BERSAMA AHLI PANEL KAMI BERKONGSI KEPAKARAN DAN PANDANGAN MEREKA UNTUK MEMBANTU PKS BANGKIT SEMULA DI FORUM PERNIAGAAN PKS BH 2021 BERMULA HARI INI. KLIK PAUTAN INI

Bersama pakar industri berkongsi pandangan membantu perusahaan kecil dan sederhana bangkit semula

FORUM PERNIAGAAN PKS BH 2021

14 & 15 OKTOBER 2021

Daftar sekarang

FORUM PERNIAGAAN PKS BH 2021

14 dan 15 Oktober 2021
Fiza Sabjahan
Hos
Datin Seri Fazilah Hani Harun
Hos

Aturcara

Hari Pertama - 14 Oktober 2021

11.20 pagi hingga 11.25 pagi

Ucaptama - PKS: Cabaran dikenal pasti, penyelesaian dikongsi

Mahadhir Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)

11.30 pagi hingga 12.30 tengahari

Forum 1 - Survival PKS

Datuk Ameer Ali Mydin, Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO)

Amirhamzah Karim, Naib Presiden & Yang DiPertua, DPMM Negeri Sembilan

Profesor Madya Dr Mohd Yusof Saari, Penganalisis Ekonomi

2.30 petang hingga 3.30 petang

Forum 2 - Mendepani cabaran baharu, dengan pendekatan baharu

Iskandar Dzulkarnain Abd Razak, Ketua Jualan & Pengurusan Akaun Perniagaan, Celcom Axiata Berhad

Zahail Zuslaini, Ketua Penerapan Perniagaan Digital, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)

Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Delivery Ghost Kitchen Sdn Bhd

Hari Kedua - 15 Oktober 2021

9.00 pagi hingga 9.20 pagi

Ucaptama - Sokongan buat PKS

Rizal Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia

9.30 pagi hingga 10.30 pagi

Forum 3 - PKS, Jom Digital

Datuk Madani Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii)

Zaky Moh, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pelaksanaan dan Pembangunan, SME Corp Malaysia

Hazian Saleh, Ketua Pegawai Eksekutif Agarwood Synergy Holding Sdn Bhd

10.45 pagi hingga 11.45 pagi

Forum 4 - Sokong Usahawan Lokal

Reza Razali, Pengasas Terato Tech

Ahmad Azhari Rosli, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif SugarBomb

Mohd Syahryzal Awang Kechik, Pengasas Pepper Cafe

Padzilah Enda Sulaiman, Pengasas Siti Khadijah

2.30 petang hingga 3.30 petang

Forum 5 - Inisiatif Bantu PKS

Farizal Zainudin, Ketua Pegawai Kewangan, Bukit Bintang City Centre (BBCC)

Nurul Ati’qa Hisam, Eksekutif Kanan, Pembangunan Peruncitan, Bukit Bintang City Centre (BBCC)

Muhd Firdaus Azharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Keusahawanan Negara

Aiza Azreen Ahmad, Ketua Pegawai Perniagaan Digital, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)

Mohamad Sukeri Abdullah, Ketua Solusi Perusahaan (M2M/Messaging/BizApps) Celcom Axiata Berhad

Ahli Panel

Ucaptama - PKS: Cabaran dikenal pasti, penyelesaian dikongsi

Mahadhir Aziz

Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)

Ahli Panel Forum 1: Survival PKS

Datuk Ameer Ali Mydin

Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera

Amirhamzah Karim

Naib Presiden & Yang DiPertua, DPMM Negeri Sembilan

Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari

Penganalisis Ekonomi

Ahli Panel Forum 2: Mendepani cabaran baharu, dengan pendekatan baharu

Iskandar Dzulkarnain Abd Razak

Ketua Jualan & Pengurusan Akaun Perniagaan, Celcom Axiata Berhad

Zahail Zuslaini

Ketua Penerapan Perniagaan Digital, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)

Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Delivery Ghost Kitchen Sdn Bhd

Ahli Panel Forum 3: PKS, Jom Digital

Datuk Madani Sahari

Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii)

Zaky Moh

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pelaksanaan dan Pembangunan, SME Corp Malaysia

Hazian Saleh

Ketua Pegawai Eksekutif Agarwood Synergy Holding Sdn Bhd

Ahli Panel Forum 4: Sokong Usahawan Lokal

Reza Razali

Pengasas Terato Tech

Ahmad Azhari Rosli

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif SugarBomb

Mohd Syahryzal Awang Kechik

Pengasas Pepper Cafe

Padzilah Enda Sulaiman

Pengasas Siti Khadijah

Ahli Panel Forum 5: Inisiatif Bantu PKS

Farizal Zainudin

Ketua Pegawai Kewangan, Bukit Bintang City Centre (BBCC)

