Selasa, 11 Februari 2020 | 2:29pm
Volvo Car Malaysia akan membuka pusat 3S baharu di Ara Damansara.
Volvo Car Malaysia akan membuka pusat 3S baharu di Ara Damansara.

Pusat 3S baharu Volvo Car Malaysia

Volvo Car Malaysia dengan kerjasama pengedar yang juga rakan kongsi yang baru dilantik, Sime Darby Swedish Auto mendedahkan pusat 3S baru untuk jenama itu yang bertempat di Sime Darby Motors City, Ara Damansara.

Premis empat tingkat itu dibina mengikut piawaian Volvo Retail Experience, turut menampilkan studio realiti maya (VR).

Direka untuk memberikan pengalaman mewah kontemporari, bilik pameran kenderaan terletak pada tingkat bawah premis berkenaan, sementara pusat servis dan kecantikan kenderaan pula ditempatkan di ruang tingkat kedua dan ketiga.

Ruang untuk jajaran dan imbangan tayar pula terletak ditingkat empat.

Apabila dibuka pada 20 Februari ini, kemudahan itu akan menjadi yang pertama tampil dengan penghawa dingin sepenuhnya, dikendalikan oleh 18 juruteknik bertauliah.

Terdapat 14 ruang servis, dua di antaranya khusus untuk ruangan RATC (Reception At The Counter). Juga, semua tempat letak kereta pelanggan akan disediakan dengan pengecas individu.

Volvo Car Malaysia akan membuka pusat 3S baharu di Ara Damansara.Pusat 3S Volvo baharu di Ara Damansara.
Volvo Car Malaysia akan membuka pusat 3S baharu di Ara Damansara.Pusat 3S Volvo baharu di Ara Damansara.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X