universiti Teknologi Malaysia itu berkata alat yang dinamakan Peti Tangkap Matahari itu hanya seberat lima kilogram yang mempunyai panel solar kecil berupaya menyimpan tenaga elektrik bagi pelbagai kegunaan ketika kecemasan.

Alat itu membekalkan 7,000 miliampere-hour (mAh) yang boleh digunakan untuk mengecas telefon bimbit berulang kali, menyalakan mentol bawah 100 watt, memanaskan air dan tiga jam penggunaan komputer riba .

Alat itu juga menggunakan teknologi TESLA iaitu elektro mekanik atau pembekalan tenaga secara tanpa kabel.

Dalam demonstrasi kepada BH, beliau membuktikan ciptaannya itu mampu menyalakan lampu, memanaskan air, memasak nasi menggunakan periuk kecil, mengecas telefon bimbit, komputer riba selain menghidupkan mentol jenis CFL.

"Istimewa alat ini ialah ia tidak perlu wayar untuk menyalakan lampu sebaliknya pengguna hanya perlu menyentuh mentol kepada badan set solar itu," katanya.

Alat itu juga boleh dicaj dengan bateri kereta atau bekalan elektrik kediaman selain menyimpan tenaga solar pada waktu mendung.

PORTABLE Solar ciptaan Mohd Azrai. - Foto Salhani Ibrahim
PORTABLE Solar ciptaan Mohd Azrai. - Foto Salhani Ibrahim

MOHD Azrai bersama Peti Tangkap Matahari ciptaannya. - Foto Salhani Ibrahim
MOHD Azrai bersama Peti Tangkap Matahari ciptaannya. - Foto Salhani Ibrahim

Katanya, set itu praktikal sebagai kemudahan di pusat pemindahan banjir dan bencana iaitu sebagai bekalan kecemasan.

Malah, katanya, alat itu juga mampu menjimatkan tenaga elektrik menerusi penggunaan tenaga solar bagi kegunaan ringan di dalam kediaman seperti komputer dan mengecas telefon bimbit atau tablet, perkhemahan atau aktiviti rekreasi di hutan.

Beliau berkata ilham penciptaan alat itu diperoleh apabila melihat kesukaran mangsa banjir besar pada Disember 2014 yang terputus bekalan elektrik berhari-hari sehingga ada yang terpaksa memberi bayi minum susu sejuk, terputus hubungan telefon yang kehabisan bateri atau merendam mi segera dalam air sejuk kerana ketiadaan tenaga.

Anggaran harga bagi seunit alat itu ialah antara RM750 hingga RM950 tetapi ia mungkin lebih murah jika menerusi subsidi pihak tertentu bagi kegunaan mangsa bencana.

Berita Harian X