Khamis, 3 November 2016 | 12:03am

Peti besi berisi paku keranda jadi misteri

MASJID TANAH: Berkongsi minat sama, sepasang suami isteri di sini, berusaha mengumpul pelbagai barangan antik terutama berkaitan topi keselamatan dan keledar.

Antara menjadi pilihan pasangan Mohd Asri Ramli, 42, dan Sabrina Taib, 37, adalah topi pasukan bomba dan penyelamat; topi Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan posmen yang pernah digunakan di negara ini pada masa lalu.

Pasangan dari Kampung Pulau di sini, itu turut mengumpul dan berjual beli pelbagai barangan antik lain seperti keris, tempayan, gong, telefon dan seterika lama.

Di sebalik pelbagai barangan barangan antik yang menjadi koleksi mereka, pasangan itu turut menyimpan sebuah peti besi lama yang sehingga kini tidak diketahui kandungannya selepas diamanahkan menjaganya oleh seseorang.

Mohd Asri berkata, kira-kira lapan tahun lalu, beliau didatangi seorang warga tua berjanggut panjang, memakai serban dan bertongkat sambil memikul peti besi itu.

MOHD Asri, menunjukkan telefon miliknya. - Foto Khairunisah Lokman
MOHD Asri, menunjukkan telefon miliknya. - Foto Khairunisah Lokman

"Lelaki itu mendakwa mendapati mimpi supaya memberi amanah kepada saya untuk menjaga peti besi ini hingga akhir hayat.

"Dia mendakwa dalam peti besi ini barangan antik lain termasuk paku yang diperoleh daripada keranda orang mati tetapi saya tidak dibenarkan sama sekali membukanya," katanya ketika ditemui di sini.

Mohd Asri berkata, meskipun tertanya-tanya kandungan peti besi yang dipenuhi ukiran itu, namun beliau akur kepada pesanan terbabit kerana bimbang perkara tidak diingini berlaku, selain memegang amanah warga tua terbabit.

"Selain itu, saya turut menyimpan koleksi keris lama dengan ada di antaranya dipercayai 'bertuan' mencecah nilai RM15,000 sebilah, selain alatan muzik berupa gong yang mengeluarkan bunyi pada hari-hari tertentu.

"Sememangnya barangan lama ini mempunyai misteri dan ada juga yang 'berpenunggu' namun jika kita menjaganya dengan baik dan tidak melakukan perkara yang menyalahi agama, ia tidak menimbulkan sebarang gangguan kepada hidup kita, sebaliknya segala-gala yang berlaku adalah dengan kehendak Allah SWT," katanya.

MOHD Asri Ramli, menunjukkan keris yang dikatakan bernilai RM15,000 di Kuala Linggi. - Foto Khairunisah Lokman
MOHD Asri Ramli, menunjukkan keris yang dikatakan bernilai RM15,000 di Kuala Linggi. - Foto Khairunisah Lokman

MOHD Asri, menunjukkan sejenis senjata antik yang berukir di Kuala Linggi. - Foto Khairunisah Lokman
MOHD Asri, menunjukkan sejenis senjata antik yang berukir di Kuala Linggi. - Foto Khairunisah Lokman

Mohd Asri yang mula mengumpul barangan antik sejak 2007, berkata bukan mudah memperoleh barangan yang menjadi minat dan tarikan kerana cirinya yang menyelitkan suasana kehidupan masyarakat zaman dulu.

"Dalam usaha mendapatkan barangan antik untuk menambah koleksi, saya pernah dikejar dengan penyapu kerana disalah erti oleh pemiliknya.

"Saya juga berhubung dengan pengumpul barangan antik dari seluruh negara yang berkongsi minat sama, walaupun anak muda kini melihatnya sebagai ketinggalan zaman," katanya.

Katanya, beliau tidak akan berhenti mencari dan mendapatkan barangan antik yang baginya mempunyai nilai komersial tersendiri, selain berhasrat membina sebuah galeri bagi menyimpan dan mempamerkan barangan terbabit untuk tatapan generasi akan datang.

MOHD Asri bersama sebahagian koleksi barangan antik yang dikumpul untuk dijual di Kuala Linggi. - Foto Khairunisah Lokman
MOHD Asri bersama sebahagian koleksi barangan antik yang dikumpul untuk dijual di Kuala Linggi. - Foto Khairunisah Lokman

 ANTARA koleksi jam loceng milik Mohd Asri. - Foto Khairunisah Lokman
ANTARA koleksi jam loceng milik Mohd Asri. - Foto Khairunisah Lokman
MOHD Asri, (kanan) membersihkan topi keledar sambil diperhatikan oleh isteri, Sabrina Taib. - Foto Khairunisah Lokman
MOHD Asri, (kanan) membersihkan topi keledar sambil diperhatikan oleh isteri, Sabrina Taib. - Foto Khairunisah Lokman
MOHD Asri (kanan) dan isteri, Sabrina Taib, (kiri) bersama sebahagian topi keledar mereka di Kuala Linggi. - Foto Khairunisah Lokman
MOHD Asri (kanan) dan isteri, Sabrina Taib, (kiri) bersama sebahagian topi keledar mereka di Kuala Linggi. - Foto Khairunisah Lokman
Berita Harian X