Jumaat, 28 Jun 2019 | 3:26pm
REWI Hamid Bugo (tengah), Pengarah Urusan, Didi Resources Sdn Bhd, Goh Kian Sin (tiga, kanan), dan Pengurus Besar, Didi Resources Sdn Bhd, Juan Chow Wee (dua, kanan), ketika majlis pengenalan Moto Guzzi V85TT di Rimba Valley Motor Campsite, Janda Baik. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

Moto Guzzi V85TT pilihan penunggang setiap lapisan usia

KUALA LUMPUR: Didi Resources Sdn Bhd (Didi Resources), pengimport dan pengedar rasmi baharu motosikal jenama Motto Guzzi di Malaysia melancarkan model Classic Enduro pertamanya, V85TT.

Pengerusi Didi Resources, Rewi Hamid Bugo, berkata model terbaru itu bakal mengimbangi gaya klasik dengan teknologi terkini.

Beliau berkata, seiring dengan falsafah Moto Guzzi, V85TT mencerminkan kesederhanaan, kepraktisan dan teknologi antara jentera dan penunggang.

“Di Malaysia kita mempunyai rangkaian hubungan yang luas dan V85TT sesuai dengan rasa dan permintaan penunggang yang ingin perjalanan jarak jauh.

“Kami percaya dengan penampilan klasik yang baru ini akan menjadi pilihan penunggang setiap lapisan usia,” katanya selepas melancarkan model terbaharunya itu hari ini.

Moto Guzzi V85TT bakal dijual pada harga RM87,888 bagi varian V85TT manakala RM89,888 bagi varian V85 TT with Evocative Graphics.


MOTO Guzzi V85TT. - Foto Moto Guzzi V85TT

V85TT turut memperkenalkan enjin baru dengan enjin berkembar OHV dan dua injap silinder dengan pendingin udara, suntikan bahan bakar dengan kapasiti 853 cc.

Ia mampu menyampaikan kuasa maksimum 80 HP, serta nilai tork maksimum yang mengagumkan dari 80 Nm pada 5,000 rpm, dengan 90 peratus tork sedia ada pada 3,750 rpm, selaras dengan tradisi kembar Mandello, yang sentiasa menawarkan pemanduan yang sangat baik walaupun pada tahap yang sangat rendah.

Ini adalah enjin blok kecil Moto Guzzi pertama yang boleh mencapai 8000 rpm dengan mudah, satu aspek yang mempamerkan sifatnya yang moden.

Berita Harian X