Jumaat, 17 March 2017 | 12:05am

Operasi khas kesan penjualan ikan karnivor

KUALA LUMPUR: Beberapa spesies ikan dan hidupan air tawar karnivor yang tersenarai dalam 16 genus larangan import dikesan dijual secara terbuka di enam premis menjual ikan hiasan di Sungai Buloh, Shah Alam dan Subang Jaya, semalam.

Antara ikan yang dikesan dijual secara terbuka dalam operasi khas Jabatan Perikanan itu ialah Flower Horn, Arapaima, Silver Dollar (myletes), Aligator Gar dan spesies udang kara, cherax destructor (red claw).

Semua ikan itu disenarai sebagai antara 16 genus ikan larangan import, jualan atau peliharaan kerana terlalu berbahaya kepada ekosistem sungai dan tasik tempatan apabila dikesan mampu memusnahkan keseluruhan hidupan asal jika terlepas masuk ke situ.

BH Plus yang mengikuti operasi yang disertai 30 pegawai dan anggota dari bahagian sumber dan bahagian biosekuriti Jabatan Perikanan mendapati kebanyakan pemilik premis gagal menunjukkan rekod dan dokumentasi penjualan ikan hiasan larangan ketika diminta pasukan penguat kuasa Jabatan Perikanan.

Mereka gagal berbuat demikian kerana tidak membuat dokumentasi lengkap termasuk nama dan alamat pembeli.

Itu berlaku apabila pemilik premis itu sendiri tidak mengetahui ikan itu adalah spesies yang dilarang import, dijual serta disimpan dan mereka menjual bagi memenuhi permintaan pelanggan tanpa menyedari risiko berbuat demikian.

gn4id:19529076

gn4id:19529061

Ketua Operasi Khas Jabatan Perikanan, Mohd Fauzi Salehon, berkata pihaknya masih mengesan penjualan itu walaupun berulang kali membuat hebahan dan nasihat kepada orang ramai.

Beliau yang juga Pegawai Perikanan Kanan Bahagian Perlindungan Sumber jabatan itu, mendedahkan ramai pemilik premis tidak tahu mengenai larangan melakukan penjualan secara terbuka.

Katanya, kebanyakan pemilik premis tidak berpengetahuan tinggi dalam bidang akuakultur dan tidak tahu implikasi terhadap alam sekitar jika ikan berkenaan terlepas ke dalam sungai dan tasik.

"Ini menyebabkan mereka bukan sahaja tidak memohon permit pemilikan, malah menjual pula ikan ini. Mereka membeli ikan ini untuk dijual kerana ada permintaan namun tidak sedar perbuatan itu sebenarnya salah," katanya.

BH Plus sebelum ini membongkar kesan buruk terhadap alam sekitar akibat aktiviti penyeludupan ikan hiasan melalui sempadan negara kerana penjualan beberapa jenis ikan hiasan larangan dijual secara terbuka di seluruh negara.

Mengulas mengenai operasi itu, Mohd Fauzi berkata, pihak jabatan tidak mengenakan sebarang tindakan undang-undang setakat ini namun amaran keras diberikan ke atas mereka yang melakukan penjualan itu.

PEGAWAI Perikanan Kanan, Mohd Fauzi Salehon (kanan), menampal poster ikan hiasan larangan di sebuah premis di Kampung Melayu Subang. - Foto NSTP/Sairien Nafis
PEGAWAI Perikanan Kanan, Mohd Fauzi Salehon (kanan), menampal poster ikan hiasan larangan di sebuah premis di Kampung Melayu Subang. - Foto NSTP/Sairien Nafis

"Hari ini (semalam) kita hanya melakukan pemantauan terlebih dahulu termasuk melakukan hebahan dan program kesedaran di sekitar Lembah Klang.

"Kita akan melakukan operasi ini di seluruh negara sebelum melaksanakan tindakan penguatkuasaan termasuk sita dan pendakwaan jika mereka terus gagal mematuhi peraturan ditetapkan," katanya.

Turut serta dalam operasi itu adalah pasukan perikanan cawangan Selangor, pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

Sementara itu, kebanyakan pemilik akuarium ikan hiasan di sekitar Lembah Klang memberi alasan tidak tahu tidak boleh dijual ketika ditanya mengapa mereka masih mempamer dan menjual ikan hiasan karnivor walaupun dilarang jual mengikut undang-undang negara.

Seorang pemilik kedai hiasan di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, Selangor, Liew Sam Keow, 59, mendakwa dia baru tahu sesetengah ikan tidak boleh dijual dalam pasaran, kurang seminggu lalu.

PENGUATKUASA Jabatan Perikanan ketika melakukan pemeriksaan ikan hiasan larangan di sebuah premis jualan ikan hiasan di Sungai Buloh. - Foto NSTP/Sairien Nafis
PENGUATKUASA Jabatan Perikanan ketika melakukan pemeriksaan ikan hiasan larangan di sebuah premis jualan ikan hiasan di Sungai Buloh. - Foto NSTP/Sairien Nafis

ALEGATOR Gar turut dilarang jualan. - Foto NSTP/Sairien Nafis
ALEGATOR Gar turut dilarang jualan. - Foto NSTP/Sairien Nafis

"Selama 33 tahun saya berniaga, saya tidak tahu ada ikan hiasan yang dilarang untuk dijual. Saya hanya tahu apabila pegawai perikanan datang menunjukkan senarai ikan dilarang. Itu sahaja.

