Khamis, 4 Julai 2019 | 6:46pm
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar bersama Dag Juhlin-Dannfelt dan Mitch Peden pada majlis Ekspo Kenderaan Komersial Malaysia (MCVE) di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MIECC). - NSTP/Mohd Yusni Ariffin
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar bersama Dag Juhlin-Dannfelt dan Mitch Peden pada majlis Ekspo Kenderaan Komersial Malaysia (MCVE) di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MIECC). - NSTP/Mohd Yusni Ariffin

Volvo Trucks tampil dengan Uptime Promise

Volvo Trucks Malaysia (Volvo Trucks) meningkatkan penanda aras dari segi perkhidmatan pelanggan dengan memperkenalkan Uptime Promise, perkhidmatan tambahan baharu dalam Gold Service Agreement bagi memberi sokongan selepas jualan.

Uptime Promise ialah satu ciri unik yang menawarkan pampasan kewangan kepada pelanggan jika trak mereka mengalami kerosakan melepasi tempoh yang dijanjikan oleh Volvo Trucks untuk kembali berada di atas jalan raya.

Program yang berorientasikan kepada pelanggan ini adalah yang pertama seumpamanya ditawarkan di pasaran.

Uptime Promise direka untuk memberi perlindungan tambahan kepada pelanggan ke atas tempoh trak tersadai di bengkel.

Ia ditawarkan sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan tahap kepuasan pelanggan yang berterusan oleh Volvo Trucks.

Bukan sekadar pampasan kewangan kerana trak tidak dapat beroperasi, Uptime Promise turut menawarkan pelbagai manfaat termasuklah pembaikan yang selamat dan boleh dipercayai oleh juruteknik Volvo yang berkemahiran tinggi, mengurangkan pembaziran masa dan pendapatan, serta memaksimumkan tempoh operasi trak.

Meminimumkan risiko kerosakan

Pengarah Urusan Volvo Trucks, Mitch Peden berkata, keutamaan syarikat adalah untuk meminimumkan risiko kerosakan.

“Sekiranya berlaku kerosakan, trak perlu kembali ke atas jalan raya secepat mungkin. Menerusi Gold Service Agreement dan Uptime Promise kami, pelanggan kini boleh memaksimumkan tempoh operasi untuk memandu, meningkatkan kecekapan penyelenggaraan dan melindungi trak dengan pelan perlindungan yang diubah suai mengikut keperluan perniagaan mereka,” katanya.

Pelanggan yang melanggan Volvo Trucks Gold Service Agreement kini layak untuk menikmati manfaat Uptime Promise secara automatik.

Mereka akan menerima pampasan sebanyak RM300 sehari untuk sebarang kerosakan melebihi 12 jam bermula dari panggilan ke hotline Pusat Khidmat Pelanggan Volvo dibuat untuk mendapatkan sokongan Volvo Action Service, tertakluk kepada terma dan syarat.

“Volvo Trucks berbesar hati untuk menjadi jenama trak pertama di Malaysia yang memperkenalkan faedah pampasan ini kepada pelanggan.

“Tempoh beroperasi adalah satu parameter penting dalam memacu kepuasan pelanggan kerana kerosakan yang tidak dijangka boleh menjejaskan keuntungan perniagaan. Kami yakin dengan perkhidmatan tambahan yang baru ini, kami dapat membalas kepercayaan dan sokongan mereka,” katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X