Rabu, 31 Ogos 2016 | 1:04am
NUR Syazwani Izyan menunjukkan antara produk berasakan tanah liat untuk hiasan rumah ketika ditemui di bengkelnya di Kampung Bunot Payong, Kota Bharu. - Foto Syamsi Suhaimi
NUR Syazwani Izyan menunjukkan antara produk berasakan tanah liat untuk hiasan rumah ketika ditemui di bengkelnya di Kampung Bunot Payong, Kota Bharu. - Foto Syamsi Suhaimi
NUR Syazwani Izyan melakukan proses mengecat tembikar yang ditempah untuk majlis perkahwinan. - Foto Syamsi Suhaimi
NUR Syazwani Izyan melakukan proses mengecat tembikar yang ditempah untuk majlis perkahwinan. - Foto Syamsi Suhaimi
JEFRIDIN Mat melakukan kerja-kerja mengukir nama pada tembikar yang ditempah untuk majlis perkahwinan. - Foto Syamsi Suhaimi
JEFRIDIN Mat melakukan kerja-kerja mengukir nama pada tembikar yang ditempah untuk majlis perkahwinan. - Foto Syamsi Suhaimi
JEFRIDIN Mat menunjukkan tembikar yang telah dikeluarkan daripada acuannya setelah tanah liat kering. - Foto Syamsi Suhaimi
JEFRIDIN Mat menunjukkan tembikar yang telah dikeluarkan daripada acuannya setelah tanah liat kering. - Foto Syamsi Suhaimi
JEFRIDIN Mat memeriksa acuan yang telah diisi dengan tanah liat. - Foto Syamsi Suhaimi
JEFRIDIN Mat memeriksa acuan yang telah diisi dengan tanah liat. - Foto Syamsi Suhaimi
JEFRIDIN Mat menuang bancuhan tanah liat yang dicairkan ke dalam acuan yang dikehendaki untuk membentuknya. - Foto Syamsi Suhaimi
JEFRIDIN Mat menuang bancuhan tanah liat yang dicairkan ke dalam acuan yang dikehendaki untuk membentuknya. - Foto Syamsi Suhaimi

Buka industri sendiri kerana kilang tutup

KOTA BHARU: Pengalaman kerja selama 23 tahun, mendorong seorang bekas pekerja kilang seramik menceburi pengeluaran produk sama, selepas majikannya memindahkan operasi dari Pengkalan Chepa di sini, ke China.

Hasil sokongan keluarga, Jefridin Mat membangunkan Belipot Craft, yang menghasilkan produk seperti barangan tembikar, kraftangan serta hadiah perkahwinan berasaskan tanah liat, yang dijual pada harga RM1 sehingga RM150 seunit.

PENGUSAHA produk berasaskan tanah liat, Jefridin Mat, 51, bersama anaknya, Nur Syazwani Izyan, 24, menunjukkan antara produk berasakan tanah liat yang dihasilkan mereka. - Foto Syamsi Suhaimi
PENGUSAHA produk berasaskan tanah liat, Jefridin Mat, 51, bersama anaknya, Nur Syazwani Izyan, 24, menunjukkan antara produk berasakan tanah liat yang dihasilkan mereka. - Foto Syamsi Suhaimi

Jefridin, 51, berkata beliau bekerja dengan syarikat yang menghasilkan produk berasaskan tanah liat, Marulee (M) Sdn Bhd, selama 23 tahun dari 1986 sehingga 2009.

"Ketika saya bekerja dulu, Marulee pernah mendapat tender menghasilkan produk seramik untuk dipasarkan atas jenama Walt Disney.

"Apabila syarikat memindahkan kilang dari Pengkalan Chepa ke China, saya hilang pekerjaan. Berikutan itu, saya mengambil keputusan memulakan perusahaan sendiri," katanya ketika ditemui di bengkel Belipot Craft dekat Kampung Bunot Payong, di sini.

Sokongan dua anaknya, Nur Syazwani Izyan, 24, dan Mohamad Syazwan, 20, menyaksikan Belipot Craft mampu menghasilkan sehingga 300 unit produk berasaskan tanah liat sehari, untuk pasaran sekitar Kelantan dan seluruh negara.

JEFRIDIN Mat membancuh tanah liat yang dicairkan sebelum menuangnya di dalam acuan. - Foto Syamsi Suhaimi
JEFRIDIN Mat membancuh tanah liat yang dicairkan sebelum menuangnya di dalam acuan. - Foto Syamsi Suhaimi

"Penghasilan produk tanah liat ini bermula dengan membina acuan mengikut model produk yang mahu dikeluarkan dengan menggunakan bahan berasaskan 'plaster of paris'," katanya.

Jefridin berkata, tanah liat yang dibancuh kemudiannya akan dituang ke dalam acuan yang dibentuk mengikut ketebalan yang diinginkan yang mengambil masa kira-kira tiga jam.

"Selepas itu produk akan dikeringkan dan disusun dalam tempat pembakaran yang mengambil masa selama tujuh jam.

"Produk siap dibakar melalui proses kawalan kualiti sebelum diwarnakan dan sekali lagi melalui proses sama sebelum dihantar kepada pelanggan," katanya yang menggunakan teknik dari Jepun dalam pengeluaran produk terbabit.

Beliau berkata, hasil penyertaan dalam program pameran dan jualan kraftangan kelolaan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kelantan (JKKN) serta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, produk Belipot Craft semakin mendapat perhatian orang ramai.

JEFRIDIN Mat dibantu anaknya, Nur Syazwani Izyan menyusun seramik sebelum dimasukkan ke dalam mesin oven. - Foto Syamsi Suhaimi
JEFRIDIN Mat dibantu anaknya, Nur Syazwani Izyan menyusun seramik sebelum dimasukkan ke dalam mesin oven. - Foto Syamsi Suhaimi

Katanya, beliau juga mendapat sokongan daripada MARDI menerusi bantuan bengkel dan peralatan penghasilan produk bernilai kira-kira RM100,000.

Dalam usaha memperluaskan pasaran produk keluaran Belipot Craft, Jefridin berkata, pihaknya kini turut memanfaatkan media sosial seperti Instagram dan Facebook untuk tujuan promosi.

Berita Harian X