"Beberapa ikan itu memang pernah saya jual tetapi kebanyakannya tidak laku kerana kurang permintaan," katanya yang mengakui baru menjual seekor ikan jenis Flower Horn kepada pelanggan.

Ng, 56, penjaga akuarium di Jalan Sungai Buloh pula mendakwa dia keliru mana satu ikan yang tidak boleh dijual kerana selama ini tidak pernah mendengar larangan itu.

"Saya hanya tahu apabila membaca akhbar mengenai ikan larangan itu tetapi saya tidak tahu adakah boleh menjual dengan permit atau tidak boleh langsung.

"Ada pegawai perikanan yang datang beberapa hari lalu memaklumkan mengenai larangan ini dan kami sudah mengambil langkah proaktif, namun hari ini mereka kata jenis Peacock Bass pun tidak boleh jual dan saya tidak tahu.

IKAN Silver Dollar juga tergolong dalam kategori ikan hiasan larangan. - Foto NSTP/Sairien Nafis
IKAN Silver Dollar juga tergolong dalam kategori ikan hiasan larangan. - Foto NSTP/Sairien Nafis

PEACOCK Bass adalah antara ikan hiasan larangan yang dijual di sebuah premis di Sungai Buloh. - Foto NSTP/Sairien Nafis
PEACOCK Bass adalah antara ikan hiasan larangan yang dijual di sebuah premis di Sungai Buloh. - Foto NSTP/Sairien Nafis

"Ikan larangan yang laku hanya ikan jenis Flower Horn," katanya.

Seorang lagi penjaga ladang akuarium di Jalan Sungai Buloh-Shah Alam yang enggan dikenali mendakwa, ikan dilarang itu memang mendapat permintaan tinggi daripada pelbagai pihak kerana keunikan tersendiri.

"Walaupun tidak ramai yang membeli, tetap ada yang bertanya untuk mendapatkan ikan ini. Itu menyebabkan kami mempamerkan di sini untuk dijual.

"Lagipun kami tidak pernah tahu ia dilarang dijual atau mampu merosakkan ekosistem sungai," katanya.

Dalam operasi itu, selain alasan tidak tahu mengenai spesies ikan larangan, pemilik dan penjaga premis juga dikesan cuba berselindung apabila mendakwa ikan itu bukan daripada spesies larangan.

PENGUATKUASA Jabatan Perikanan memberi penerangan kepada pemilik premis berkenaan ikan hiasan larangan di sebuah premis di Sungai Buloh. - Foto NSTP/Sairien Nafis
PENGUATKUASA Jabatan Perikanan memberi penerangan kepada pemilik premis berkenaan ikan hiasan larangan di sebuah premis di Sungai Buloh. - Foto NSTP/Sairien Nafis

Malah, ada premis yang juga ladang pembiakan ikan sengaja menutup pagar dan mengarahkan pekerjanya pulang untuk mengelakkan premis diperiksa.

Apabila diperiksa, premis itu mempunyai lebih daripada spesies ikan terlarang seperti anak Araipama, Silver Dollar (myletes), anak Aligator Gar dan Cherax Destructor (red claw).

INFO

  • Antara ikan yang dikesan dijual secara terbuka ialah Flower Horn, Arapaima, Silver Dollar (myletes), Aligator Gar dan spesies udang kara, cherax destructor (red claw).

  • Pemilik premis gagal menunjukkan rekod dan dokumentasi penjualan ikan hiasan larangan.

  • Jabatan Perikanan tidak mengenakan sebarang tindakan undang-undang setakat ini.
PENGUATKUASA Jabatan Perikanan membuat pemeriksaan ikan hiasan larangan di sebuah premis jualan ikan hiasan di Sungai Buloh. - Foto NSTP/Sairien Nafis
PENGUATKUASA Jabatan Perikanan membuat pemeriksaan ikan hiasan larangan di sebuah premis jualan ikan hiasan di Sungai Buloh. - Foto NSTP/Sairien Nafis
Arapaima adalah antara ikan hiasan larangan. - Foto NSTP/Sairien Nafis
Arapaima adalah antara ikan hiasan larangan. - Foto NSTP/Sairien Nafis
SATU lagi spesis larangan, udang kara air tawar, 'Cherax sp'. - Foto NSTP/Sairien Nafis
SATU lagi spesis larangan, udang kara air tawar, 'Cherax sp'. - Foto NSTP/Sairien Nafis
UDANG Kara Air Tawar, 'Cherax sp'. - Foto NSTP/Sairien Nafis
UDANG Kara Air Tawar, 'Cherax sp'. - Foto NSTP/Sairien Nafis
ALEGATOR Gar yang dijual di sebuah premis jualan ikan hiasan di Sungai Buloh. - Foto NSTP/Sairien Nafis
ALEGATOR Gar yang dijual di sebuah premis jualan ikan hiasan di Sungai Buloh. - Foto NSTP/Sairien Nafis
Berita Harian X