Jumaat, 8 Disember 2017 | 11:15am
Model Myvi Serba Baru. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

Tempahan PERODUA Myvi lebih 20,000

RAWANG: Tempahan PERODUA Myvi serba baharu mencecah lebih 20,000 unit dalam tempoh sebulan sejak dibuka, dengan 4,500 unit sudah diserahkan kepada pembeli.

"Tumpuan sekarang ialah memastikan penghantaran PERODUA Myvi serba baharu itu dilakukan dalam jangka waktunya. Kami berterima kasih kepada orang ramai kerana memilih Myvi sebagai kereta pilihan," kata Pengarah Urusan PERODUA Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin dalam satu kenyataan hari ini.

Model Myvi Serba Baru. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
Model Myvi Serba Baru. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

Model Myvi Serba Baru. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
Model Myvi Serba Baru. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

Zahari berkata, model PERODUA lain juga menerima permintaan baik, khususnya dengan penawaran menarik.

Bagi Disember, PERODUA membuat tawaran eksklusif bagi Axia, Bezza dan Alza bagi varian terpilih dengan rebat sehingga RM2,000.

PERODUA juga menggalakkan pelanggan menyertai kempen 'Jom Singgah' untuk ke bilik pameran dan pusat servis PERODUA dan menyertai pelbagai acara, promosi dan tawaran menarik.

Model Myvi Serba Baru. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
Model Myvi Serba Baru. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

Model Myvi Serba Baru. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
Model Myvi Serba Baru. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

Kempen bermula dari 8 Disember hingga 10 Disember.

PERODUA menjual 184,707 unit kenderaan dalam tempoh 11 bulan pertama 2017, melonjak 1.2 peratus daripada 182,485 unit dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

PERODUA mempunyai 181 pusat jualan dan 214 pusat servis di seluruh negara.

Model Myvi Serba Baru. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
Model Myvi Serba Baru. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

Model Myvi Serba Baru. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
Model Myvi Serba Baru. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

Berita Harian X