Ahad, 19 Februari 2017 | 12:02am

Selesa di rumah sejak 'menemui' Iron Man

PUCHONG 27 JANUARY 2017. Pemgumpul Koleksi Permainan Animasi, Sheikh Kashbani Zainal bersama patung mainan animasi miliknya disimpan ruang bilik dirumahnya di Taman Putra Perdana. NSTP/ ZULFADHLI ZULKIFLI. (UNTUK ORANG MUDA-BH)ZULFADHLI ZULKIFLI

BANYAK hobi sudah dicuba seperti bermain golf, badminton dan mengubah suai kereta, namun semuanya tidak bertahan lama.

Ia mungkin tidak serasi dengan jiwanya. Mungkin juga kerana cepat bosan membuatkan semua yang dilakukan itu sekadar separuh jalan.

Namun, tanpa disangka-sangka hatinya tergerak untuk mengumpul pelbagai patung adiwira yang pada mulanya dianggap sebagai mainan untuk kanak-kanak.

Idea untuk mengumpulkan patung figura aksi mulai timbul dan patung Iron Man pertama yang dibeli 10 tahun lalu menjadi pembakar semangat Sheikh Kashbani Zainal.

Hobinya itu juga menyebabkan dia lebih banyak menghabiskan masa di rumah.

"Sejak menemui 'Iron Man' saya rasa lebih selesa habiskan masa di rumah. Hobi baharu mengumpul patung figura dan patung Iron Man nampaknya membantu gaya hidup saya," katanya tersenyum.

PUCHONG 27 JANUARY 2017. Antara koleksi Permainan Animasi, Sheikh Kashbani Zainal yang disimpan ruang bilik dirumahnya di Taman Putra Perdana. NSTP/ ZULFADHLI ZULKIFLI. (UNTUK ORANG MUDA-BH)ZULFADHLI ZULKIFLI

Isteri turut beri sokongan

Kini, ribuan patung figura aksi diletakkan di dalam sebuah bilik khas bagi memudahkan dia menambah dan menyusun koleksinya yang semakin bertambah.

Katanya, koleksi patung aksi keluaran Marvel, DC selain watak adiwira seperti Transformers dan Star Wars itu banyak membantunya mengubah gaya hidup ke arah lebih positif.

"Jika dahulu siang dan malam asyik keluar dan temujanji dengan kawan, hobi ini banyak membantu mengalih perhatian saya.

"Saya lebih banyak duduk di rumah dan menghabiskan masa dengan menyusun koleksi yang ada berbanding keluar dan menghabiskan masa dengan aktiviti tak berfaedah. Mujurlah isteri pun faham dengan hobi saya dan menyokong hobi suaminya mengumpul patung aksi ini," katanya.

PUCHONG 27 JANUARY 2017. Pemgumpul Koleksi Permainan Animasi, Sheikh Kashbani Zainal bersama patung mainan animasi miliknya disimpan ruang bilik dirumahnya di Taman Putra Perdana. NSTP/ ZULFADHLI ZULKIFLI. (UNTUK ORANG MUDA-BH)ZULFADHLI ZULKIFLI
PUCHONG 27 JANUARY 2017. Pemgumpul Koleksi Permainan Animasi, Sheikh Kashbani Zainal bersama patung mainan animasi miliknya disimpan ruang bilik dirumahnya di Taman Putra Perdana. NSTP/ ZULFADHLI ZULKIFLI. (UNTUK ORANG MUDA-BH)ZULFADHLI ZULKIFLI

Menjadi tarikan tetamu

Lebih menarik, koleksi figura aksi miliknya itu bukan hanya untuk tatapan sendiri semata-mata malah sesiapa yang berkunjung ke rumahnya bebas untuk bermain dengan mana-mana karektor yang digemari.

"Ada pengumpul yang akan susun rapi dan tak benarkan sesiapa sentuh bagi mengelakkan ia daripada rosak. Saya pula langsung tak kisah kalau ada kanak-kanak yang datang ke rumah dan bermain dengan patung yang ada.

"Kami sekeluarga selalu buat makan-makan di rumah dan kalau ada saudara mara, mahupun kawan-kawan datang, saya biarkan saja mereka masuk ke bilik dan main segala patung yang ada," katanya.

Tukar beli dengan pengumpul lain

Dia yang bekerja sebagai pengaturcara teknologi maklumat di Cyberjaya berkata, kebanyakan patung dibeli secara atas talian atau membuat deposit tunai (COD) menerusi jualan oleh komuniti di laman Facebook.

"Selalunya saya akan beli Amcorp Mall atau e-Bay terutama membabitkan pembelian figura aksi luar negara. Ada juga penjual yang melakukan urus niaga tunai dan kami akan berjumpa di mana-mana untuk membuat pembelian," katanya.

Dia yang sudah berkahwin dan memiliki seorang anak berkata, ada pengumpul yang akan melakukan tukar beli patung aksi figura yang tidak diingini.

"Kalau saya ada dua model patung sama, saya akan tukarkan satu dengan pengumpul yang lain. Ada juga antara pengumpul yang sudah tak nak simpan koleksi lama dan saya akan tukarkan sekiranya ada persetujuan antara kedua-dua pihak," katanya.

FAKTA NOMBOR

3,000 - Jumlah patung figura dikumpulkan.

RM15 - Harga patung paling murah.

RM1,000 - Harga patung paling mahal pernah dibeli.

Berita Harian X