Selasa, 12 November 2019 | 1:49pm
PENGARAH Urusan Idemitsu Lube (Malaysia) Sdn Bhd, Shin Obata (kiri) bersama Pengurus Besar dan Pengarah Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd, Datuk Jeffrey Lim Chee Sing ketika melancarkan produk Kawasaki KGO Torq R7 dan R9 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). - Foto Syarafiq Abd Samad

Model Kawasaki lebih lancar dengan KGO Torq R7, R9

SEPANG: Minyak pelincir gred premium yang diperkenalkan Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd menawarkan kualiti terbaik kepada motosikal berkuasa besar termasuk model keluaran Kawasaki.

Dua minyak enjin terbaharu Kawasaki Genuine Oil (KGO) iaitu KGO Torq R7 dan R9 tidak hanya memberikan motosikal kapasiti besar prestasi lebih baik, malah menjadi berita baiknya kepada pemilik motosikal adalah harga munasabah yang ditawarkannya.

KGO Torq R7 dan R9, masing-masing ditawarkan pada harga RM76 dan RM78 sebotol dengan isi padu satu liter!.

Minyak pelincir sintetik penuh dengan kandungan seratus peratus minyak asas PAO atau polyalphaolefin yang terkandung dalam minyak asas sintetik yang digunakan dalam pelincir automotif dan perindustrian.

Minyak pelincir gred premium turut menawarkan kualiti terbaik dan perlindungan maksimum enjin selain diformulasikan untuk meningkatkan daya prestasi enjin.

Berita Harian X