Isnin, 16 Julai 2018 | 5:19pm
BMW 530e Sport sedan eksekutif paling inovatif.

Keunggulan 5 Series

BMW 530e Sport menjadi model BMW iPerformance kelima yang diperkenalkan di Malaysia, sekali gus mengukuhkan lagi kepakaran BMW dalam Teknologi Plug-in Hybrid.

Pengenalan BMW 5 Series Hybrid dengan Teknologi eDrive buat julung kalinya menawarkan inovasi baharu yang diambil daripada Mobiliti masa depan - BMW i.

BMW 530e Sport serba baharu menjadi satu penambahan penting ke dalam portfolio iPerformance BMW Group Malaysia.

Ia menjadi model paling inovatif dalam kelasnya menerusi penawaran pelbagai sistem bantuan pemandu dalam semua mod, termasuk eDrive.

Sedan perniagaan premium ini menawarkan pengalaman pemanduan dinamik yang sememangnya sinonim dengan jenama BMW, bersama kecekapan luar biasa dan praktikaliti bagi pemanduan harian.

Dimulakan dengan ciri yang menjadi signaturnya, corong udara gril kidney direka agar lebih aerodinamik, serta boleh dibuka dan ditutup mengikut keadaan.

BMW 530e hadir dalam varian Sport Line yang dipasang dengan lampu LED bersama ciri lampu tinggi dan rendah, lampu sisi dan lampu nyalaan siang yang melengkapkan lagi penampilan bampar hadapan berwarna hitam berkilat.

Lencana '530e' menjadi ciri paling jelas untuk varian plug-in hybrid, manakala logo i yang dilekatkan pada bahagian atas corong udara dan logo eDrive pada Tiang C menunjukkan bahawa sedan perniagaan premium ini menerima kepakaran teknologi daripada sub jenama BMW i.

Serba-serbi mudah

Bagi memberi lebih kemudahan, BMW 530e Sport serba baharu dilengkapi ciri Comfort Access - membolehkan pemilik mengakses tanpa perlu mencari kunci kereta.

Daripada membuka pintu dan menghidupkan enjin, BMW 530e Sport serba baharu direka untuk peka dengan alat pengesan unik pada kunci, seterusnya berhubung dengan sistem dalaman kereta dan tiada dua kunci yang serupa.

BMW 530e Sport juga memberi kemudahan kepada pemilik dalam bentuk operasi but yang tidak memerlukan sebarang sentuhan.

Penampilan sporty sedan perniagaan premium baharu varian eDrive ini diserlahkan dengan paip ekzos berkembar pada bahagian kiri dan kanan.

Ia dipasang dengan rim aloi ringan 19 inci V-Spoke, BMW 530e Sport membayangkan pengalaman pemanduan yang lincah.

Interaksi dinamik, lebih kuasa

BMW 530e Sport dikuasakan oleh enjin petrol empat silinder sebaris BMW TwinPower Turbo bersesaran 2.0 liter yang mampu menjana kuasa sehingga 184 kuasa kuda (hp) dan tork 320Nm.

Digabungkan dengan motor elektrik daripada sistem BMW eDrive yang canggih, BMW 530e Sport menawarkan kuasa keseluruhan 252 hp dan tork 420Nm, sekali gus membolehkan kereta ini memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa hanya 6.2 saat.

Dengan kelajuan maksimum 235km/j, BMW 530e Sport nyata mendahului segmennya apabila cuma menggunakan bahan api sekitar 2.0l/100km dan emisi CO2 yang rendah, iaitu 46g/km.

Pemanduan elektrik ini menawarkan kecekapan terbaik melalui gabungan motor elektrik, bateri lithium-ion berprestasi tinggi dan pengurusan tenaga yang pintar.

BMW 530e Sport menawarkan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 48km dengan pecutan maksimum mencecah 140km/j, terbaik dalam kelasnya.

