Isnin, 29 Julai 2019 | 9:14pm
VOLKSWAGEN Arteon

Pra tempahan Volkswagen Arteon dibuka

KUALA LUMPUR: Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini mula menerima pra-tempahan untuk Volkswagen Arteon serba baharu.

Arteon R-Line yang diimport sepenuhnya itu dijangka ditawarkan pada harga di antara RM290,000 dan RM310,000 apabila dilancarkan dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Menampilkan rekaan yang mengagumkan apabila dilihat dari semua sudut, fastback 5-pintu itu menjadi model utama Volkswagen dan menawarkan reka bentuk avant-garde bersama pengendalian dinamik.

Namanya menjadi cerminan sebenar penampilannya dengan ‘Art’ menerangkan tentang garis badan sebuah fastback yang harmoni dan beremosi.

Manakala ‘eon’ pula menyerlahkannya sebagai sebuah model premium Volkswagen.

Arteon dipilih sebagai pemenang “2017 Golden Steering Wheel”, salah satu anugerah automotif paling berprestij di Eropah.

Dibina untuk kelajuan, Arteon dikuasakan oleh enjin turbo a 2.0L TSI yang dipadankan bersama kotak gear basah direct shift gearbox (DSG) 7-kelajuan.

Kuasa mencecah 280PS dan tork 350Nm yang boleh dicapai di antara 5,100 hingga 6,500rpm itu disalurkan ke roda menerusi sistem pacuan semua roda 4MOTION.

Dilengkapi Paparan Info Aktif dengan paparan transistor warna filem nipis (TFT), tetapan baru membolehkan ubah suai dan paparan peta sepenuhnya dibuat.

Sistem infotaimen Discover Pro baharu yang terdiri daripada skrin bersaiz 9.2 inci pula hadir dengan ciri kawalan gestur dan Ketersambungan Aplikasi tanpa Wayar (CarPlay, Android Auto dan MirrorLink).

Untuk memberi lebih kemudahan, kamera 360-darjah yang baru membolehkan pemandu melihat kawasan di sekeliling kenderaan menerusi empat unit kamera bersepadu.

Arteon hadir dengan pakej gayaan dalaman dan luaran R-Line.

Ia didatangkan dalam lapan warna pilihan iaitu kelabu (Manganese Grey), hitam (Deep Black), perak (Reflex Silver), merah (Romance Red), kelabu (Urano Grey), kuning (Turmeric Yellow), putih mutiara (Oryx White Pearl) dan perak (Pyrite Silver).

Info: Penampilan awal Arteon serba baharu:

* Volkswagen Juru Penang 27 – 28 Julai

* Volkswagen Kuantan Kuantan 3 – 4 Ogos

* Volkswagen Tebrau Johor 9 – 10 Ogos

* Volkswagen Skudai Johor 13 – 14 Ogos

* Volkswagen Batu Pahat Johor 16 – 17 Ogos

* Volkswagen Melaka Melaka 24 – 25 Ogos

* Volkswagen Semenyih Selangor 7 -8 September

* Volkswagen Balakong Selangor 14 – 15 September

* Volkswagen Klang Selangor 21 – 22 September

* Volkswagen Sg Besi Kuala Lumpur 28 – 29 September

* Volkswagen TTDI Kuala Lumpur 5 – 6 Oktober

* Volkswagen Hartamas Kuala Lumpur 12 – 13 Oktober

* Volkswagen Gombak Kuala Lumpur 19 – 20 Oktober

* Volkswagen Puchong Selangor 26 – 27 Oktober

Berita Harian X