Selasa, 12 November 2019 | 5:25pm
Mazda CX-8
Bermaz mempamerkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) crossover, CX-8 baharu pada Malaysia Autoshow yang berlangsung mulai Khamis lalu.

Bermaz umum harga Mazda CX-8

KUALA LUMPUR: Bermaz Motor Sdn Bhd, pengedar utama kenderaan jenama Mazda di negara ini mengumumkan tanda harga bagi kenderaan utiliti sukan (SUV), Mazda CX-8 serba baharu.

Mazda CX-8 ditawarkan dengan empat varian iaitu 2.5G 2WD MID, 2.5G 2WD MID Plus, 2.5G 2WD High dan 2.2D 4WD High.

Mazda CX-8

Bagi varian 2.5G 2WD MID ia ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans RM179,960.40, manakala 2.5G 2WD MID Plus (RM185,960.40), 2.5G 2WD High (RM200,960.40) dan 2.2D 4WD High (RM217,722.80).

Model SUV pemasangan tempatan (CKD) itu disasarkan buat golongan yang sudah berkeluarga atau pembeli yang gemarkan aktiviti luar dengan ciri ruang dan prestasi.

Mazda CX-8

Mazda CX-8

Semua varian didatangkan dengan kotak gear transmisi 6-kelajuan Skyactiv Drive.

Model berkenaan juga dilengkapi sistem infotainmen dengan Apple CarPlay dan Android Auto melalui paparan Mazda Connect bagi ketersambungan aplikasi lain seperti Waze, Google Maps dan Spotify.

Ciri lain ialah teknologi i-Activsense seperti Monitor Titik Buta dengan Amaran Trafik-Lintas Belakang (RCTA) dan Bantu Brek Bandar Pintar.

Terdapat enam pilihan warna ditawarkan iaitu Soul Red Crystal, Machine Gray, Snowflake White Pearl, Deep Crystal Blue, Sonic Silver dan Jet Black.

Mazda CX-8 Serba Baharu dibuka untuk tempahan pada harga yang akan diumumkan kelak dengan lima tahun jaminan pengeluar atau 100,000 kilometer yang mana lebih dahulu.

Mazda CX-8

Berita Harian X