Ahad, 21 Ogos 2016 | 12:01am
BAHAGIAN dalam masjid. - Foto Norsharuddin Sapian
BAHAGIAN dalam masjid. - Foto Norsharuddin Sapian
PAGAR masjid ala istana. - Foto Norsharuddin Sapian
PAGAR masjid ala istana. - Foto Norsharuddin Sapian

Masjid Ubudiah seni bina ikon Kuala Kangsar

JEMAAH menunaikan solat Aidilfitri di Masjid Ubudiah, Julai lalu. - Foto Muhaizan Yahya
JEMAAH menunaikan solat Aidilfitri di Masjid Ubudiah, Julai lalu. - Foto Muhaizan Yahya

PENGEMBARA yang pernah menghabiskan percutian mereka di Perak, pasti tidak akan ketinggalan menandakan dalam diari untuk menyenaraikan Masjid Ubudiah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar sebagai destinasi warisan memikat pemandangan.

Ini kerana, Masjid Ubudiah juga dikenali Masjid Iskandariah atau Masjid Diraja dianggap sebagai salah satu rumah ibadat orang Islam paling cantik di Malaysia.

Kubah emas dan menara masjid adalah bukti daripada keindahan seni bina Islam. Lebih tepat lagi, reka bentuk masjid berkenaan dipengaruhi seni bina 'saracenic' atau Islam-India.

Ia direka bentuk oleh AB Hubback, seorang arkitek kerajaan pada masa itu, manakala kerja pelaksanaan dipertanggungjawabkan kepada Caufield iaitu ketua jurutera negeri Perak.

Seni reka bermutu tinggi

MASJID Ubudiah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar yang dibuka dengan rasminya pada 1917 oleh Sultan Abdul Jalil Nasaruddin Shah, Sultan Perak ketika itu adalah ikon utama Kuala Kangsar. - Foto Sairien Nafis
MASJID Ubudiah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar yang dibuka dengan rasminya pada 1917 oleh Sultan Abdul Jalil Nasaruddin Shah, Sultan Perak ketika itu adalah ikon utama Kuala Kangsar. - Foto Sairien Nafis

Masjid ini berbentuk oktagon atau segi lapan dan mempunyai empat buah menara serta dikelilingi kubah di bahagian dalam apabila setiap satu garis pusatnya berukuran 18.2 meter panjang. bahagian dinding dan lantai masjid diperbuat daripada batu marmar berwarna merah dan putih yang dibawa khas dari Itali. Reka bentuknya sangat unik dan kemas walaupun ketika pembinaannya negara masih kekurangan tenaga mahir.

Masjid Ubudiah juga adalah simbol kesenian Melayu Islam yang bertapak kukuh di Malaysia sejak sekian lama. Binaannya menjurus kepada sumber inspirasi bagi pencinta seni bina tradisi Melayu.

Selain itu, rekaan yang diilhamkan Hubback berupaya menjadikan Masjid Ubudiah antara produk warisan yang mempunyai nilai seni reka bermutu tinggi sehingga mendapat pengiktirafan pelbagai pihak dari industri pelancongan negara.

Pernah menjadi masjid Negeri Perak

MASJID Ubudiah juga dikenali Masjid Iskandariah atau Masjid Diraja dianggap sebagai salah satu rumah ibadat orang Islam paling cantik di Malaysia. - Foto Norsharuddin Sapian
MASJID Ubudiah juga dikenali Masjid Iskandariah atau Masjid Diraja dianggap sebagai salah satu rumah ibadat orang Islam paling cantik di Malaysia. - Foto Norsharuddin Sapian

Serba sedikit mengenai sejarah dan asal usul Masjid Ubudiah yang terletak berhampiran Istana Iskandariah, asalnya ia sebuah masjid yang dibangunkan kerana nazar.

Apabila Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I, Sultan Perak ke-28 yang memerintah dari tahun 1887 hingga 1916 mendapat rawatan di Port Dickson, Negeri Sembilan, baginda ada bernazar untuk membina sebuah masjid di Bukit Chandan sekiranya kesihatan baginda kembali pulih.

Sekembalinya ke Kuala Kangsar, baginda menitahkan Kolonel Huxley dari Jabatan Kerja Raya (JKR), Kuala Lumpur mereka pelan sebuah masjid yang hendak dibangunkan.

Bermula saat itu, pembinaan Masjid Ubudiah dimulakan sehinggalah tersergam sebuah binaan yang menakjubkan seperti hari ini.

Sebelum Masjid Sultan ldris Shah II di Ipoh dibina dan dijadikan Masjid Negeri pada tahun 1968, Masjid Ubudiah pernah menjadi Masjid Negeri Perak.

FAKTA NOMBOR

  • 1913 - Tahun masjid mula dibangunkan
  • 1917 - Tahun masjid siap sepenuhnya
  • RM220,000.00 - Kos pembinaan yang dianggarkan ketika itu

  • 38.2 meter - Ketinggian menara
  • 400 meter persegi - Keluasan ruang induk
  • 241 kilometer - Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur

FAKTA

  • Pembinaan masjid ini pernah tergendala selama empat tahun kerana simpanan batu marmar yang dibeli dari Itali rosak dan pecah gara-gara dipijak oleh dua ekor kepunyaan Sultan Idris dan Raja Chulan yang bergaduh.
  • Mempunyai ruang solat yang luas dan kelihatan lebih indah apabila cahaya lampu menyinari setiap ruang. Turut dilengkapi sebuah kubah utama dan beberapa kubah kecil yang berwarna keemasan mampu menarik perhatian pengunjung.
  • Terdapat sebuah kolah untuk mengambil wuduk terletak di sebelah timur serambi masjid.
Berita Harian X