Mod mengikut kesesuaian

Sistem eDrive boleh diubahsuai dengan lebih tepat berdasarkan kepada perjalanan melalui tiga mod pemanduan yang inovatif, iaitu AUTO eDrive, MAX eDrive dan BATTERY CONTROL.

Dari segi pilihan mengecas pula, BMW 530e Sport boleh dicaj di rumah menggunakan soket biasa, manakala BMW iWallbox menjadi penyelesaian terbaik untuk mengurangkan tempoh mengecas kepada hanya sekitar tiga jam.

Untuk proses mengecas yang lebih pantas, BMW i AC Fast Charging Cable yang juga sesuai untuk pengecas awam mampu mencapai kelajuan mengecas tiga kali lebih laju berbanding kabel caj standard.

Palam standard ini memastikan pemilik boleh menyambungkan kereta mereka dengan mana-mana stesen pengecas awam.

Kabel pengecasan pantas didatangkan dengan pendaftaran ChargeNow Card secara dalam talian.

Pemanduan hebat

Panel sisi dengan perkataan eDrive yang dinyalakan menyambut anda apabila pintu dibuka. Rekaan ruang dalaman menyerlahkan rasa elegan dan sporty melalui kemasan hitam berkilat, manakala lampu ambien membuatkannya lebih premium.

Stereng kulit BMW Sport dan sistem bunyi HiFi (12 unit pembesar suara) dipasang secara eksklusif pada BMW 530e Sport.

Selain ciri Lane Change Warning dan Blind Spot Monitor, BMW 530e Sport serba baharu juga dipasang sistem bantuan pemanduan yang ekstensif seperti Peredam Dinamik dengan Mode ADAPTIVE.

Mod ADAPTIVE adalah sistem keempat dalam Driving Experience Control yang menawarkan mod pemanduan COMFORT, SPORT dan ECO PRO.

Mod ini berfungsi bersama ciri Dynamic Damper Control (DDC) dan Navigation System Professional di mana sistem stereng, DDC dan Steptronic akan mengadaptasi gaya pemanduan semasa serta jalan raya secara automatik.

Sebagai tambahan, Park Assist ialah satu sistem bantuan memandu intuitif yang memudahkan urusan memarkir kenderaan secara selari dan mengundur.

Dilengkapi BMW ConnectedDrive

BMW 530e Sport juga dilengkapi ciri-ciri BMW ConnectedDrive, satu konsep digital yang direka untuk membantu mobiliti peribadi, mengintegrasikan kenderaan ke dalam kehidupan digital pengguna menerusi pelbagai titik sentuhan.

Paparan multi-fungsi itu direka khas untuk kluster instrumen di hadapan pemandu dan skrin maklumat di bahagian tengah.

Arahan ke atas sedan eksekutif plug-in hybrid premium baharu ini boleh dilakukan melalui aplikasi BMW Connected.

Ia membolehkan anda untuk bukan sahaja memantau prestasi kereta, malah menentukan atmosfera ruang dalaman kereta. Menerusi aplikasi BMW Connected, pemandu boleh memastikan keselesaan kabin dengan mengawal fungsi pendingin hawa melalui telefon pintar.

BMW 5 Series Hybrid dengan Teknologi eDrive Technology yang pertama kali diperkenalkan ini hadir dalam warna kelabu (Bluestone Metallic), biru (Mediterranean Blue), putih (Alpine White) dan hitam (Black Sapphire).

Kemasan kulit berwarna hitam sesuai dipadankan dengan semua warna luaran tersebut. Kemasan kulit berwarna coklat (Dakota Cognac) sesuai untuk warna hitam (Black Sapphire), kelabu (Bluestone Metallic) atau putih (Alpine White).

INFO
BMW 530e Sport

  • Enjin BMW TwinPower Turbo bersesaran 2.0 liter
  • 184hp dan tork 320Nm
  • Kelajuan maksimum 235km/j
  • Penggunaan bahan api 2.0l/100km dan emisi CO2 46g/km
Berita Harian X