Nurul Ati’qa Hisam

Eksekutif Kanan, Pembangunan Peruncitan BBCC

Muhd Firdaus Azharuddin

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Keusahawanan Negara

Aiza Azreen Ahmad

Ketua Pegawai Perniagaan Digital Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)

Mohamad Sukeri Abdullah

Ketua Solusi Perusahaan (M2M/Messaging/BizApps) Celcom Axiata Berhad

Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera, Datuk Ameer Ali Mydin

Figura yang amat rapat dengan dunia pemborong dan industri runcit, dengan lebih 90 cawangan pasaraya Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin sudah menumpukan tenaga dan kepakaran untuk ekonomi Malaysia. Seorang tokoh yang lantang dan membuat sumbangan besar kepada pembangunan industri runcit Malaysia, aktif menyokong dan mempromosikan produk tempatan dan PKS meletakkan beliau sebagai aspirasi kepada industri PKS tempatan.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif SugarBomb, Ahmad Azhari Rosli

Industri penghasilan minyak wangi secara umumnya dimonopoli oleh negara-negara barat seperti United Kingdom, Perancis dan Amerika Syarikat. Namun kebangkitan produk wangian tempatan yang diinspirasikan dari minyak wangi jenama-jenama antarabangsa ini sememangnya tidak boleh diketepikan dan cetusan idea beliau membuka mata netizen bahawa tiada perkara yang mustahil untuk seseorang itu berjaya dalam kehidupan dan perniagaan. Produk minyak wangi beliau seperti jenama SugarBomb, menjadi pilihan peminat minyak wangi tempatan. Pemegang Ijazah di dalam Aeronautical Engineering dari University of Bristol kini menjadi keluarga PKS tempatan dan menyumbang kepada ekonomi tempatan negara.

Pengasas Terato Tech, Reza Razali

Aplikasi kitajaga.co mencetuskan rasa ingin tahu siapa pembangunnya. Reza Razali sebagai pengasas sebuah syarikat perisian Terato Tech, akhirnya mendapat perhatian rakyat Malaysia. Keprihatinan beliau dengan konsep bendera putih secara digital ini menyuntik semangat anak-anak muda tempatan terhadap pembangunan aplikasi.

Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Datuk Madani Sahari

Datuk Madani Sahari adalah Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii), atau sebelum ini turut juga dikenali sebagai Institut Automotif Malaysia (MAI). MARii merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

MARii bertindak sebagai agensi pemikir dan pusat penyelarasan bagi memperkasa daya saing industri automotif & mobiliti secara menyeluruh, termasuk sistem pengangkutan pintar & perkhidmatan berkaitan, melalui penerapan teknologi robotik & IoT.

Sejak ianya ditubuhkan pada tahun 2010, MARii komited dalam membantu industri, termasuk perniagaan kecil dan sederhana (PKS) dalam pendigitalan operasi, mempertingkatkan keupayaan kejuruteraan dan kebolehupayaan bekerja melalui operasi berasaskan cloud.

Selain itu, pelbagai platform dan program digitalisasi ditawarkan kepada industri untuk terus kekal dalam mengoptimumkan sumber sedia ada di samping memastikan bahawa tenaga kerja, infrastruktur dan alat kelengkapan mesin berfungsi serta dapat meningkatkan nilai pengeluaran industri.

Nurul Ati’qa Hisam, Eksekutif Kanan, Pembangunan Peruncitan BBCC

Nurul Ati’qa adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Hartanah dari Universiti Malaya.

Beliau memiliki pengalaman luas mengendalikan penyewaan runcit dan pengurusan pusat membeli-belah dan kini bertanggungjawab dalam pengurusan penyewaan runcit untuk Malaysia Grand Bazaar.

Farizal Zainudin, Ketua Pegawai Kewangan, Bukit Bintang City Centre (BBCC)

Farizal adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan dari Universiti Malaya dan ahli Institut Akauntan Malaysia.

Kariernya bermula dengan salah satu daripada empat firma perakaunan terbesar, di mana beliau terbabit dalam memberikan jaminan dan perkhidmatan profesional lain.

Beliau kemudian berkhidmat dengan beberapa syarikat awam dan swasta dalam pelbagai industri termasuk pembangunan harta tanah, kejuruteraan tenaga dan ekuiti swasta. Dia memiliki pengalaman luas dalam hal pengurusan kewangan, pelaburan dan operasi.

Beliau kini adalah Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Bukit Bintang City Centre (BBCC).

Hazian Saleh, Ketua Pegawai Eksekutif Agarwood Synergy Holding Sdn.Bhd (ASHSB)

20 tahun berpengalaman dalam penghasilan produk komersial halal. Komited terus menjalankan inovasi terhadap produk hasilan daripada kayu gaharu, Hazian Saleh yang berlatarbelakangkan graduan Arkitek, kini menerajui Agarwood dalam memanfaatkan esktrak gaharu dalam pembuatan makanan, kosmetik dan minyak wangi Agarwood kini berupaya memenuhi permintaan dari pasaran rantau Timur Tengah, Arab Saudi dan juga pasaran Eropah. Bebas kimia dan selamat, produk Agarwood diyakini dan memberi pulangan pelaburan yang memberangsangkan.

