Isnin, 16 Julai 2018 | 5:11pm
ZAHARI Husin (kiri) menerima pensijilan daripada Mohd Azanuddin sambil diperhatikan oleh Aminar pada majlis penyampaian sijil di Ibu Pejabat PERODUA di Sungai Choh, baru-baru ini.
ZAHARI Husin (kiri) menerima pensijilan daripada Mohd Azanuddin sambil diperhatikan oleh Aminar pada majlis penyampaian sijil di Ibu Pejabat PERODUA di Sungai Choh, baru-baru ini.

PERODUA terima ISO 9001, 14001

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) dan anak syarikat sepenuhnya PERODUA Sales Sdn Bhd diperakui secara rasmi oleh SIRIM dengan versi terkini 2015 ISO (International Organisation for Standardisation) piawaian 9001 dan 14001.

Persijilan itu adalah untuk menekankan komitmen syarikat terhadap kepuasan pelanggan dan tanggungjawab kepada alam sekitar.

Untuk mendapatkan pensijilan ISO 9001, sesebuah organisasi harus mematuhi piawaian kualiti terbaik di dalam proses kerja mereka, bertujuan meningkatkan kepuasan pelanggan dalam setiap aspek, manakala itu, ISO 14001 pula lebih menumpukan kepada piawaian alam sekitar.

Pengiktirafan bermakna

"Pengiktirafan ISO daripada SIRIM ini amat bermakna buat PERODUA kerana ia mengukuhkan visi kami untuk menjadi syarikat yang kompetitif di rantau ini dan membuktikan usaha kami dalam melaksanakan Kaizen atau penambahbaikan secara berterusan," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh pada majlis penyampaian sijil di Ibu Pejabat PERODUA di Sungai Choh, baru-baru ini.

Yang turut hadir ialah Pengarah Urusan SIRIM QAS International Sdn Bhd, Mohd Azanuddin Salleh dan Pengarah Urusan PERODUA Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin.

PERODUA mula melaksanakan piawaian ISO pada 1998. ISO 9001 diperluaskan ke cawangan jualan dan pusat servis PERODUA secara berperingkat sejak 2005, bagi menyeragamkan pengalaman pelanggan (Customer Experience) di seluruh negara.

Kini, semua cawangan PERODUA diperakui ISO.

Berita Harian X