Selasa, 12 November 2019 | 5:37pm
Aksi Vios Challenge pusing kedua musim ketiga bersempena Festival Toyota Gazoo Racing (TGR) yang berlangsung di Bandar Malaysia, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Presiden UMW Toyota Motor, K Ravindran (barisan hadapan empat dari kanan) bersama Timbalan Presiden UMW Toyota Motor, Akio Takeyama (barisan hadapan tiga dari kanan) dan Pengarah Bahagian Pemasaran UMW Toyota Motor, Mohd Shamsor Mohd Zain (barisan hadapan empat dari kiri) bergambar beramai bersama pemenang selebriti dan pelumba sempena Toyota Gazoo Racing Festival di Bandar Malaysia, Sungai Besi. - Foto Zulfadhli Zulkifli

Lebih 10,000 banjiri pusingan kedua TGR

Pusingan kedua Festival Toyota Gazoo Racing (TGR) dan Toyota Vios Challenge terus hangat apabila dibanjiri lebih 10,000 pengunjung sepanjang dua hari berlangsungnya acara penting UMW Toyota Motor (UMWT) di Bandar Malaysia.

Buat pertama kali juga perlumbaan Vios Challenge dianjurkan di lapangan terbang yang terkenal sebagai kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi, Kuala Lumpur yang mana menampilkan litar berkelajuan tinggi sepanjang 1.96 kilometer (km).

Perlumbaan kedua bagi kelas Sporting, Sutan Mustaffa Salihin dari pasukan SMS Motorsports mengungguli kategori itu dengan meninggalkan Bradley Benedict Anthony dari Dream Chaser ditempat kedua dan Dannies Ng (ketiga).

Bagi kelas Super Sporting pula, Kenny Lee dari Kegani Racing menamatkan perlumbaan di tempat pertama, meninggalkan Tengku Djan Ley (23 Motors) ditempat kedua dan Mark Darwin (Laser Motor Racing) sekadar di kedudukan ketiga.


Pertunjukan Drift daripada Masato Kawabata dan Takahiro Imamura pada Toyota Gazoo Racing Festival yang diadakan di Bandar Malaysia, Sungai Besi. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Presiden UMW Toyota Motor, K Ravindran, dan Timbalan Presiden UMW Toyota Motor, Akio Takeyama bergambar bersama artis dan pelumba sempena Toyota Gazoo Racing Festival di Bandar Malaysia, Sungai Besi. - Foto Zulfadhli Zulkifli

Kenny memulakan perlumbaan dengan baik mendahului pelumba M7 Japan Project Team, Syafiq Ali, namun Tengku Djan paling menyerlah apabila melonjak ke tempat ketiga berbanding permulaan di petak keenam pada awal perlumbaan.

Tengku Djan yang memenangi perlumbaan pertama pada Sabtu, gagal menterjemahkan keunggulannya pada perlumbaan kedua pada Ahad.

Bagi kelas Promotional, Pelawak terkemuka, Nabil Ahmad yang bermula pada petak keempat mencipta kejutan untuk memenangi perlumbaan, mengatasi Penyanyi, Khai Bahar dan Nabila Razali, masing-masing ke kedudukan kedua dan ketiga.


Pemenang Pertama Kategori Promotional Class, Nabil Ahmad pada Toyota Gazoo Racing Festival di Bandar Malaysia, Sungai Besi. - Foto Zulfadhli Zulkifli

Sementara itu, Ketua Sukan Bermotor UMWT, Akio Takeyama yang menamatkan perlumbaan di tempat kelima dalam kelas Promotional berkata, litar di Bandar Malaysia dibangunkan untuk kelajuan dan memberikan pengalaman berharga kepada semua pelumba.

“Keputusan untuk mengadakan perlumbaan di sini adalah untuk meningkatkan pengalaman kepada pelumba selain memberi peluang kepada warga Kuala Lumpur hadir ke sini,” katanya.


Aksi Vios Challenge pusing kedua musim ketiga bersempena Festival Toyota Gazoo Racing (TGR) yang berlangsung di Bandar Malaysia, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Info: Keputusan Perlumbaan 2

PROMOTIONAL
1. Nabil Ahmad
2. Khai Bahar
3. Nabila Razali
4. Wany Hasrita
5. Akio Takeyama

SPORTING
1. Haji Sutan Mustaffa Salihin - SMS Motorsports
2. Bradley Benedict Anthony - Dream Chaser
3. Dannies Ng
4. Adam Khalid - Crestmax Motorsports
5. Tom Goh - S&D Tama Motorsports


Antara aksi peserta ketegori Podium Sporting Race 2 pada Toyota Gazoo Racing Festival di Bandar Malaysia, Sungai Besi. - Foto Zulfadhli Zulkifli

SUPER SPORTING
1. Kenny Lee - Kegani Racing
2. Tengku Djan Ley - 23 Motors
3. Mark Darwin - Laser Motor Racing
4. Syafiq Ali - M7 Japan Project Team
5. Brendan Paul Anthony - Dream Chaser

Berita Harian X