Jumaat, 29 September 2017 | 11:10am
MOHD Fadly memenangi motosikal RXZ 135 enjin berkembar menerusi cabutan bertuah Art of Speed Malaysia yang ke-6 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pemenang bertuah Art of Speed Malaysia

MOHD Fadly bin Mohd Zerain menjadi pemenang bertuah sempena cabutan bertuah Art of Speed Malaysia dan berjaya membawa pulang motosikal RXZ 135 enjin berkembar yang dibina oleh FNG Works dan diperkemaskan oleh Beautiful Machines.

Motosikal RXZ yang dinamakan The Twinboss itu mempunyai kerangka dibuat khas dengan tayar hadapan 18 inci dan tayar belakang 17 inci.

Selain itu Art of Speed akan mengadakan jelajah yang dipanggil Gasolina Tour 2017, yang diadakan secara bersendirian dan menyokong penganjur tempatan untuk mencipta kandungan berkualiti untuk acara komuniti mereka sendiri.

Perhentian pertama jelajah adalah di Port Dickson untuk PD Bike Fest pada 9 September dan kemudian Kelantan untuk acara kerjasama Speed Demon bersempena acara Rugged Rachun Ride yang dianjurkan oleh Rachun MC di Pantai Irama, Bachok pada 16 dan 17 September 2017.

Art of Speed Racing Division juga akan bersaing dalam perlumbaan motosikal selain akan memilih anugerah AOS2018 VIP GUEST (AOS PICK) di kedua-dua acara tersebut.

Jelajah kemudian menuju ke Johor untuk membantu Leftee Works untuk menjadi tuan rumah acara kebajikan global iaitu Distinguished Gentlemen's Ride pada 24 September.

"Pada November kami akan berada di Puteri Harbour di Johor dalam festival tahunan Festival Iskarnival IP Kool. Pengunjung boleh menghadiri acara Art Of Speed Johor kali kelima yang lebih besar dan lebih baik dengan acara hebat untuk pengunjung dan peminat kereta dan motosikal.

"Festival itu akan berlangsung selama tiga hari pada 24, 25 dan 26 November," katanya dalam satu kenyataan.

Berita Harian X