X
Isnin, 12 Disember 2016 | 12:05am
KETUA Penyelidik Jabatan Perlindungan Tumbuhan, Fakulti Pertanian UPM, Prof Dr Rita Muhamad Awang. - Foto Azhar Ramli
KETUA Penyelidik Jabatan Perlindungan Tumbuhan, Fakulti Pertanian UPM, Prof Dr Rita Muhamad Awang. - Foto Azhar Ramli
- Foto ihsan http://www.upm.edu.my/
- Foto ihsan http://www.upm.edu.my/

UPM cipta racun berasaskan sayuran tangani siput gondang

RACUN teknologi hijau siput gondang, Nano-Emulsion Formulation of Saponin. - Foto ihsan http://www.upm.edu.my/
RACUN teknologi hijau siput gondang, Nano-Emulsion Formulation of Saponin. - Foto ihsan http://www.upm.edu.my/

SERDANG: Sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) menghasilkan racun teknologi hijau siput gondang, Nano-Emulsion Formulation of Saponin bagi menyelamatkan tanaman padi.

Produk berkenaan dihasil menggunakan komponen bioaktif, saponin sebagai bahan aktif utama, yang diekstrak daripada Fucraea dan bahan lengai berasaskan sayuran untuk mengawal siput gondang.

Ketua Penyelidik Jabatan Perlindungan Tumbuhan, Fakulti Pertanian UPM, Prof Dr Rita Muhamad Awang, berkata racun itu mudah diurai menjadi bahan tidak berbahaya dan tidak kekal dalam persekitaran, sekali gus dapat mengelakkan pencemaran.

KETUA Penyelidik Teknologi Hijau Formulasi Nano-Emulsi Saponin Fakulti Pertanian UPM, Prof Dr. Rita Muhamad Awang, (tengah) bersama Penolong Pegawai Sains Fakulti Pertanian UPM, Ahmad Tamsil Shariff, (kiri) dan Penolong Penyelidik Teknologi Hijau Formulasi Nano-Emulsi Saponin Fakulti Pertanian UPM, Dr. Anis Syahirah Mokhtar, (kanan) memperkenalkan produk Teknologi Hijau Formulasi Nano-Emulsi Saponin pada sidang media mengenai Teknologi Hijau Formulasi Nano-Emulsi Saponin di Pejabat Taman Pertanian Universiti, Serdang. - Foto Azhar Ramli

Kurangkan kos

"Kelebihan ciptaan ini ialah ia memiliki ciri penghalang pemakanan, berkesan sebagai racun siput botanikal dan menggunakan teknologi hijau.

"Tujuan utama inovasi ini ialah untuk mengurangkan penggunaan bahan kimia terhadap tumbuhan, terutama padi, yang boleh mengakibatkan pelbagai penyakit seperti kanser kulit," katanya pada sidang media formula racun botani teknologi hijau di sini.

Katanya, Fucraea mengandungi 0.79 peratus saponin berbanding empat tanaman lain yang diuji seperti sweet potato, sintok, mas cotek dan hempedu bumi.

Penolong penyelidik, Dr Anis Syahirah Mokhtar, berkata pengunaan racun saponin itu dapat mengurangkan kos perbelanjaan petani berbanding racun kimia.

"Satu hektar kawasan tanaman padi hanya memerlukan 1.8 liter racun saponin dan perlu disembur seminggu sebelum proses penanaman padi dimulakan," katanya.

Berita Harian X