Isnin, 4 November 2019 | 1:12pm
Triumph Street Triple RS.

Apa yang hebat dengan Triumph Street Triple RS versi 2020?

SEPANG: Triumph Motorcycles Malaysia melancarkan model Triumph Street Triple RS iaitu model tahun 2020 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sempena MotoGP Shell Malaysia 2019.

Versi terbaharu Street Triple ini menjanjikan lebih kuasa dan tork; gaya dan pembawaan yang lebih agresif; serta menampilkan teknologi dan spesifikasi yang lebih baik.

Paling menarik ialah harga Street Triple RS versi 2020 kekal tidak berubah daripada model yang sebelumnya iaitu RM67,900 (termasuk cukai jualan dan perkhidmatan sebanyak 10 peratus).

Versi terbaharu Street Triple ini adalah “street bike” berprestasi tinggi dengan kapasiti enjin 765cc yang ditala oleh pakar dari pasukan enjin Moto2 Triumph.

Street Triple RS akan berada di semua bilik pameran Triumph Motorcycles Malaysia untuk pameran dan tempahan bermula hari ini dan penyerahan akan bermula pada Januari 2020.

TRIUMPH STREET TRIPLE RS – APA YANG BAHARU?

Prestasi yang jauh lebih hebat – lebih kuasa, lebih tork

• Pengemaskinian Euro 5 yang signifikan bagi enjin tiga silinder 765cc, dihasilkan oleh pasukan enjin Moto2 Triumph

• Tork puncak yang lebih tinggi, iaitu 79Nm pada 9,350rpm, dengan tambahan tork pertengahan yang lebih tinggi sebanyak 9%

• 9% lebih kuasa pertengahan, yang memuncak pada 123PS pada 11,750rpm

• Pendikit yang lebih responsif

• Penyenyap baharu yang lebih bebas alirannya memberikan bunyi derapan yang tersendiri

• Kotak gear yang rapi dan elegan, dengan klac slip dan assist

Gaya dan pembawaan yang lebih agresif

• Lampu depan LED berkembar baharu yang tersendiri dengan lampu nyalaan siang

• Bentuk yang lebih sporty dan bersegi dengan warna baharu yang kontemporari

• Penyenyap gaya baharu dengan kemasan gentian karbon premium

• Kemasan dan perincian yang lebih menarik pada seluruh motosikal, termasuklah cermin, pengapit bar hendal berjenama, dan kerangka utama Titanium Silver baharu

• Kowl tempat duduk penunggang dan pembonceng yang boleh ditukar, yang lebih ergonomik

Teknologi yang lebih baik

• Fungsi TFT yang dipertingkatkan termasuklah grafik dengan gaya baharu

• Penggunaan sistem keterhubungan MyTriumph, yang membawakan interaksi GoPro, pandu arah

turn-by-turn serta pengendalian muzik dan telefon

• Triumph Shift Assist baharu, penganjak ke atas dan bawah yang pantas

• Lima mod tunggangan yang dipertingkatkan: Road, Rain, Sport, Track, dan Rider

• Spesifikasi standard yang tinggi

Motosikal “street bike” berprestasi tinggi yang ulung

• Motosikal paling ringan dalam kelasnya

• Nisbah kuasa-berat yang hebat

• Pengendalian yang tangkas, dinamik dan mengujakan yang terkenal di seluruh dunia

• Standard spesifikasi dan kelengkapan yang premium, termasuklah brek Brembo M50, suspensi Öhlins yang boleh dilaraskan sepenuhnya dan tayar Pirelli Diablo Supercorsa SP V3

60+ aksesori Street Triple tulen untuk lebih perlindungan, keselesaan dan gaya

• Lampu penunjuk LED dengan penalaan termaju

• Beg dengan fungsi pemasangan lucut pantas

Berita Harian X