Khamis, 26 April 2018 | 2:35pm

PERODUA perkenal Bezza GXtra

SERDANG: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) hari ini memperkenalkan varian terbaharu model Bezza iaitu Bezza GXtra yang akan menggantikan varian 1.0 Standard G.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh, berkata varian baharu itu ditawarkan pada harga RM35,000 untuk manual manakala RM37,500 untuk automatik dan kini ia sudah dibuka untuk tempahan.

"Bezza baharu ini didatangkan skirt sisi serta pemegang pintu luar krom, dan kini boleh didapati dalam warna Ocean Blue yang mana sebelum ini ia hanya ditawarkan pada varian 1.3L.

"Di bahagian dalam, papan pemukan dan panel audio dihiasi kemasan 'piano black', manakala corong udara, sayap stering serta tapak gear dihiasi trim bewarna terang sekali gus menghasilkan suasana yang lebih unggul.

"Selain itu, ia juga dilengkapi Bluetooh pada sistem audio," katanya pada majlis perasmian Perodua Bezza GXtra sempena Malaysia Autoshow 2018 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), hari ini.

Pelancaran Bezza GXtra itu dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


PERODUA Bezza GXtra di Malaysia Autoshow 2018 di MAEPS Serdang. - Foto Asyraf Hamzah


PERODUA Bezza GXtra di Malaysia Autoshow 2018 di MAEPS Serdang. - Foto Asyraf Hamzah

Turut hadir ialah Pengerusi PERODUA, Tan Sri Asmat Kamaludin.

Aminar Rashid berkata, sejak pelancaran model Bezza pada pertengahan 2016, ia menjadi sedan paling laris di negara dengan hampir 100,000 unit dijual sehingga kini.

"Bezza menjadi pilihan orang ramai khususnya kalangan keluarga kecil di Malaysia kerana kebolehpercayaannya, kos pemilikan yang rendah, pemanduan mudah dan ruang yang luas.

"Bezza GXtra mewakili langkah seterusnya dalam jangka hayat model ini. Dengan menyediakan spesifikasi trim yang setanding dengan Bezza 1.3 Premium X, kami memberikan lebih banyak nilai kepada pelanggan berbanding sebelumnya," katanya.

Bezza GXtra dikuasakan enjin 1.0 liter 1KR-VE dengan VVT-i dengan pilihan transmisi manual lima kelajuan atau automatik empat kelajuan E-AT.

Penggunaan bahan api cekap diteruskan daripada varian terdahulu, iaitu 22.8 kilometer seliter (km/l) bagi varian manual manakala 21.3km/l untuk automatik.

7197 dibaca
DATUK Seri Najib Razak melancarkan kereta Perodua Bezaa GXTtra di Malaysia Autoshow 2018 di MAEPS Serdang. - Foto Syarafiq Abd Samad
PERODUA Bezza GXtra di Malaysia Autoshow 2018 di MAEPS Serdang. - Foto Asyraf Hamzah
PERODUA Bezza GXtra di Malaysia Autoshow 2018 di MAEPS Serdang. - Foto Asyraf Hamzah
PERODUA Bezza GXtra di Malaysia Autoshow 2018 di MAEPS Serdang. - Foto Asyraf Hamzah
PERODUA Bezza GXtra di Malaysia Autoshow 2018 di MAEPS Serdang. - Foto Asyraf Hamzah
Berita Harian X