Rabu, 26 Julai 2017 | 7:00am
DARI kiri; Pengurus Besar Didi Resouces Sdn Bhd, Juan Chow Wee; Pengurus Produk Dua Roda Piaggio Asia Pasifik, Timothy Soh; Pengurus Jualan Dua Roda Piaggio Asia Pasifik, Neri Miclaus; dan Pengarah Didi Resouces Sdn Bhd, Goh Kian Sin di Pusat 3S Moto Guzzi di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Pusat 3S Moto Guzzi dilancar Ogos

PUSAT 3S (jualan, servis dan alat ganti) Moto Guzzi baharu akan dilancarkan pada bulan depan selepas pelantikan pengedar rasmi jenama itu untuk pasaran Malaysia, Didi Resources Sdn Bhd diumumkan secara rasmi.

Perkara itu disahkan pada Hari bersama Media dan Pelanggan yang berlangsung hujung minggu lalu di Petaling Jaya.

Pada hari penuh bersejarah bagi Moto Guzzi di Malaysia itu, media turut dipertontonkan dengan barisan model baharu 2017 Moto Guzzi.

Komitmen jangka panjang

Pengerusi Didi Resources, Rewi Hamid Bugo, berkata komitmen jangka panjang syarikat itu kepada jenama Moto Guzzi menerusi beberapa pelaburan serta pusat 3S di Gasket Alley di Petaling Jaya yang menawarkan platform gaya hidup merangkumi pusat servis, aksesori, cenderahati dan kafe.

Piaggio Asia Pacific Didi Resources dijangka membawa masuk beberapa model dan varian termasuk V9 Roamer dan Bobber; V7 III Stone, Racer, Special serta Anniversario.

Ia dijangka dijual pada harga jualan termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST) RM66,900.

Jenama lagenda Moto Guzzi dimiliki syarikat induk Piaggio Group; pengeluar kenderaan dua roda terbesar di Eropah dan antara peneraju dunia dalam sektor berkenaan.

Era Moto Guzzi kembali

Bagi penunggang motosikal di seluruh dunia, Moto Guzzi menggambarkan kebanggaan dan tradisi menakjubkan, penyelidikan enjin, gaya Itali dan krom yang bangga apabila menerangi jalan raya.

Pada 15 Mac 1921 di Mandello del Lario, Itali menjadi pemangkin di mana cerita lagenda Moto Guzzi bermula.

Sejak itu, jenama berkenaan meneruskan kesinambungan dalam menghasilkan produk terbaiknya.

Hari ini, Moto Guzzi, yang kaya dengan warisan menjadi antara jenama paling digemari oleh penunggang motosikal di seluruh benua.

Info
Moto Guzzi

  • Dimiliki oleh Piaggio Group
  • Pengeluar motosikal dengan reka bentuk klasik
  • Bermula pada 1921 di Mandello del Lario
Berita Harian X