Khamis, 20 Jun 2019 | 4:34pm
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamarudin Jaffar (kanan) diberi penerangan oleh Pengarah Urusan Man Truck & Bus Sen Bud, Richard Frenz berkaitan truck selepas merasmikan Ekspo Kenderaan Komersial Malaysia (MCVE) di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa MINES hari ini. - Foto BERNAMA
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamarudin Jaffar (kanan) diberi penerangan oleh Pengarah Urusan Man Truck & Bus Sen Bud, Richard Frenz berkaitan truck selepas merasmikan Ekspo Kenderaan Komersial Malaysia (MCVE) di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa MINES hari ini. - Foto BERNAMA

Lebih 70 jenama sertai MCVE

[email protected]

SERDANG: Peserta industri pengangkutan dan trak perlu memanfaatkan pembangunan infrastruktur negara dengan menawarkan produk yang memenuhi keperluan pasaran serta lebih cekap dan mampan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar, berkata industri terbabit telah melalui perubahan dan peserta industri perlu peka terhadap perkembangan yang berlaku dalam sektor berkenaan.

“Ekspo Kenderaan Komersial Malaysia (MCVE) menyediakan platform kepada semua peserta industri untuk berkongsi dan dan menawarkan penyelesaian pengangkutan yang selamat, cekap dan mampan kepada negara,” katanya kepada media selepas merasmikan MCVE 2019 di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Duta Sweden ke Malaysia, Dag Juhlin-Dannfelt dan penganjur MCVE 2019, Stefan Pertz.

Pameran edisi keempat yang berlangsung di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa MINES (MIECC) memberi penekanan kepada penyelesaian pengangkutan masa depan dan industri kenderaan komersial.

Sebahagian pelawat melihat trak yang dipamerkan sempena Ekspo Kenderaan Komersial Malaysia (MCVE) di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa MINES hari ini.
 - Foto BERNAMA
Sebahagian pelawat melihat trak yang dipamerkan sempena Ekspo Kenderaan Komersial Malaysia (MCVE) di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa MINES hari ini.
 - Foto BERNAMA

Lebih 70 jenama terkemuka dalam industri jentera berat menyertai pameran terbesar Asia Tenggara khusus untuk kenderaan komersial itu.

MCVE 2019 disertai oleh beberapa jenama terkemuka termasuk Scania, Volvo Trucks, UD Trucks, MAN, HINO dan Daihatsu.

Pameran itu mula dianjurkan pada 2013 dan pada edisi ketiga pada 2017 disertai lebih 64 pempamer dan dikunjungi lebih 6,700 pengunjung.

Berlangsung selama tiga hari bermula hari ini, MCVE dijangka dihadiri lebih 8,000 pengunjung terdiri daripada delegasi tempatan dan asing.

Sementara itu, Pertz yang juga Editor Majalah Asian Trucker dan Asian Buses berkata, MCVE mengetengahkan teknologi terkini dalam trak komersial sekali gus menjadi penyelesain baharu kepada industri.

“Kami bercadang untuk menganjurkan MCVE edisi kelima pada Mei atau Jun 2021 dengan sasaran ruang pameran lebih besar bagi membolehkan lebih banyak penyelesain dipamerkan kepada pengunjung,” katanya.

Selain pameran, MCVE 2019 turut mengetangahkan seminar oleh Volvo Trucks yang mana turut disertai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Persatuan Hauliers Malaysia (AMH) sebagai ahli panel.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X