Agarwood juga terpilih dalam Program Galakan Eksport Bumiputera, di bawah SME Corp Malaysia, selain anugerah lain seperti Anugerah Usahawan AgroMuda Kementerian Pertanian 2019.

Ketua Jualan & Pengurusan Akaun Perniagaan, Celcom Axiata Berhad, Iskandar Dzulkarnain Abd Razak

Iskandar merupakan seorang profesional dengan latar belakang pendidikan dalam bidang perakaunan. Beliau terlibat dalam pelbagai portfolio komersil yang tertumpu kepada usaha melonjakan ‘value proposition’ organisasi yang diwakilinya melangkaui asas tradisi dalam menyelesaikan permasalahan kompleks di pasaran.

Beliau berpengalaman selama lebih 25 tahun di dalam pelbagai bidang seperti pemasaran dan jualan, pengurusan produk dan solusi, pengurusan akaun merentasi pelbagai segmen pasaran seperti Korporat, Kerajaan serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Iskandar berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perakaunan dari Universiti Islam Antarabangsa dan merupakan salah seorang dari pengurusan kanan syarikat telekomunikasi Celcom Axiata Berhad yang memegang portfolio Ketua, Bahagian SME sebelum dilantik mengetuai Bahagian, Jualan Enterprise dan Pengurusan Akaun.

Beliau merupakan seorang persona yang dikenali di dalam industri dan mengetuai serta membimbing pasukan jualan khususnya unit PKS untuk mengetengahkan pelbagai produk serta penyelesaian berasaskan digital dan telekomunikasi di pasaran.

Dalam usaha untuk mendepani pasaran telekomunikasi yang amat dinamik dan mencabar, beliau telah sama-sama mengemudi perjalanan unit PKS Celcom Axiata bagi merealisasikan hasrat pendigitalan perniagaan PKS dengan melalui adaptasi pelbagai solusi-solusi digital yang boleh digunapakai sebagai langkah pertama usahawan-usahawan PKS menjalani transformasi digital mereka.

Peranan yang dimainkan oleh beliau dalam konteks PKS begitu menyeluruh merangkumi pelbagai aspek termasuk mengenalpasti dan menetapkan perspektif solusi digital, kajian serta gerak kerja pasaran dan juga strategi bagi penguasaan pasaran PKS.

Ketua Solusi Perusahaan (M2M/Messaging/BizApps) Celcom Axiata Berhad, Mohamad Sukeri Abdullah

Sukeri berasal dari Sekinchan, Selangor. Beliau telah bersama Celcom selama lebih dari 10 tahun dan telah diberikan pelbagai portfolio di dalam dan luar negara.

Beliau adalah lulusan Sains Komputer sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dan kini sedang mengikuti pengajian Doktor Falsafah dalam Pentadbiran Perniagaan.

Beliau ketika ini memegang jawatan sebagai Ketua Solusi Enterprise dengan pengkhususan dalam bidang M2M, Pemesejan dan BizApps. Beliau juga adalah pengarah projek Proton eSIM pertama di Malaysia, membabitkan lebih 70,000 kenderaan siri X70 dan model lain. Beliau juga terbabit dan mengawasi penggunaan Utiliti Metering terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 160,000 rangkaian selular.

Beliau juga menguruskan pelbagai aktiviti pemesejan yang membabitkan MySejahtera, Pasukan Petugas Covid, Infrastruktur Pesanan Selamat untuk bank, produk pemasaran digital untuk syarikat, sektor awam dan PKS. Dan, baru-baru ini mengurus dan melancarkan SME Bundle berpatutan yang mensasarkan PKS dengan produk khas yang disesuaikan untuk melengkapkannya dengan teknologi digital agar produktif dan berkesan semasa dan selepas situasi pandemik.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Delivery Ghost Kitchen Sdn Bhd, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir

Berasal dari Kuantan, Pahang, Dato' Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir adalah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Delivery Ghost Kitchen Sdn Bhd (DGK).

Berkelulusan PhD dari Universiti Edinburgh, United Kingdom dalam bidang Perancangan Strategik, beliau berpengalaman berkhidmat di Sektor Kerajaan dan Swasta di United Kingdom dan Malaysia sebelum menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Antara jawatan yang pernah disandang adalah Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Pegawai Khas Pengerusi MARA dan Pengarah Eksekutif Dale Carnegie Malaysia.

Beliau juga adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Planetmahir Sdn Bhd dan Killiney Kopitiam Malaysia.