Jumaat, 27 Julai 2018 | 3:13pm
MODEL ISUZU D- MAX X Series pada majlis pelancaran di Setia Alam. - Foto Sairen Nafis
ISUZU D- MAX X Series. - Foto Sairen Nafis

Isuzu D-Max X-Series edisi terhad diperkenalkan

SHAH ALAM: Isuzu Malaysia Sdn Bhd pengedar, pengimport dan pemasang kenderaan Isuzu di negara ini menyasar jualan sebanyak 5,500 unit untuk trak pikap dan kenderaan utiliti sukan (SUV) mereka tahun ini.

Ketua Pegawai Operasi bagi Kenderaan Komersial Ringannya, Masayuki Suzuki, berkata sejak pelaksanaan sifar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) Jun lalu jualan mereka meningkat tiga kali ganda dan yakin kekal sehingga bulan hadapan.

"Situasi ini dilihat positif untuk industri automotif di Malaysia dan ia akan dapat mengimbangi unit jualan kami sehingga hujung tahun ketika cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mula dilaksanakan pada September nanti," katanya pada pelancaran trak pikap D-Max baru di sini, hari ini.

Trak pikap edisi terhad Isuzu D-Max X-Series diperkenalkan dengan konsep Urban Sports, diberi peningkatan pada bahagian luaran dan dalaman tampil lebih menarik yang disasarkan untuk golongan pembeli lebih muda.

Ia kini didatangkan dengan gril rekaan baru, skirting depan dwi tona sentuhan warna merah pada bahagian belakang skirting dan aero sport bars yang menyerlahkan gaya metropolitan.

Bagi membezakan dengan varian lain, ia dihiasi pelekat jalur sporty pada bonet dan pintu kargo belakang serta model ini dipadankan dengan rim aloi 18 inci.


ENJIN ISUZU D- MAX X Series. - Foto Sairen Nafis

Ruang dalaman D-Max X-Series juga didatangkan dengan ciri keselesaan dan teknologi terkini dilengkapi Monitor Pemandangan Sekitar (AVM) 360 darjah, tag elektronik binaan dalam serta tempat duduk kulit jahitan merah berbentuk sarang lebah.

Untuk pasaran Malaysia D-Max X-Series dikeluarkan sebanyak 210 unit saja bagi enjin 2.5L (90 unit) dan 3.0L (210 unit) dijual masing-masing pada harga RM118,000 dan RM124,000 (atas jalan tanpa insurans) dengan dua pilihan warna iaitu putih dan hitam.

Berita Harian X