Isnin, 22 Oktober 2018 | 9:10am
UD Trucks meraikan pencapaian 15,000 unit Quester. - Foto NSTP
UD Trucks meraikan pencapaian 15,000 unit Quester. - Foto NSTP

UD Trucks rai pencapaian 15,000 unit Quester

UD Trucks baru-baru ini meraikan pencapaian pengeluaran 15,000 unit Quester, sekali gus mencerminkan komitmen 'melangkah lebih jauh' kepada pelanggan dan pasaran serantau.

Presiden Volvo Group Trucks Asia dan Jualan JV, Jacques Michel, berkata Quester mula diperkenalkan di pasaran Thailand pada 2013 sebagai langkah UD Trucks ke pasaran yang kian membangun dengan Thailand sebagai hab pengeluaran serantau untuk Asia Tenggara dan seluruh dunia.

Katanya, Quester menandakan generasi pertama untuk UD Trucks yang dibangunkan khas untuk pengangkutan tugas berat.

Permintaan dijangka meningkat

"Dengan jumlah perdagangan Asia Tenggara dijangka meningkat sebanyak 130 peratus pada 2023 terutama dengan pembangunan komuniti ekonomi ASEAN, permintaan terhadap pengangkutan darat tempatan dan rentas sempadan dijangka akan turut meningkat.

"Sepanjang 40 tahun lalu, Volvo Group sudah melabur sebanyak dua bilion baht dengan sasaran untuk mengembangkan kilang UD Trucks di Bangkok kepada 20,000 unit setiap tahun," katanya.

Katanya, selepas menjadi kilang pemasangan sepenuhnya yang pertama di luar Jepun, keupayaannya menghasilkan 15,000 unit Quester adalah sejajar dengan visi syarikat dalam menyokong pasaran antarabangsa dan menjadikan Asia Tenggara sebagai rantau ekonomi yang berdaya saing.

Dijamin ketahanan tinggi, cekap bahan api

"Dihasilkan untuk memenuhi keperluan pelanggan, Quester adalah trak yang diuji untuk menyokong pelanggan dan perniagaan mereka dengan ketahanan tinggi, boleh dipercayai serta cekap bahan api.

"Digabungkan dengan teknologi terkini dari Volvo Group dan pembuatan kualiti tinggi UD Trucks Jepun, enjin Quetser GH8E dan dan GH11E menjamin kecekapan bahan api di samping mengekalkan prestasi tinggi.

Setiap Quester menggunakan UD Telematics Services yang menghubungkannya kepada bengkel UD Trucks untuk memantau dan mengesan keadaan kenderaan serta keperluan menyelenggara sebelum ditimpa sebarang insiden kecemasan.

Selain itu, UD Trucks juga menawarkan UD Extra Mile Support, perkhidmatan selepas jualan seperti perancangan servis, alat ganti tulen dan latihan penyerahan kenderaan untuk mengoptimum prestasinya.

Bagi mengekalkan komitmen untuk menambah nilai kepada ekonomi dan logistik global, UD Trucks turut menangani masalah jurang kemahiran dengan menambah baik kepakaran tempatan menerusi perkongsian ilmu dan mewujudkan peluang pekerjaan di pasaran berkenaan.

INFO

  • 20,000 UNIT kilang UD Trucks di Bangkok setiap tahun.
  • 15,000 UNIT pemasangan sepenuhnya yang pertama di luar Jepun.
  • Kabinet Malaysia 2020

    Berita Harian X